Selasa, 29 Mac 2011

Lepaskan saja gelas itu.. !

Assalamualaikum...

I found this article in the FB. A friend sent it to me, and I'm gladly sharing this with you all. :)..
It does touch my heart.., and i hope yours too.. kadang-kadang kita menilai suatu masalah itu dari suatu sudut sahaja, dan beban itu dipegang lama seorang diri.. Hinggakan yang kecil itu menjadi besar.. Kongsilah ia.. tetapi dengan siapa.. kita ada Yang Maha Mendengar.. dan Dia tak pernah menghampakan kita.. Trust it!
selamat membaca..:)

***************************************************************************************************************************
Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?” “10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!” Murid-murid menjawab. Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit? “Tiada apa-apa!” Murid menjawab Kalau saya memegang selama setengah jam? “Tangan lenguh!” Murid menjawab, Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya? “Tidak!” murid menjawab. Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari? “Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas. Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?” Murid-murid mula pening, gilo ker apo? Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital? “Lepaskan sahaja gelas itu!” Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama. Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat. Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”


Ahad, 27 Mac 2011

Nilam: Ya Allah.. Akalku Terhad, Ilmuku Dangkal

Assalamulaikum wbt.

Nilam ni sebenarnya satu post mengenai buku.. Kiranya, ia seperti segment bedah buku atau macam projek Mari membaca tu.. Kat sekolah rendah kan kita dah terbiasa dengan kempen membaca, jadi saya ingin lah meneruskan kempen membaca ini di dalam blog ini.. So, currently I'm reading this book, almost 2 month, and I am only able to finish it half.

Tajuk: Ya Allah.. Akalku Terhad, Ilmuku Dangkal
Penulis: Sofiyah Satuyah Rasin
Penerbit: Oasis buku

Sinopsis:

Secara overallnya, buku ini menghimpunkan koleksi-koleksi penulisan penulis yang tersiar di majalah MIDI. Penulisan ini adalah mengenai pengembaraan hati dan perasaan yang sering silih berganti dalam menghadapi setiap peristiwa yang kadang-kadang kita lihat ia seperti perkara yang remeh temeh.

Menariknya, setiap peristiwa itu dikaitkan dengan 99 sifat-sifat Allah, membuatkan setiap peristiwa yang dialami itu terasa hikmahnya.. dan setelah membaca, kita akan tersenyum kerana ia mula membuka mata kita terhadap dunia yang kadang-kadang kita rasakan ianya sempit.

So, saya suggestkan buku ni utk dibaca bulan ini.. Penulisannya santai dan bahasanya juga mudah.. Bacalah ye.. Moga Ilmu kita bertambah, dan pemikiran kita lebih matang.. hehe...


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi."

Sabtu, 26 Mac 2011

Ulangkaji Istilah Hadis

Sedang ambil part time cert kt UM, tetibe rasa nk simpan notes pasal hadis kt sini.. Banyak juga kene hafal, dgn brain fog ni, hebat sahabat2 Rasulullah dulu menghafal hadis. 


Di dalam menentukan penerimaan atau penolakan riwayat-riwayat hadis, para ulama menggunakan 3 istilah yang masing-masing menggambarkan kelas atau kategori masing-masing dalam penolakan atau penerimaan. Istilah-istilah tersebut ialah Sahih, Hasan dan Da'if. Hadis Sahih Hadis yang diyakini kesahihannya daripada Rasulullah saw. Bagi ulama hadis,
untuk mencapai kategori Sahih, sesebuah hadis perlu melengkapi syarat2 tertentu;
  1. Ianya diriwayatkan melalui sanad atau salasilah periwayatan yang Muttasil (mempunyai kesinambungan yang sempurna tanpa putus daripada perawi berkenaan sehinggalah Rasulullah saw.). Riwayat hadis tidak bersifat Munqati' (riwayatnya terputus di mana2 peringkat), tidak Mu'adhdhal (terputus 2 salasilah periwayatan secara berturut2), tidak Mu'allaq (terputus salasilahperingkat awal periwayatannya),tidak Mudallas (belaku kekeliruan di dalam menyebut salasilah periwayatannya dan lain-lain yang disebut sebagai syarat2 yg menjadikan sesuatu riwayatnya Muttasil atau bersambung dengan sempurna kepada Rasulullah saw.
  2. Kesemua periwayatnya adalah adil. Iaitu mempunyai pegangan agama yang baik, akhlak yang baik dan tidak fasik atau kurang bermaruah.
  3. Para periwayatnya mempunyai kepakaran dan ingatan yang tingi; iaitu mempunyai kesedaran yang cukup untuk memahami apa yang didengar atau diterimanya. Dan dia perlu benar-benar hafal dan ingat hadis berkenaan sejak dari menerimanya sehinggalah waktu dia meriwayatkan hadis itu.
  4. Hadis yang diriwayatkan tidak janggal; iaitu menyalahi riwayat orang yang tsiqah atau lebih dipercayai daripadanya.
  5. Hadis yang diriwayatkan tidak mempunyai kecacatan besar. (nak tulis lebih detail tapi explaination dalam buku tak paham pulak..)
Hadis Hasan Riwayat yang memenuhi syarat-syarat penerimaan tetapi terdapat di kalangan periwayatnya orang yang tidak begitu baik dari segi hafalan, ketelitian dan sebagainya. Riwayat seperti ini diterima tetapi ia dinilai sedikit rendah daripada hadis Sahih. Hadis Hasan ini terbahagi kepada 2:
  • hadis yang benar2 Hasan
  • Hadis yang dianggap Hasan - hadis yang dalam salasilahnya ada perawi yang tidak diketahui keadaan sebenar. Bagaimanapun, nyata dia bukanlah terlalu bodoh sehingga melakukan banyak kesilapan di dalam riwayatnya dan bukan pula disyaki berbohong di dalam meriwayatkan hadis serta pula tidak fasik.
Hadis Da'if Riwayat-riwayat yang tidak mencapai tahap sahih atau Hasan. Ia secara kasarnya boleh disebut sebagai berpunca dari dua sebab, iaitu sanadnya tidak muttasil (berterusan dari perawisampai kepada Rasulullah saw tanpa terputus di peringkat manapun di luar daripada persoalan sama ada periwayatan berkenaan bersifat muttasil atau sebaliknya). Hadis Munqati Hadis yang dalam senarainya tercicir seorang periwayat, tidak kira dari generasi manapun dia. Hadis Mutawatir Hadis yang diriwayatkan di dalam setiap generasi periwayatannya oleh sejumlah periwayat yang pada kebiasaannya mustahil telah berpakat untuk berdusta. Hadis Ahad Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah periwayat yang tidak mencapai tahap mutawatir atau mahsyur . Hadis ini daripda kategori yang tidak benar-benar diyakini datangnya daripada Rasulullah saw, tetapi sekadar sangkaan sahaja.

Rabu, 2 Mac 2011

Sehari yang motivated sekejap..

Assalamualaikum..

It's INSANE to expect DIFFERENT result by doing the SAME thing everyday..

Petang tu aku termotivated sket.. Yelah, setelah beberapa minggu aku rasakan..diri ini tersangatlah negatif.. Aura-aura positif sudah hilang.. Mana ntah dia pergi.. Petang itu.. aku dah set mind.. to be a positive person.. Ceh.. for sure banyak cabaran.. so.. aku tekad mau jadi kuat.. yeah..! kadang2x penting juga sebenarnya kita berada di kalangan orang yang sering memberi nasihat.. asyik menerima aje, bila mau memberi.. Life is about GIVE & TAKE..

And that evening.. I received, a giveaway..! I thought that it was the best organizer I would ever had.. Unfortunately.. It's only an organizer's cover without the 'isi'.. Suddenly I realized.. To teach someone fishing.. give him a fishing rod.. to teach someone management.. give them organizer.. but the empty one.. you are the one to decide what to put inside.. paper? books? pens?

Continue..

Tgh menulis tetibe tak de idea.. pastu boleh plak pergi buat kerje mengarut2..

dah termotivated beberapa jam petang tu.. dengan gumbiranya aku pulang ke rumah bernekad mahu menyiapkan kerja di rumah.. tetapi betapa hampanya hatiku.. kerna tertinggal all the precious equipment in the office..! Dan aku menyambung motivasi yang sedikit untuk melakukan perkara-perkara yang agak kurang berfaedah.. seperti bercakap dengan pokok.. gila bosan..! tapi syok.. coz my plant is growing it's 3rd and 4th leaves.. How amazing..! and Gues what..? there's another plant growing in the large flower pot too.. (it should be, coz I put 3 seeds inside it). And
suddenly I felt lovable.. kehkehkeh.. getting love from the plant..

Ye lah.. mari berbakti kepada tanah..

Sleepy sudah.. keje pun tak buat lagi..
nak BW andrevisit other bloggers, asyik hang je Lappy ni.. Blog berat kot.. ke lappy aku yang sudah tua dimamah beban software yg berat..

Nite.. Hope to have a very motivated morning.. I want to be Tuesday, Wednesday and Thursday.. or Hari Raya.. whre all the joy is there..

Ciau.. !


The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...