Aku merantau pada saat Islamophobia mula timbul semula.. April, saat tanah airku bising mengenai GST, menteri-menteri mengeluarkan hujah tanpa berfikir, mengambil kesempatan menaikkan elaun menteri apabila rakyat berkira bagaimana nak kurangkan pendapatan dan berjimat-cermat, golongan minoriti di sini berfikir, bagaimana harus kami kurangkan eksploitasi terhadap bangsa sendiri, eksploitasi terhadap agama sendiri. Akhlak yg dipamerkan pula tidak langsung melambangkan ajaran yg telah dipelajari, maka terkapai-kapailah untuk dibetulkan. Membetulkan yang bengkok dari dalam diri.
Pernah aku menangis.. pentnya hidup atas dunia kapitalis.
Pernah aku menangis.. penatnya hidup mengais pagi dan petang,
Pernah aku menangis.. penatnya hidup bersaing utk sesuatu yg tidak menjanjikan keselamatan,
dan kadang-kadang aku menangis, tidak mampu memberi di saat ada yg meminta,
kerana aku sendiri tidak mampu, hanya bertahan, berpura-pura menjadi kuat,
lalu hanya doa yang mampu aku titipkan, moga kesusahannya dilapangkan.
dengan itu, aku merantau bersama jeritan hati
untuk melihat dunia dari sisi yang lain..
moga terbuka satu ruang yg tidak pernah ada.
Gituu.. haha..
me and my complexity.
24, Brisbane St, St Lucia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan