Memaparkan catatan dengan label Cubaan berkarya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cubaan berkarya. Papar semua catatan

Khamis, 16 April 2015

Cubaan memecahkan fobia

Assalamualaikum..

Aku merantau pada saat Islamophobia mula timbul semula.. April, saat tanah airku bising mengenai GST, menteri-menteri mengeluarkan hujah tanpa berfikir, mengambil kesempatan menaikkan elaun menteri apabila rakyat berkira bagaimana nak kurangkan pendapatan dan berjimat-cermat, golongan minoriti di sini berfikir, bagaimana harus kami kurangkan eksploitasi terhadap bangsa sendiri, eksploitasi terhadap agama sendiri. Akhlak yg dipamerkan pula tidak langsung melambangkan ajaran yg telah dipelajari, maka terkapai-kapailah untuk dibetulkan. Membetulkan yang bengkok dari dalam diri.

Pernah aku menangis.. pentnya hidup atas dunia kapitalis. 
Pernah aku menangis.. penatnya hidup mengais pagi dan petang,
Pernah aku menangis.. penatnya hidup bersaing utk sesuatu yg tidak menjanjikan keselamatan, 
dan kadang-kadang aku menangis, tidak mampu memberi di saat ada yg meminta,
kerana aku sendiri tidak mampu,  hanya bertahan, berpura-pura menjadi kuat,
lalu hanya doa yang mampu aku titipkan, moga kesusahannya dilapangkan. 

dengan itu, aku merantau bersama jeritan hati  
untuk melihat dunia dari sisi yang lain.. 
moga terbuka satu ruang yg tidak pernah ada. 

Gituu.. haha.. 

me and my complexity. 
24, Brisbane St, St Lucia. 


Isnin, 23 April 2007

Epilog nur hati

Nur cahaya menyimbah hati-hati,
meniti hari cerah semerbak mentari dhuha’,
mengharungi cabaran dugaan dalaman nafsi,
Penuh nikmat jua rona bara..

Duhai manusia,
lupakah engkau an-naba’ yg kian mendesir hiba,
Mana mungkin si alpa merosak logik akal,
larut hanyut dirimu dalam tipu pancaroba dunia,
hidayah menyapa kerna peluh cekal…


Duhai manusia,
dengarkanlah jeritan jiwaku
rontaan sinis hati kuterlihat dirimu
saat gelak tawamu menghias temanmu,
dan kau mencari erti hidup di tengah keliru,

Duhai manusia
Tinggal cukup fatamorgana angan-angan,
Biar berlalu semua fantasi bohong dusta,
Getaran an-naba’ seolah berdesir nyaring di tenggorokan,
Dan mati itu jalannya..tidak mungkin ia tereka..


"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." QS: Al Jumu’ah : 8

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...