Khamis, 24 Julai 2008

oOoO..Khuah

kita saban hari mendengar pasal ukhuwah.. Hatta kunci kemenangan Islam sendiri merangkumi Iman, UKHUWAH, Management. kadang ukhuwah itu lebih, kadang ia kurang.. bila kurang..tambah-tambah la..jgn malu2..

Hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahwa Rasulullah bersabda : 'Ada seseorang berada di samping Rasulullah lalu salah seorang sahabat berlalu didepannya. Orang yang di samping Rasulullah tadi berkata : `Aku mencintai dia, ya Rasulullah`. Lalu Nabi menjawab : `Apakah kamu telah memberitahukan kepadanya?` Orang tersebut menjawab : `Belum`. Kemudian Rasulullah bersabda:`Beritahukan kepadanya`. Lalu orang tersebut memberitahukan kepadanya seraya berkata ;`Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah`. Kemudian orang yang dicintai itu menjawab :`Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya."

begitu besar maknanya ukhuwah sampai para sahabat pun melakukan perkara-perkara yang menguatkan ukhuwah...

Antara hal-hal yang menguatkan ukhuwah:
  1. Memberitahukan kecintaan kepada yang kita cintai
  2. Memohon dido'akan bila berpisah
  3. Menunjukkan kegembiraan dan senyuman bila berjumpa
  4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali non muhrim)
  5. Sering bersilaturahmi (mengunjungi saudara)
  6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu
  7. Memperhatikan saudaranya dan membantu keperluannya
  8. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya
  9. Mengucapkan selamat berkenaan dengan saat-saat keberhasilan

saat dulu mula kenalan, menjadi madu, mungkin sering senyum, saling berbagi.. namun bila tup ! menjadi akhwat..'a aahh.. tak pe .. dia faham.., ana sibuk..byk masalah yang perlu difikirkan..'

ya.. memang begitulah para manusia yang mengakui dirinya kader dakwah, sibuk sampai kadang mengabaikan hal-hal yang menguatkan ukhuwah..

tanpa kita sedari.. kita sering menyakiti orang yang rapat dengan kita.. kadang, di suatu sisi, kita sering mengharapkan sesuatu daripada si akhwat yang sibuk.. tanpa mahu mengerti kekalutan yang dipendamnya.. di sinilah, bila kita saling membantu dan menghulurkan bantuan.. manisnya terasa saat beban dikurang dan sama dipikul tanpa mengurangi hal-hal yang menguatkan ukhuwah...

Maka, apa buah Ukhuwah Islamiyah?

Merasakan lezatnya Iman

Mendapatkan perlindungan Allah di hari kiamat (termasuk dalam 7 golongan yang dilindungi)

Mendapatkan tempat khusus di surga (QS.15 : 45-48)

" Sesunguhnya di sekitar Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakaan pakaian cahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan Nabi juga bukan para syuhada. Akan tetapi para Nabi dan syuhada tertegun (merasa iri) kepada mereka sehingga berkata : ' Hai Rasulullah, tolong beritahu siapa gerangan mereka itu ?' Beliau menjawab : ' Mereka adalah orang yang menjalin cinta karena Alah, dan saling bermajlis karena Allah, dan saling mengunjungi karena Allah semata." (HR. Nasa'i)

Maka, dari itu, senyumlah sedikit ..moga ia menghapus duka.. Moga, dimudahkan Allah urusan kalian..

Jumaat, 11 Julai 2008

~SomeWhere I Belong~

Aku membelek-belek friendster kawan-kawan lama..dari yang sekolah rendah sampai la yang kini. Kagum, hampa, bangga dan tertanya-tanya. And this question suddenly came across my mind..Where do I belongs to?

My friends, rite now, yes, I can see their changes..some change and some are not..

Aku teringat kata-kata seorang pendidikku. Ketika itu, aku baru mula melangkah ke alam menengah tinggi.. 'Apabila seseorang melangkah ke alam Universiti, perubahan pasti berlaku, penghijrahan dari yang buruk kepada baik, atau dari yang baik kepada kurang baik'.

.... adakah kejadian sebegitu? dan, aku menyaksikan perubahan itu..

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (Kebajikan dan Kejahatan)" QS90:10

Dan kehidupan ini penuh dengan pilihan.. menjadi beranilah untuk membuat pilihan..
Where do I belongs to?

yang terbaik, hanya datang dari Allah..
Maha Suci Allah, Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui..

Khamis, 29 Mei 2008

Am I one of them?

Jejak E

cara-cara nak kenali Kulit Babi







AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH & TERHANGAT DI PASARAN… BANYAK TERDAPAT DI KOMPLEX2 MEMBELI BELAH TERUTAMANYA ;

KALAU ADA 3 TITIK DALAM SATU TOMPOK TU… JANGAN BELI…TU KULIT BABI…


PERANGIN MALL
BUKIT JAMBUL
GURNEY PLAZA
KOMTAR
SUNSHINE
GAMA
PACIFIC
SOGO
QUEENSBAY


CARA NAK SYAK KASUT KULIT BABI IALAH…

HARGANYA LEBIH MURAH DARI KASUT KULIT LAIN
BIASANYA KULIT BABI NI DI PASANG DI DALAM BAHAGIAN KASUT SEBAB DIA LEMBUT
PALING BANYAK PADA KASUT KANAK-KANAK PEREMPUAN
KASUT WANITA PUN BANYAK (YANG SALE GILER TU...PERATI BETUL2)
SANDAL LELAKI


so, pandai-pandai pilih kasut yer.. jangan asyik nak murah je.. tengok kualiti juga.. =)

souRce: muslimconsumer

Rabu, 14 Mei 2008

Taujihat

Apabila berlaku sesuatu musibah, bala’, fitnah atau tragedi alam, kita lazim berkata “Pasti ada sebab atau hikmah Allah di sebaliknya. Ia hanya satu peristiwa yang buruk pada ukuran manusia tetapi tidak buruk pada ukuran Allah.”
Perkataan di atas adalah benar akan tetapi yang menjadi persoalan adalah, sejauh mana kita yakin dan tenteram dengan perkataan tersebut. Atau mungkinkah di celah-celah hati timbul soalan “Kenapa Allah bertindak zalim mengazab orang yang tidak bersalah?” Atau mungkin rakan bukan Islam kita yang bertanya “Kenapa tuhan Islam kejam menghukum manusia, termasuklah umat Islam sendiri, dengan kebuluran, gempa bumi, taufan dan banjir?”
Seandainya kita memiliki jawapan daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, sudah tentu ia akan menjadikan hati kita benar-benar yakin dan tenteram. Bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala memang memiliki sebab dan hikmah di sebalik sesuatu peristiwa musibah, bala’, fitnah dan tragedi alam.
Tulisan ini insya-Allah akan cuba memaparkan sebab dan hikmah tersebut berdasarkan keterangan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Sebelum itu akan diberikan beberapa keterangan sebagai pendahuluan:
Pertama: Maksud Musibah, Bala’ dan Fitnah.
· Musibah ialah sesuatu yang tidak disukai yang ditimpakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ke atas manusia akibat daripada kesalahan besar yang mereka lakukan.
· Bala’ ialah ujian yang Allah beri kepada seseorang demi kebaikan dirinya sendiri sekali pun orang itu pada asalnya tidak menyedarinya.
· Fitnah ialah ujian yang Allah timpakan kepada manusia tanpa dibezakan sama ada disebabkan oleh kesalahan manusia itu atau untuk kebaikan manusia tersebut.
· Maka fitnah adalah umum manakala musibah dan bala’ adalah khusus. Fitnah boleh merangkumi musibah atau bala’.
Walaubagaimana pun untuk memudahkan tulisan ini, musibah, bala’ dan fitnah akan disebut secara bersamaan.
Kedua: Antara Izin Dan Redha Allah.
Setiap musibah berlaku dengan izin Allah sebagaimana firman-Nya:
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ.
Tidak ada musibah yang menimpa melainkan dengan izin Allah. [al-Taghabun 64:11]
Perhatikan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala menggunakan perkataan “izin”, di mana sesuatu yang diizinkan oleh Allah tidak semestinya diredhai oleh Allah. Ini sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala mengizinkan manusia untuk beriman atau tidak kepada-Nya:
وَقُلْ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ.
Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.” [al-Kahf 18:29]
Namun di sebalik keizinan ini tidaklah bererti Allah redha kepada makhluk yang enggan beriman kepada-Nya:
إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلاَ يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ.
Jika kamu kafir, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman) kamu dan Dia tidak (sekali-kali) redha hamba-hamba-Nya berada dalam keadaan kafir; akan tetapi jika kamu bersyukur (dengan beriman kepada-Nya), Dia meredhainya bagi kamu. [al-Zumar 39:07]
Justeru apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengizinkan sesuatu musibah, tidaklah bererti Allah meredhainya. Namun Allah tetap mengizinkannya kerana sesuatu sebab atau hikmah yang ingin dicapai di sebalik musibah tersebut.
Ketiga: Musibah, Bala’ Dan Fitnah Tidak Semestinya Dalam Bentuk Sesuatu Yang Tidak Disukai Manusia.
Perkara ketiga yang ingin diterangkan sebagai pendahuluan adalah, bukan semua musibah, bala’ dan fitnah yang Allah izinkan wujud dalam bentuk yang tidak disukai oleh manusia. Ia boleh juga berlaku dalam bentuk yang disukai atau dianggap baik oleh manusia:
وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً.
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai fitnah. [al-Ankabut 21:35]
Oleh itu hendaklah mereka yang merasai selama ini “terbebas” daripada sebarang musibah, bala’ atau fitnah berhati-hati kerana:
وَعَسى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ.
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [al-Baqarah 2:216]
Akan tetapi kebanyakan musibah, bala’ dan fitnah berlaku dalam bentuk yang tidak disukai oleh manusia kerana ia lebih berbekas, lebih memberi kesan sehingga dengan itu sebab atau hikmah yang diingini mudah tercapai.
Berikut diterangkan sebab atau hikmah di sebalik sesuatu musibah, bala’ dan fitnah:
Pertama: Sebagai Bukti Kasih Sayang Allah Kepada Hamba-Nya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ.
Sesungguhnya besarnya ganjaran (pahala) bersamaan dengan besarnya ujian (bala’). Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Dia menurunkan ujian (bala’). Maka sesiapa yang redha maka dia mendapat keredhaan (Allah) dan sesiapa yang marah maka dia mendapat kemurkaan (Allah).[1]
Apabila sesuatu bala’ menimpa sesuatu kaum, jangan kita pantas mengatakan mereka sedang diazab oleh Allah. Ini kerana boleh jadi apa yang berlaku ialah sebaliknya, iaitu Allah mengasihi kaum itu dan menurunkan ujian sebagai bukti kasih sayang-Nya. Melalui ujiannya itu Allah mengurniakan ganjaran pahala yang besar kepada para hamba-Nya yang redha.
Kadangkala sesuatu ujian amatlah berat sehingga lebih mirip kepada siksaan. Ini boleh jadi benar akan tetapi sekali lagi ia tidak bererti mereka ialah satu kaum yang derhaka sehingga Allah sedang mengazab mereka. Ini kerana apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengkehendaki kebaikan bagi sesuatu kaum, Dia mempercepatkan siksaan di dunia terhadap apa-apa kesalahan kecil yang telah mereka lakukan sehingga dengan itu mereka bebas di akhirat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan hakikat ini:
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ عَجَّلَ لَهُ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَافِيَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Apabila Allah mengkehendaki bagi hamba-Nya kebaikan, maka Dia akan menyegerakan siksa baginya di dunia manakala apabila Allah mengkehendaki bagi hambanya keburukan, maka Dia akan menangguhkan siksaan itu hingga Hari Kiamat kelak.[2]
Kedua: Sebagai Meningkatkan Jati Diri Seorang Muslim.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنْ الأَمْوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرْ الصَّابِرِينَ.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. [al-Baqarah 2:155]
Seseorang yang pernah mengalami kesukaran pasti akan memiliki jati diri yang lebih kukuh berbanding orang yang tidak pernah melaluinya. Jati diri tersebut dibuktikan dengan kesabaran dan ketenangan apabila menghadapi kesukaran, bukan dengan kemarahan dan rungutan.
Maka untuk meningkatkan jati diri seorang muslim, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan sentiasa mengujinya dengan pelbagai ujian dari masa ke masa. Melalui kesabaran di antara ujian kepada ujian, bertambah tinggilah jati diri orang yang mengalaminya.
Ketiga: Sebagai Pengukur Tahap Iman.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3).
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut 29:2-3]
Keempat: Sebagai Peringatan Kepada Yang Leka.
Manusia apabila dalam kesenangan, mereka lazimnya akan leka daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, daripada mensyukuri nikmat-Nya dan daripada memperbanyakkan ingatan (zikr) kepadanya. Tidak ketinggalan ialah orang yang telah dikurniakan Allah dengan penghayatan agama yang baik, lalu timbul sikap ujub dalam dirinya sehingga dia mula melencong atau memandang hina orang yang rendah penghayatan agamanya. Terhadap manusia yang leka sebegini, Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan musibah, bala’ dan fitnah kepadanya agar dia kembali mengingati Allah.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
أَوَلاَ يَرَوْنَ أَنَّهُمْ يُفْتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٍ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ لاَ يَتُوبُونَ وَلاَ هُمْ يَذَّكَّرُونَ.
Dan mereka tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan pelbagai ujian) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (serta insaf)? [al-Taubah 9:126]
Kelima: Sebagai Balasan Kepada Orang Shalih Yang Tidak Melaksanakan Amar Ma’ruf Dan Nahi Mungkar.
Saya pernah mendengar orang yang menganggap dirinya shalih berkata kepada orang yang lazim melakukan kemungkaran: “Disebabkan mereka inilah Allah menurunkan azab!” Kenyataan ini tidak semestinya betul kerana adakalanya Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan musibah, bala’ dan fitnah kerana orang shalih yang enggan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar terhadap orang yang lazim melakukan kemungkaran. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لاَ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ.
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya. [al-Anfal 8:25]
Selari dengan ayat ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي هُمْ أَعَزُّ وَأَكْثَرُ مِمَّنْ يَعْمَلُهُ لَمْ يُغَيِّرُوهُ إِلاَّ عَمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ.
Tidaklah satu kaum yang di kalangan mereka terdapat orang-orang yang melakukan maksiat sementara kaum itu pula lebih kuat dan lebih ramai daripada orang-orang yang melakukan maksiat, tetapi mereka tidak pula menghalangnya, melainkan Allah meliputi mereka semua dengan siksaan.[3]
Keenam: Sebagai Penghapus Dan Pembalas Kesalahan.
Seorang muslim tidak maksum daripada melakukan kesalahan. Sedikit sebanyak, di sana sini, pasti dia akan melakukan kesalahan yang mengakibatkan dosa. Bagi membersihkan atau menghapuskan dosa tersebut, Allah memberikannya ujian sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ.
Tidaklah sesuatu menimpa seorang muslim daripada kelemahan, wabak, kebingungan, kesedihan, sakit, kesusahan sehinggalah kepada duri yang menusuknya, melainkan Allah menghapuskan dengan (itu semua) kesalahannya.[4]
Apabila seseorang itu melakukan kesalahan yang besar lagi banyak, maka Allah menimpakan musibah kepadanya, musibah yang memang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ (30) وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ فِي الأَرْضِ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ (31).
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu musibah, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan musibah, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi; dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan. [al-Syura 42:30-31]
Ketujuh: Sebagai Menguji Sikap Orang Yang Terlepas Daripada Musibah, Bala’ Dan Fitnah.
Kadangkala apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala menimpakan musibah, bala’ atau fitnah kepada sesuatu kaum, ia juga merupakan ujian kepada mereka yang pada saat itu terlepas daripadanya. Ini kerana apabila Allah menguji satu kaum, Allah juga sekali gus menguji kaum yang lain, sama ada mereka bersyukur atau angkuh, sama ada mereka turut menghulurkan bantuan atau sekadar bersilang kaki meneka kenapa kaum itu layak ditimpa musibah, bala’ atau fitnah.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ .
Dia-lah yang telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun. [al-Mulk 67:02]
Demikian tujuh sebab dan hikmah Allah Subhanahu wa Ta'ala di sebalik sesuatu musibah, bala’ atau fitnah. Sebenarnya agak sukar untuk kita mengenal pasti secara terperinci apakah sebab dan hikmah di sebalik sesuatu musibah, bala’ atau fitnah. Ia boleh jadi salah satu daripada tujuh sebab dan hikmah di atas dan ia boleh jadi himpunan dua atau lebih daripada tujuh sebab dan hikmah tersebut.
Sebagai contoh, ketika saya menulis risalah ini, negara Myanmar baru sahaja dilanda taufan Nargis sehingga memangsakan jutaan penduduknya. Di antara yang menjadi mangsa ialah umat Islam yang boleh jadi Allah Subhanahu wa Ta'ala mengasihi mereka, menginginkan kebaikan bagi mereka, meningkatkan lagi jati diri mereka atau mengukur tahap keimanan mereka. Di antara yang menjadi mangsa ialah umat bukan Islam yang boleh jadi Allah Subhanahu wa Ta'ala ingin melihat siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang terselamat di belahan bumi lain yang berlumba-lumba menghulurkan bantuan.
Mungkin ada yang berkata, taufan Nagris adalah musibah yang Allah timpakan sebagai azab kepada penduduk Myanmar yang kebanyakannya tidak beragama Islam. Saya rasa kemungkinan ini amat nipis kerana belum sampai kepada kebanyakan penduduk Myanmar dakwah Islam yang lurus dan tulen yang disampaikan oleh seorang ulama’ pewaris Rasul. Dalam hal ini Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan:
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً.
Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). [al-Isra’ 17:15]
Justeru status sebenar penduduk Myanmar yang bukan Islam kita serahkan kepada Rahmat dan Keadilan Allah Subhanahu wa Ta'ala.




[1] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2396-2 (Kitab al-Zuhud, Bab berkenaan sabar dalam menghadapi bala’).
[2] Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2396 (Kitab al-Zuhud, Bab berkenaan sabar dalam menghadapi bala’).
[3] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna‘uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka terhadap Musnad Ahmad, hadis no: 19230 (jld. 4, ms. 364).
[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 5641-5642 (Kitab al-Maradh, Bab berkenaan penyakit adalah penghapus kesalahan).
Sharing is caring
adapted from: http://alastani.multiply.com

Rabu, 16 April 2008

Sabar Yang Paling Mengagumkan

Prof. Dr. Khalid al-Jubair penasehat spesialis bedah jantung dan urat nadi di rumah sakit al-Malik Khalid di Riyadh mengisahkan sebuah seminar dengan tajuk Asbab Mansiah (Sebab-Sebab yang Terlupakan). Mari sejenak kita perhatikan bersama kisah tersebut. Dokter tersebut berkata:

Pada suatu hari, (hari Selasa) aku melakukan operasi pada seorang anak berusia 2,5 tahun. Pada hari Rabu, anak tersebut berada di ruang ICU dalam keadaan segar dan sehat.

Pada hari Kamis pukul 11.15 -aku tidak melupakan waktu itu karena pentingnya kejadian tersebut- tiba tiba salah seorang perawat mengabariku bahwa jantung dan pernafasan anak tersebut berhenti bekerja. Maka akupun pergi dengan cepat kepada anak tersebut, kemudian aku lakukan proses kejut jantung yang berlangsung selama 45 menit. Selama itu jantungnya tidak berfungsi, namun setelah itu Allah ‘Azza wa Jalla menentukan agar jantungnya kembali berfungsi. Kamipun memuji Allah ‘Azza wa Jalla. Kemudian aku pergi untuk mengabarkan keadaannya kepada keluarganya, sebagaimana anda ketahui betapa sulitnya untuk mengabarkan keadaan pasien kepada keluarganya jika ternyata keadaannya memburuk. Ini adalah hal tersulit yang harus dihadapi oleh seorang dokter. Akan tetapi ini adalah sebuah keharusan. Akupun bertanya tentang ayah si anak, tetapi aku tidak mendapatinya. Aku hanya mendapati ibunya, lalu aku katakan kepadanya: “Penyebab berhentinya jantung putramu dari fungsinya adalah akibat pendarahan yang ada pada pangkal tenggorokan dan kami tidak mengetahui penyebabnya. Aku kira otaknya telah mati.” Coba tebak, kira-kira apa jawaban ibu tersebut? Apakah dia berteriak? Apakah dia histeris? Apakah dia berkata: “Engkaulah penyebabnya!”

Dia tidak berbicara apapun dari semua itu bahkan dia berkata: “Alhamdulillah” Kemudian dia meninggalkanku dan pergi. Sepuluh hari berlalu, mulailah sang anak bergerak gerak. Kamipun memuji Allah ‘Azza wa Jalla serta menyampaikan kabar gembira sebuah kebaikan yaitu bahwa keadaan otaknya telah berfungsi.

Pada hari ke-12, jantungnya kembali berhenti bekerja disebabkan oleh pendarahan tersebut. Kamipun melakukan proses kejut jantung selama 45 menit, dan jantungnya tidak bergerak. Maka akupun mengatakan kepada ibunya: “Kali ini menurutku tidak ada harapan lagi.” Maka dia berkata: “Alhamdulillah, ya Allah jika dalam kesembuhannya ada kebaikan, maka sembuhkanlah dia wahai Rabbi.”

Maka dengan memuji Allah, jantungnya kembali berfungsi, akan tetapi setelah itu jantung kembali berhenti sampai 6 kali hingga dengan ketentuan Allah spesialis THT berhasil menghentikan pendarahan tersebut, dan jantungnya kembali berfungsi.

Berlalulah sekarang 3,5 bulan, dan anak tersebut dalam keadaan koma, tidak bergerak. Kemudian setiap kali dia mulai bergerak dia terkena semacam pembengkakan bernanah aneh yang besar di kepalanya, yang aku belum pernah melihat semisalnya. Maka kami katakan kepada sang ibu bahwa putra anda akan meninggal. Jika dia bisa selamat dari kegagalan jantung yang berulang-ulang, maka dia tidak akan bisa selamat dengan adanya semacam pembengkakan di kepalanya. Maka sang ibu berkata: “Alhamdulillah.” Kemudian meninggalkanku dan pergi. Setelah itu, kami melakukan usaha untuk merubah keadaan segera dengan melakukan operasi otak dan urat syaraf serta berusaha untuk menyembuhkan sang anak. Tiga minggu kemudian, dengan karunia Allah ‘Azza wa Jalla dia tersembuhkan dari pembengkakan tersebut, akan tetapi dia belum bergerak

Dua minggu kemudian, darahnya terkena racun aneh yang menjadikan suhunya 41,20C. Maka kukatakan kepada ibunya: “Sesungguhnya otak putra ibu berada dalam bahaya besar, saya kira tidak ada harapan sembuh.” Maka dia berkata dengan penuh kesabaran dan keyakinan: “Alhamdulillah, ya Allah, jika pada kesembuhannya terdapat kebaikan, maka sembuhkanlah dia.”

Setelah aku kabarkan kepada ibu anak tersebut tentang keadaan putranya yang terbaring di atas ranjang nomor 5, aku pergi ke pasien lain yang terbaring di ranjang nomor 6 untuk menganalisanya. Tiba tiba ibu pasien nomor 6 tersebut menangis histeris seraya berkata: “Wahai dokter, kemari, wahai dokter suhu badannya 37,60C, dia akan mati..., dia akan mati...”. Maka kukatakan kepadanya dengan penuh heran: “Lihatlah ibu anak yang terbaring di ranjang no 5, suhu badannya 410C sementara dia bersabar dan memuji Allah.” Maka berkatalah ibu pasien no.6 tentang ibu tersebut: “Wanita itu tidak waras dan tidak sadar.”

Maka aku mengingat sebuah hadits Rasulullah Sholallahu ‘alihi wasallam yang indah lagi agung: ”Beruntunglah orang-orang yang asing.” Sebuah kalimat yang terdiri dari dua kata, akan tetapi keduanya menggoncangkan ummat. Selama 23 tahun bekerja di rumah sakit aku belum pernah melihat dalam hidupku orang sabar seperti ibu ini kecuali dua orang saja.

Selang beberapa waktu setelah itu ia mengalami gagal ginjal, maka kami katakan kepada sang ibu: “Tidak ada harapan kali ini, dia tidak akan selamat.” Maka dia menjawab dengan sabar dan bertawakkal kepada Allah:

“Alhamdulillah.” Seraya meninggalkanku seperti biasa dan pergi.

Sekarang kami memasuki minggu terakhir dari bulan keempat, dan anak tersebut telah tersembuhkan dari keracunan. Kemudian saat memasuki pada bulan kelima, dia terserang penyakit aneh yang aku belum pernah melihatnya selama hidupku, radang ganas pada selaput pembungkus jantung di sekitar dada yang mencakup tulang-tulang dada dan seluruh daerah di sekitarnya. Di mana keadaan ini memaksaku untuk membuka dadanya dan terpaksa menjadikan jantungnya dalam keadaan terbuka. Sekiranya kami mengganti alat bantu, anda akan melihat jantungnya berdenyut di hadapan anda.

Saat kondisi anak tersebut sampai pada tingkatan ini aku berkata kepada sang ibu: “Sudah, yang ini tidak mungkin disembuhkan lagi, aku tidak berharap. Keadaannya semakin gawat.” Diapun berkata: “Alhamdulillah.” Sebagaimana kebiasaannya, tanpa berkata apapun selainnya. Kemudian berlalulah 6,5 bulan, anak tersebut keluar dari ruang operasi dalam keadaan tidak berbicara, melihat, mendengar, bergerak dan tertawa. Sementara dadanya dalam keadaan terbuka yang memungkinkan bagi anda untuk melihat jantungnya berdenyut dihadapan anda, dan ibunyalah yang membantu mengganti alat-alat bantu di jantung putranya dengan penuh sabar dan berharap pahala.

Apakah anda tahu apa yang terjadi setelah itu?

Sebelum kukabarkan kepada anda, apakah yang anda kira dari keselamatan anak tersebut yang telah melalui segala macam ujian berat, hal gawat, rasa sakit dan beberapa penyakit yang aneh dan kompeks? Menurut anda kira-kira apa yang akan dilakukan oleh sang ibu yang sabar terhadap sang putra di hadapannya yang berada di ambang kubur itu? Kondisi yang dia tidak punya apa-apa kecuali hanya berdo’a dan merendahkan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Tahukah anda apa yang terjadi terhadap anak yang mungkin bagi anda untuk melihat jantungnya berdenyut di hadapan anda 2,5 bulan kemudian? Anak tersebut telah sembuh sempurna dengan rahmat Allah ‘Azza wa Jalla sebagai balasan bagi sang ibu yang shalihah tersebut. Sekarang anak tersebut telah berlari dan dapat menyusul ibunya dengan kedua kakinya, seakan-akan tidak ada sesuatupun yang pernah menimpanya. Dia telah kembali seperti sedia kala, dalam keadaan sembuh dan sehat. Kisah ini tidaklah berhenti sampai di sini, apa yang membuatku menangis bukanlah ini, yang membuatku menangis adalah apa yang terjadi kemudian:

Satu setengah tahun setelah anak tersebut keluar dari rumah sakit, salah seorang kawan di bagian operasi mengabarkan kepadaku bahwa ada seorang laki-laki beserta istri bersama dua orang anak ingin melihat anda. Maka kukatakan kepadanya: “Siapakah mereka?” Dia menjawab, “Tidak mengenal mereka.”

Akupun pergi untuk melihat mereka, ternyata mereka adalah ayah dan ibu dari anak yang dulu kami operasi. Umurnya sekarang 5 tahun seperti bunga dalam keadaan sehat, seakan-akan tidak pernah terkena apapun, dan juga bersama mereka seorang bayi berumur 4 bulan.

Aku menyambut mereka, dan bertanya kepada sang ayah dengan canda tentang bayi baru yang digendong oleh ibunya, apakah dia anak yang ke-13 atau 14? Diapun melihat kepadaku dengan senyuman aneh, kemudian dia berkata: “Ini adalah anak kedua, sedang anak pertama adalah anak yang dulu anda operasi, dia adalah anak pertama yang datang kepada kami setelah 17 tahun mandul. Setelah kami diberi rizki dengannya, dia tertimpa penyakit seperti yang telah anda ketahui sendiri.”

Aku tidak mampu menguasai jiwaku, kedua mataku penuh dengan air mata. Tanpa sadar aku menyeret laki-laki tersebut dengan tangannya kemudian aku masukkan ke dalam ruanganku dan bertanya tentang istrinya. Kukatakan kepadanya: “Siapakah istrimu yang mampu bersabar dengan penuh kesabaran atas putranya yang baru datang setelah 17 tahun mandul? Haruslah hatinya bukan hati yang gersang, bahkan hati yang subur dengan keimanan terhadap Allah ‘Azza wa Jalla.

Tahukah anda apa yang dia katakan?

Diamlah bersamaku wahai saudara-saudariku, terutama kepada anda wahai saudari-saudari yang mulia, cukuplah anda bisa berbangga pada zaman ini ada seorang wanita muslimah yang seperti dia.

Sang suami berkata: “Aku menikahi wanita tersebut 19 tahun yang lalu, sejak masa itu dia tidak pernah meninggalkan shalat malam kecuali dengan udzur syar’i. Aku tidak pernah menyaksikannya berghibah (menggunjing), namimah (adu domba), tidak juga dusta. Jika aku keluar dari rumah atau aku pulang ke rumah, dia membukakan pintu untukku, mendo’akanku, menyambutku, serta melakukan tugas-tugasnya dengan segenap kecintaan, tanggung jawab, akhlak dan kasih sayang.”

Sang suami menyempurnakan ceritanya dengan berkata: “Wahai dokter, dengan segenap akhlak dan kasih sayang yang dia berikan kepadaku, aku tidak mampu untuk membuka satu mataku terhadapnya karena malu.”

Maka kukatakan kepadanya: “wanita seperti dia berhak mendapatkan perlakuan darimu seperti itu.”

Saudara-saudariku, ketahuilah bahwa beriman kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan segenap keimanan dan tawakkal kepada-Nya dengan sepenuhnya, serta beramal shalih adalah perkara yang mengokohkan seorang muslim saat dalam kesusahan, dan ujian. Kesabaran yang demikian adalah taufik dan rahmat dari Allah ‘Azza wa Jalla

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman yang artinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.”Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Allah ‘Azza wa Jalla, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah: 155-157).

Sumber: Qiblati edisi 01 tahun III http://shofamarwa.multiply.com

Selasa, 15 April 2008

Isu Murtad- apa tindakan kita?

Isu Murtad tidak habis-habis hingga kini, ibarat musuh dalam selimut, ia terus menjalar, dengan tersebar luasnya perang pemikiran yang semakin rancak, menyaksikan seolah-olah sang musuh Islam bersorak girang.... benarlah, umat Islam kini ibarat buih di lautan...banyaknya ia tetapi tidak bermanfaat... jadi, siapakah aku? ************************ Soalan: Apakah tindakan sepatutnya bila berhadapan dengan orang mengalami masalah ini? Jawapan:

Walaikumussalam, Ada beberapa perkara yang harus kita buat sebelum memutuskan sesuatu (Masalah murtad): 1. Pastikan yang kamu dan kawan-kawan lain nampak yang orang atau kawan yang kita maksudkan itu sudah membuat perkara yang dianggap mencurigakan. 2. Beritahu pihak yang sepatutnya, felo, pengetua kolej, Jakmas, MPP. 3. Buat laporan secara bertulis dan Salin kepada ustaz, jika tindakan tidak dibuat dalam beberapa ketika ustaz akan rujuk perkara ni kepada Jabatan HEP dan TNC HEP. 4. WAJIB untuk tidak menghebahkan perkara kepada orang lain, dan jangan libatkan orang luar untuk mnyelesaikan masalah kita. 5. WAJIB berdoa kepada rakan yang dimaksudkan supaya Allah tidak memsongkan dia kepada jalan yang tidak betul. 6. Dosa memfitnah orang lain murtad akan kembali kepada kita juga jika lontaran fitnah yang kita buat itu tidak benar. 7. Elakkan menerima berita khabar berita selagi mana kita belum mendengar daripada orang yang berkenaan.. MURTAD ada 3 Jenis: 1. Murtad Qauli 2. Murtad Fi'li 3. Murtad i'toqadi. Tak faham 3 perkara ini jangan cuba membincangkan dan mengeluarkan isu Murtad kepada sesiapa sahaja. Semoga Allah memelihara kita semua dari bala bencana. Kesalahan kita menghukum orang juga akan menyebabkan bala Allah datang kepada kita, walaupun kita orang yang bersembahyang... Wallahualam.

*************************************** 'Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat'- Sabda Nabi saw. Walau bukan si Burung Enggang, namun jadilah seperti si Burung Pipit, walau paruhnya kecil, namun tetap tekadnya untuk membantu Nabi Ibrahim a.s.. Ya Allah, yang berkuasa membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah ia dalam mentaatiMU...tetaplah dalam mentaatiMU, tetapkanlah ia dalam mentaatiMu...... so, teruslah bersemangat untuk menyebarkan fikrah Islam, moga lebih ramai yang akan mengenali dan tertarik dengan keindahan Islam.. wassalam..

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...