Selasa, 24 Januari 2023

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :)

Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share resepi sbb rasa apa yg dimasak tu perlu approval baru boleh share. Tetapi, rupanya memasak itu adalah suatu memori dan ia lebih penting dari kesempurnaan.

Baru-baru ni balik rumah parents awal sikit sebelum CNY. Kebetulan jiran belakang rumah bagi 2 biji buah durian belanda (soursop). Satu biji yg kecil sudah agak ranum, dan satu lagi mcm masih keras. Mak kata sedap kalau buat goreng kalau ia masih keras. Macam buah sukun juga teksturnya. Tetapi, selepas 2 hari, yg keras tu masak sedikit, bila digoreng, sangat masam dan terpaksalah dibiar masak. Buah yang betul2 masak biasanya orang akan buat air durian belanda; famous air ni :P. Malangnya, orang kt rumah ni tak minum sangat air durian belanda, dan terlalu byk utk dimakan begitu sahaja. 

Hence, I was thinking of making a soursop cake. it is quite rare, and what I found are a few recipes from Jamaica. Inspired by the Cempedak Butter Cake, maybe I should innovate the same recipe. I use a lemon butter cake recipe from a blog http://borianafoods.com and improvised it by adding soursop. Mudah follow step dalam ni sbb ada step by step gambarajah. 


Bahan-bahan: 

6 biji telur
250gm butter
200gm gula (Sy guna 3/4 cwn brown+white sugar. tapi better kurangkan lagi kalau kurang gemar manis)
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
1/2 cawan durian belanda kisar (buang biji)

Cara-cara membuatnya: 
1. Pisahkan kuning & putih telur dalam bekas yg berasingan. 
2. Masukkan butter, gula & kuning telur dalam 1 bekas
3. Mix/kacau sehingga sebati dan kembang. (Sblm mix guna handmixer, sy gaul dulu butter + gula dgn spatula utk elakkan terpercik)
4. campurkan tepung gandum dan baking powder dalam bekas yg lain. Aduk sehingga sebati.
5. Masukkan parutan lemon dalam adunan butter dan daul sehingga sebati
6. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati. (Sy ada baca somewhere yg jangan gaul tepung terlalu lama atau laju, nnti akan enhance gluten dalam tepung dan buatkan ia jadi keras). 
7. Pukul telur putih sehingga kembang (I beat it until tak jatuh bila terbalikkan)
8. Masukkan blended soursop dalam adunan butter & tepung, gaul sebati. (mine agak berair sbb guna soursop yg dah ditambah jus limau, Nak buat air asalnya :P)
9. Masukkan putih telur yg telah dipukul ke dalam adunan dan gaul secara folding method dengan spatula sehingga sebati.
10. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
11. Bakar adunan dengan suhi 150 deg celcius selama 20 minit. (Unfortunately, it took around 50 mins to cook. Lepas masak 20 mins, baru perasan oven diset api atas saje.. huhu. Jadi,  sy tukar setting kpd api atas bawah selama 10 mins. Lepas potong, perasan kek masih terlalu moist then masukkan kembali selama 10 mins utk dengan suhu 180 deg, then I add another 10 mins thinking it still not cooked well.  after that i left it sbb nk sambung kelas ngaji, until my sister said that the cake actually already cooked & delicious :) I am not a confident baker. )
12. Kek siap dipotong dan boleh hidang..

Sejujurnya, saya bukanlah peminat makanan manis mahupun seorang baker. Dari cara memasak sehinggalah handling the ingredients, tidaklah perfect. 

24/Jan/23
Taiping. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...