Memaparkan catatan dengan label Nota ilmiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota ilmiah. Papar semua catatan

Selasa, 1 Januari 2013

Twit..apa itu Ikhtilat?

Bismillahirrahmaniraheem...

Dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
manakan sama dia seorang..

Uhuk.. uhuk.. adeh. tersedak kejap..

Cuba teliti pantun dia atas.. rasa-rasanya, siapakah yang membacakan pantun tersebut dan kepada siapakah pantun tersebut ditujukan?  Mestilah yang berkaitan dengan berlainan jantina , ye kan?

Tapi bila melibatkan lain jantina, sure orang ingat pasal cintan dan cintun aje.. Anda mungkin ada bahagian yang betul tapi itu bukan topik utama yang ingin diperkatakan.. Kali ni lebih kepada Ikhtilat.

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.

Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi) tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita Islam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu.
Sebelum ini pernah saya dengar mengenai permasalahan ikhtilat ini dan dibenarkan dalam tiga perkara:
a. Perubatan
b. Pendidikan
c. Mualamat

 pause.....

Ikhtilat dalam perubatan itu dibenarkan.. doktor lelaki merawat pesakit perempuan atau doktor perempuan merawat pesakit lelaki.. kerana darurat. Namun, jika kita sudah ada pilihan mengapa tidak kita ambil yang lebih selesa dan kurang menimbulkan fitnah?Alhamdulillah sekarang sudah ramai doktor perempuan yang dapat memenuhi keperluan pesakit wanitanya. tidak perlu lagi bidan lelaki yang menyambut kelahiran bayi sedangkan kita tahu aurat wanita halal hanya untuk suaminya.. Jadi, tidak perlu lagi masalah begini disimpan kerana pilihan sudah ada. yeehoo!

Ikhtilat dalam pendidikan adalah salah satu pilihan yang bukan pilihan. Majoriti pendidik adalah wanita kerana wanita adalah lebih sinonim dengan sifat keibuannya mahupun pembimbing. biasanya purata pendidik wanita dan lelaki ialah 70:30 kan? Jadi takkanlah bila korang sebagai seorang perempuan tak mau belajar semata2 guru yang mengajar tu lelaki.

Dan yang terakhir, ikhtilat yang dibenarkan ialah dalam muamalat atau perniagaan. Boleh jadi penjual gorang pisang yang sedap dan pandai menggoreng adalah seorang yang berlainan jantina daripada kita. Adakah perlu kita mengorbankan perasaan memakan pisang goreng semata2 dia berlainan jantina? Lebih-lebih lagi sekiranya beliau adalah satu-satunya penjual yang ada di daerah kita.

tetapi...

Apakah sebenarnya ikhtilat itu haram?
Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka.

Soalan:
Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah:
Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Percampuran Yang Diharuskan
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

1* Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya:

"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

2* Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

c) Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

e) Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.

f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

g) Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.

h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
"Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."

i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan
Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Pandangan2 lain berkenaan ikhtilat boleh klik link seperti di bawah:

http://www.myilham.com/blog/2012/04/ikhtilat-antara-tertutup-jumud-dan-terbuka-hanyut/

lagi di :
http://mr-iq.blogspot.com/2010/12/ikhtilat.html

http://www.zaharuddin.net/peribadi,-tazkirah-&-fikir/523-hukum-islam-fitrah-a-aqal-manusia.html#comment-7386

nanti pandai2lah korang baca eh...
Apapun bagi seorang wanita bekerjaya, bila mana urusan banyak dengan berlainan jantina dan perkara tersebut darurat, maka hendaklah seorang wanita itu memelihara dirinya hingga jangan sampai menjerumuskan diri dalam kancah zina mahupun fitnah. Seperti menjaga pakaian , adab dan pergaulan agar lebih mudah kaunm lelaki menjaga matanya..

.::penulistakdeideauntukmingguini::.

Isnin, 17 Disember 2012

Anda jatuh? Jom bangun semula..

Anda pernah jatuh?

Jatuh tangga.. ? bergolek-golek jadinya..
Jatuh longkang? sakit.. parah..
Jatuh ketika berlari? wah.. besar lukanya.. terseret.. berdarah..
Jatuh hati? ehem2x.. jatuh hati dengan Allah dulu ye..


Jatuh bermaksud turun ke bawah dengan cepat. boleh jadi secara mengejut, perlahan-lahan tanpa sedar seolah-olah mengecil atau bertahap-tahap seperti menruni anak tangga.

Tanda-tanda kejatuhan boleh jadi dengan mengejut (tanpa sedar), atau dengan sengaja mahupun kerana terpaksa. Dan setelah jatuh bakal mewujudkan perasaan bercampur baur kepada pen'jatuh'. Malu, sakit, sedih, rendah diri, malah terus menyorokkan diri dan tidak keluar2 selama beberapa ketika hatta dilihat kejatuhannya itu. Kadang2 orang yang jatuh itu dicemuh malah digelakkan atas kejatuhannya dan boleh jadi orang yang jatuh itu langsung tidak dipedulikan serta dibiarkan berlalu begitu sahaja. Dibiarkan berlalu seolah-olah beliau adalah 'strangers' yang hanya membawa masalah sekiranya dibantu.

Apakah?

Bagaimana pula perihal orang yang melihat kejatuhan sesorang? Adakah beliau bangga kerana telah diberi peluang mendahului? Meluat kerana orang yang jatuh itu merayu meminta tolong, lalu meninggalkannya? atau tidak sedar kerana terlalu sibuk mendaki? Mungkin andalah orang pertama yang menghulurkan tangan membantu beliau untuk bangun, walaupun anda terpaksa menurunkan badan anda.

Di manakah kita sebenarnya?

Bagi yang jatuh jasadnya, tetapi hantinya masih melonjak, tidak mustahil dia terus bangkit lalu mengejar. Tetapi bagi yang jasad berserta hati yang jatuh, untuk bangkit semula ia adalah sesuatu yang amat sukar. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, dan saat menyaksikan kebenaran pepatah Melayu yang selalu didengar ketika sekolah mula terngiang-ngiang. Kawan ketawa senang dicari, tetapi kawan menangis sedikit sekali.. *sigh*. Bila tiba saat ini, cuba kenang kembali, pernahkah kita menjadi seperti orang melupakan atau yang dilupakan..?

Allah tidak pernah melupakan kita melainkan kita yang melupakannya..

Laluan kedua sentiasa terbuka ubtuk sesiapa sahaja sampai ke puncak. Maka, di sini, apakah destinasi tertinggi kita? Jika benar kita ingin menggapai destinasi tersebut, jangan pernah berasa malu setelah jatuh. Mungkin, saat jatuh tersebut adalah saat membuang 'penyakit' kita, di basuh segala luka dan saat sembuh kita dilatih menjadi lebih berhati-hati. Maka jangan pernah gentar untuk bermula dari Zero semula. Kerana yang penting adalah pengakhiran.. walau mungkin kita keterbelakang, saat orang telah berlari, atau dipandang serong kesan dari parut yang hodoh.

Penilaian Allah lebih utama..

Mungkin kita tidak ikut highway kerana telah tersasar, mungkin kereta kita sedikit buruk kerana kesan jatuhan, dah rakan yang berkereta baru lebih diperhati.. tetapi yakinlah dengan Allah akan janjiNya.. pada ayat (QS 98:7-8).


Dari Ibnu Umar katanya, Rasulullah saw memegang bahuku lalu baginda bersabda"Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)."

Sabda Rasulullah saw," Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut (Riwayat al-Hakim). 

Dalam hidup, kejatuhan ini lebih dikenali sebagai kefuturan, di mana lebih dikaitkan dengan iman. Iman itu ada turun dan naiknya, itulah perihal iman manusia. Hmm.. tapi first time dengar perkataan futur ni bila berbulatan gumbira.. Tetapi paling sedap dan lazat digunakan utk mereka2 yg mengaku da'ie.. haisy..

Maka berdoalah, agar hati kita ditetapkan imannya dan setiap ujian yang datang itu sebenarnya mendewasakan kita dan menjadikan kita lebih kuat. Doa adalah senajata kita, hatta walau sekecil mana pun keinginan kita, berdoa sahajalah pada Allah. You'll see the miracle, as He is always hear your prays..

Moga mimpi indah malam ini.. 

*senyum*
  

Ahad, 2 Disember 2012

Kematangan berfikir 2

Assalamualaikum,,

Kerancakan my circle's sister 'whats app' in our group has led me to an idea. Matang dalam berfikir bukan berdasarkan umur, tapi sebenarnya berdasarkan apa yang dia alami dalam kehidupan dan bagaimana dia melihat dunia. Even we, have a childish side inside right?
Macam orang kata adil. Adil tak bermaksud seimbang sebaliknya adil bermaksud metetakkan sesuatu pada tempatnya.

Orang yang matang ni juga tahu macam mnaa nak treat perkara remeh temeh dengan adil, dan bertanggungjawab ye.. Hmm bertanggungjawab? gi mana tuh? adakah seperti menjadi seorang anak yang konsistently bagi duit kpd parents every month? atau seorang suami yang jaga makan minum n nafkah keluarganya?

Macam mana dia ambil peduli mengenai kebersihan, peduli mengenai hak2 orang lain bila bersendirian mahupun beramai-ramai. Contohnya, membuat kerja rumah bergilir2 apabila tahu rumah itu dikongsi beramai-ramai2, menggunakan peralatan rumah dengan sebaiknya dan menjaga kebersihan. Hatta, membasuh cawan sendiri pun. Di jalan raya sekalipun, melanggar peraturan jalan raya adalah tidak matang. Memarahi orang di khalayak ramai.. mengambil hak orang lain untuk kegunaan peribadi, semua itu adalah perbuatan yang melambangkan ketidak matangan.

Manusia punya hak yang terlalu banyak untuk ditunaikan. Sekiranya semua tahu hak-hak yang perlu ditunaikan, kuranglah masalah jenayah, permusuhan, dan aman damailah dunia. Tetapi hakikat keburukan itu lebih disukai.. *sigh*.

jadi, pengurusan kita dalam sekecil-kecil perkara pun dah menunjukkan kematangan..

Ahad, 23 Oktober 2011

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum wbt, Pernah dengar tentang 10 Muwasafat tarbiyah? Kalau belum, di bawah ada 10 cirinya: 
1. Aqidah yang sejahtera 
2. Ibadah yang shahih 
3. Akhlak yang mantap 
4. Luas pengetahuan 
5.Sihat tubuh badan 
6. Mampu berdikari 
7. Melawan nafsu 
8. Sangat menjaga masa 
9. Tersusun urusannya 
10.Bermanfaat pada orang lain 

Bila baca pada blog-blog orang lain atau mendengar dari pengisian-pengisian di surau.. biasanya akan dikaitkan dengan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang dai'e. Actually, setiap manusia adalah dai'e, maka, ciri-ciri tersebut seharusnya ada pada setiap individu muslim. Seorang muslim yang sebenar-benarnya seharusnya memiliki kriteria-kriteria di atas.. Suatu hari, bila kita terhenti sejenak memikirkan kelemahan diri, cuba buka list dia atas, dan buatlah checklist, sama ada kita menepati ciri-ciri dia atas.. dan berusahalah untuk menampal segala lopong.. Mungkin, inilah tarbiyah yang mampu kita berikan buat diri kita sendiri.. "Sesungguhnya, jihad itu untuk diri sendiri' QS al-Ankabut (29): 6.

Sabtu, 26 Mac 2011

Ulangkaji Istilah Hadis

Sedang ambil part time cert kt UM, tetibe rasa nk simpan notes pasal hadis kt sini.. Banyak juga kene hafal, dgn brain fog ni, hebat sahabat2 Rasulullah dulu menghafal hadis. 


Di dalam menentukan penerimaan atau penolakan riwayat-riwayat hadis, para ulama menggunakan 3 istilah yang masing-masing menggambarkan kelas atau kategori masing-masing dalam penolakan atau penerimaan. Istilah-istilah tersebut ialah Sahih, Hasan dan Da'if. Hadis Sahih Hadis yang diyakini kesahihannya daripada Rasulullah saw. Bagi ulama hadis,
untuk mencapai kategori Sahih, sesebuah hadis perlu melengkapi syarat2 tertentu;
  1. Ianya diriwayatkan melalui sanad atau salasilah periwayatan yang Muttasil (mempunyai kesinambungan yang sempurna tanpa putus daripada perawi berkenaan sehinggalah Rasulullah saw.). Riwayat hadis tidak bersifat Munqati' (riwayatnya terputus di mana2 peringkat), tidak Mu'adhdhal (terputus 2 salasilah periwayatan secara berturut2), tidak Mu'allaq (terputus salasilahperingkat awal periwayatannya),tidak Mudallas (belaku kekeliruan di dalam menyebut salasilah periwayatannya dan lain-lain yang disebut sebagai syarat2 yg menjadikan sesuatu riwayatnya Muttasil atau bersambung dengan sempurna kepada Rasulullah saw.
  2. Kesemua periwayatnya adalah adil. Iaitu mempunyai pegangan agama yang baik, akhlak yang baik dan tidak fasik atau kurang bermaruah.
  3. Para periwayatnya mempunyai kepakaran dan ingatan yang tingi; iaitu mempunyai kesedaran yang cukup untuk memahami apa yang didengar atau diterimanya. Dan dia perlu benar-benar hafal dan ingat hadis berkenaan sejak dari menerimanya sehinggalah waktu dia meriwayatkan hadis itu.
  4. Hadis yang diriwayatkan tidak janggal; iaitu menyalahi riwayat orang yang tsiqah atau lebih dipercayai daripadanya.
  5. Hadis yang diriwayatkan tidak mempunyai kecacatan besar. (nak tulis lebih detail tapi explaination dalam buku tak paham pulak..)
Hadis Hasan Riwayat yang memenuhi syarat-syarat penerimaan tetapi terdapat di kalangan periwayatnya orang yang tidak begitu baik dari segi hafalan, ketelitian dan sebagainya. Riwayat seperti ini diterima tetapi ia dinilai sedikit rendah daripada hadis Sahih. Hadis Hasan ini terbahagi kepada 2:
  • hadis yang benar2 Hasan
  • Hadis yang dianggap Hasan - hadis yang dalam salasilahnya ada perawi yang tidak diketahui keadaan sebenar. Bagaimanapun, nyata dia bukanlah terlalu bodoh sehingga melakukan banyak kesilapan di dalam riwayatnya dan bukan pula disyaki berbohong di dalam meriwayatkan hadis serta pula tidak fasik.
Hadis Da'if Riwayat-riwayat yang tidak mencapai tahap sahih atau Hasan. Ia secara kasarnya boleh disebut sebagai berpunca dari dua sebab, iaitu sanadnya tidak muttasil (berterusan dari perawisampai kepada Rasulullah saw tanpa terputus di peringkat manapun di luar daripada persoalan sama ada periwayatan berkenaan bersifat muttasil atau sebaliknya). Hadis Munqati Hadis yang dalam senarainya tercicir seorang periwayat, tidak kira dari generasi manapun dia. Hadis Mutawatir Hadis yang diriwayatkan di dalam setiap generasi periwayatannya oleh sejumlah periwayat yang pada kebiasaannya mustahil telah berpakat untuk berdusta. Hadis Ahad Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah periwayat yang tidak mencapai tahap mutawatir atau mahsyur . Hadis ini daripda kategori yang tidak benar-benar diyakini datangnya daripada Rasulullah saw, tetapi sekadar sangkaan sahaja.

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...