Isnin, 22 November 2021

Bukit Liman Kati

Haiiii....!

Sejak MCO last year, nk masuk hutan pun jarang-jarang. Actually makin lama makin takut nk masuk hutan. Tak tau lah pesaipa.. kalau nk pergi pun kalau boleh tempat tu kene ada orang selalu pi..

Tapi rindulah nk hiking, sbb peluh dia lebih sikit dari jogging biasa. Jalan2 lenggang kangkung pun keluaq peluh. So, nk dijadikan cerita, survey punya survey, ada view tempat hiking yg menarik dekat2 dengan rumah. takdelah dekat sgt 40 min juga drive dari bandar Taiping ni.  Nama tempat ni Bukit Liman Kati. Tau pun dari kawan yg share kt FB. View awan kepuk2 nano katanya. 

Tapi ada lah kelainan sikit selain Bukit Larut kalau mai Taiping. Bukit Larut ni (1,250m) nama je bukit, tapi lagi tinggi dari Gunung Jerai (1,217m). Sepatutnya letak lah 'Gunung' kan. Bukit Larut  ni terletak dkt Banjaran Bintang, dan area ni ada 3 peak; Gunung Hijau 1,448 m (4,751 ft), Gunung Biong 1,218m (3996 ft), & wray's Hill 1,020 (3,350 ft). - sumber Wikipedia

Tapi kan, bila bace2 blk, mcm2 ketinggian Bukit Larut vs Gunung Jerai. Rasanya better la hangpa pi clarify info ni dekat Pejabat Tanah/Peta/ukur ka.. tgk betul ka tinggi dia ni. Yang pasti, kalau hangpa nk view cantik kene smpai kt peak. 2-3 jam juga jalan. nnti kami kami buat post review ni bila rajin nk naik lagi. Sebenarnya nk review perjalanan throwback ni..


Intro Bukit nya.

So, back to Bukit Liman Kati. Dekat Kuala Kangsar je. Tapi kan, laluan tu kawasan persendirian kebun getah orang. Jadi, mostly nampak mcm orang2 sini je naik, ala2 exercise pagi sebelum ke kebun atau bekerja. Walaupun tempat sempoi, tapi view dia, subhanallah cantik sinaran pagi dan awan nano nya.. hehe.. kalau hangpa laju macam lipas, tu pejam mata dah smpai, ke peak view #1. Kami yg mandom lama sejak MCO lama cuti workout ni ambil masa 40 min utk naik ke peak #1. Total peak mengikut kata pengunjung tetap ada 3 peak. tatau lah pula brapa lama nk sampai sana. 


Cara nak pergi

Nak pergi ke bukit ni, boleh google MRSM Kuala Kangsar, & entrance dia sebelah kedai makan. dari kedai makan tu akan nampak lorong kecik ke dalam kebun. ada 2 simpang kecil, ambil yg belah kanan. nk confirm senang je, ada jalan simen sikit. klu hangpa lalu jln ni, betul dah tu. tapi kalau tak pasti tanya je lah kan org2 kt situ. Malu bertanya sesat jalan. 

Nak dimaklumkan bahawa tempat ni kebun org ye, so tak perlu permit nk masuk cuma tulah Tuan Tanah mcm bgi je masuk setakat ni. tak taulah pasni kene charge ke apa kan... Guide pun tak perlu, tpi kalau hangpa first time jgn pi sorang2, sunyi juga kalau hangpa sorang2. Kiri kanan kebun getah, klu takda org hangpa jerit pun tk dengar sbb jauh dri rumah org. 


Tahap kesukaran

Iols rasa tahap kesesuain hiking ni beginner level utk ke peak #1. Masa nak naik tu adalah juga kami terserempak dengan few groups, mostly family bawa anak2. ada juga couple2 veteran yg naik. Nak di jadikan cerita senang sangatlah trek dia. Tapi mencabar sebenarnya utk lutut kalau tak kuat. Rasa mcm nk golek-golek hindustan ja masa turun. Kiri kanan jalan masa nak naik is kebun getah. memang kebun orang pun, jadi hangpa kalau nk try janganlah buat perangai tak senonoh, kotor2kan tempat orang ka.. Tuan tanah pun ada duk turun naik kutip hasil getah kt kebun dia ni. 

Btw, masa kami balik tu banyak lagi kereta kat bawa, tpi masa kt peak #1 ni, sikit je orang. Kalau hangpa larat dan mampu boleh sambung lagi lepas peak ni. Jalan dia mmg proper, sbb utk motosikal lalu bawa getah & baja. naik ok, cuma turun tu cabaran, better bawalah hiking stick utk kaki tambahan. 
cuma tak pasti smpai mana jalan elok nya.. so kalau dari peak #3 ke bawah kte expect lutut gegar n maybe bukan dah level beginner lah kot.. hehe.. 

Peak view #1 ni je dah cukup kalau hangpa sejenis beginner dan mahu menjaga kesihatan kaki. Tempat ni saja dah cukup instagrammable dan awan2 nano tu pun boleh jelas kelihatan seolah2 hangpa ada kt peak berbatu2 perjalanan. hehehe.. 

Nah kami belanja gambaq kt peak #1. 

p/s: Model tu sekadar hiasan. sila fokus kt background. Btw, kami lah yg snap picture nih.. hehe.. 


Kami naik pkul 8pgi pun boleh dapat view ni 8.40am kt atas.. so kalau nk lagi cantik, maybe kene mai awal lah kot.. 

Btw, itu saja hambo nk kabor.. 
Nak sambung buat keje..cuti2 pun keje kene buat..so sad. 
Tata titi titu. 

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...