Ahad, 10 April 2011

Telur Palsu: Gulp.. berapa banyak dah makan..

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni kecoh pasal telur palsu.. first time masa dengar kat radio, macam tak caya.. bila baca kat newspaper pun macam tak percaya jugak.. Dah sampai kat Malaysia telur ayam palsu ni.. Yelah.. tiap-tiap hari menu mesti ada telur, telur goreng mata, telur dadar.. mee goreng mamak.. dan kadang-kadang makan telur kicap ngan nasi panas je pun dah menyengat.. fuhh.. tetiba muncul pula isu-isu sensitif pasal makanan mengenai telur.. jadi, apakah yang aku makan sebelum ini?

Berdasarkan laporan daripada CAP, telur ayam palsu ini lebih besar berbanding daripada telur ayam sebenar.. dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Komponen-komponen bahan kimia ini boleh menganggu metabolisma, otak, sel saraf malah menjejaskan fungsi hati. Selain itu, ia boleh melemahkan ingatan seseorang..

Bila sebut palsu-palsu, ni asalnya ia bermula di China.. China memang terkenal dalam menghasilkan barang-barang tiruan, malah buah-buahan pun ada yang tiruan di China.. Itulah kesan daripada dasyatnya penerokaan Sains dan Teknologi.. Kalau sebelum ini kita ada belajar di sekolah mengenai teknologi pengklonan, maka telur palsu ini juga ibaratnya seperti pengklonan.. Selalu dapat forwarded email mengenai makanan-makanan tiruan.. telur, kuay teow.. dan bila ia terjadi di negara sendiri.. buat2 terkejut plak.. hehhee..

Agak-agaknya.. apalah manusia akan makan pada zaman akan datang? Kalau semuanya tiruan.. Agaknya manusia akan mengalami perubahan genetik.. Makanan-makanan organik sekarang sudah banyak yang terdedah kepada bahan kimia yang berlebihan.. Ayam daging, sayur mayur.. makanan-makan segera.. malah susu pun ada yang bercampur bahan kimia.. Sebab itu sekarang ni, macam-macam penyakit yang muncul.. dan tidak diketahui puncanya..

Bila difikir-fikir balik, lebih baik kita menanam sendiri sayur-mayur, dan menternak ayam untuk makanan yang lebih menyakinkan.. Alhamdulillah, masyarakat sudah mula sensitif terhadap isu-isu pemakanan serta kehalalan makanan.. We are what we eat, ye.. guys.. :)

So, be careful on what you eat,k.. nak beli makanan tu, belek2lah dulu kandungan kat packaging nye tu.. pastu pastikan logo halalnya.. dan lebih baik kita makan masakan di rumah aje.. lebih berkat, bersih dan yakin.. :)

just nak share video on telur ayam tiruan..



http://www.youtube.com/watch?v=v1NPK89dL98

Selasa, 29 Mac 2011

Lepaskan saja gelas itu.. !

Assalamualaikum...

I found this article in the FB. A friend sent it to me, and I'm gladly sharing this with you all. :)..
It does touch my heart.., and i hope yours too.. kadang-kadang kita menilai suatu masalah itu dari suatu sudut sahaja, dan beban itu dipegang lama seorang diri.. Hinggakan yang kecil itu menjadi besar.. Kongsilah ia.. tetapi dengan siapa.. kita ada Yang Maha Mendengar.. dan Dia tak pernah menghampakan kita.. Trust it!
selamat membaca..:)

***************************************************************************************************************************
Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?” “10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!” Murid-murid menjawab. Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit? “Tiada apa-apa!” Murid menjawab Kalau saya memegang selama setengah jam? “Tangan lenguh!” Murid menjawab, Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya? “Tidak!” murid menjawab. Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari? “Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas. Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?” Murid-murid mula pening, gilo ker apo? Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital? “Lepaskan sahaja gelas itu!” Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama. Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat. Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”


Ahad, 27 Mac 2011

Nilam: Ya Allah.. Akalku Terhad, Ilmuku Dangkal

Assalamulaikum wbt.

Nilam ni sebenarnya satu post mengenai buku.. Kiranya, ia seperti segment bedah buku atau macam projek Mari membaca tu.. Kat sekolah rendah kan kita dah terbiasa dengan kempen membaca, jadi saya ingin lah meneruskan kempen membaca ini di dalam blog ini.. So, currently I'm reading this book, almost 2 month, and I am only able to finish it half.

Tajuk: Ya Allah.. Akalku Terhad, Ilmuku Dangkal
Penulis: Sofiyah Satuyah Rasin
Penerbit: Oasis buku

Sinopsis:

Secara overallnya, buku ini menghimpunkan koleksi-koleksi penulisan penulis yang tersiar di majalah MIDI. Penulisan ini adalah mengenai pengembaraan hati dan perasaan yang sering silih berganti dalam menghadapi setiap peristiwa yang kadang-kadang kita lihat ia seperti perkara yang remeh temeh.

Menariknya, setiap peristiwa itu dikaitkan dengan 99 sifat-sifat Allah, membuatkan setiap peristiwa yang dialami itu terasa hikmahnya.. dan setelah membaca, kita akan tersenyum kerana ia mula membuka mata kita terhadap dunia yang kadang-kadang kita rasakan ianya sempit.

So, saya suggestkan buku ni utk dibaca bulan ini.. Penulisannya santai dan bahasanya juga mudah.. Bacalah ye.. Moga Ilmu kita bertambah, dan pemikiran kita lebih matang.. hehe...


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi."

Sabtu, 26 Mac 2011

Ulangkaji Istilah Hadis

Sedang ambil part time cert kt UM, tetibe rasa nk simpan notes pasal hadis kt sini.. Banyak juga kene hafal, dgn brain fog ni, hebat sahabat2 Rasulullah dulu menghafal hadis. 


Di dalam menentukan penerimaan atau penolakan riwayat-riwayat hadis, para ulama menggunakan 3 istilah yang masing-masing menggambarkan kelas atau kategori masing-masing dalam penolakan atau penerimaan. Istilah-istilah tersebut ialah Sahih, Hasan dan Da'if. Hadis Sahih Hadis yang diyakini kesahihannya daripada Rasulullah saw. Bagi ulama hadis,
untuk mencapai kategori Sahih, sesebuah hadis perlu melengkapi syarat2 tertentu;
  1. Ianya diriwayatkan melalui sanad atau salasilah periwayatan yang Muttasil (mempunyai kesinambungan yang sempurna tanpa putus daripada perawi berkenaan sehinggalah Rasulullah saw.). Riwayat hadis tidak bersifat Munqati' (riwayatnya terputus di mana2 peringkat), tidak Mu'adhdhal (terputus 2 salasilah periwayatan secara berturut2), tidak Mu'allaq (terputus salasilahperingkat awal periwayatannya),tidak Mudallas (belaku kekeliruan di dalam menyebut salasilah periwayatannya dan lain-lain yang disebut sebagai syarat2 yg menjadikan sesuatu riwayatnya Muttasil atau bersambung dengan sempurna kepada Rasulullah saw.
  2. Kesemua periwayatnya adalah adil. Iaitu mempunyai pegangan agama yang baik, akhlak yang baik dan tidak fasik atau kurang bermaruah.
  3. Para periwayatnya mempunyai kepakaran dan ingatan yang tingi; iaitu mempunyai kesedaran yang cukup untuk memahami apa yang didengar atau diterimanya. Dan dia perlu benar-benar hafal dan ingat hadis berkenaan sejak dari menerimanya sehinggalah waktu dia meriwayatkan hadis itu.
  4. Hadis yang diriwayatkan tidak janggal; iaitu menyalahi riwayat orang yang tsiqah atau lebih dipercayai daripadanya.
  5. Hadis yang diriwayatkan tidak mempunyai kecacatan besar. (nak tulis lebih detail tapi explaination dalam buku tak paham pulak..)
Hadis Hasan Riwayat yang memenuhi syarat-syarat penerimaan tetapi terdapat di kalangan periwayatnya orang yang tidak begitu baik dari segi hafalan, ketelitian dan sebagainya. Riwayat seperti ini diterima tetapi ia dinilai sedikit rendah daripada hadis Sahih. Hadis Hasan ini terbahagi kepada 2:
  • hadis yang benar2 Hasan
  • Hadis yang dianggap Hasan - hadis yang dalam salasilahnya ada perawi yang tidak diketahui keadaan sebenar. Bagaimanapun, nyata dia bukanlah terlalu bodoh sehingga melakukan banyak kesilapan di dalam riwayatnya dan bukan pula disyaki berbohong di dalam meriwayatkan hadis serta pula tidak fasik.
Hadis Da'if Riwayat-riwayat yang tidak mencapai tahap sahih atau Hasan. Ia secara kasarnya boleh disebut sebagai berpunca dari dua sebab, iaitu sanadnya tidak muttasil (berterusan dari perawisampai kepada Rasulullah saw tanpa terputus di peringkat manapun di luar daripada persoalan sama ada periwayatan berkenaan bersifat muttasil atau sebaliknya). Hadis Munqati Hadis yang dalam senarainya tercicir seorang periwayat, tidak kira dari generasi manapun dia. Hadis Mutawatir Hadis yang diriwayatkan di dalam setiap generasi periwayatannya oleh sejumlah periwayat yang pada kebiasaannya mustahil telah berpakat untuk berdusta. Hadis Ahad Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah periwayat yang tidak mencapai tahap mutawatir atau mahsyur . Hadis ini daripda kategori yang tidak benar-benar diyakini datangnya daripada Rasulullah saw, tetapi sekadar sangkaan sahaja.

Rabu, 2 Mac 2011

Sehari yang motivated sekejap..

Assalamualaikum..

It's INSANE to expect DIFFERENT result by doing the SAME thing everyday..

Petang tu aku termotivated sket.. Yelah, setelah beberapa minggu aku rasakan..diri ini tersangatlah negatif.. Aura-aura positif sudah hilang.. Mana ntah dia pergi.. Petang itu.. aku dah set mind.. to be a positive person.. Ceh.. for sure banyak cabaran.. so.. aku tekad mau jadi kuat.. yeah..! kadang2x penting juga sebenarnya kita berada di kalangan orang yang sering memberi nasihat.. asyik menerima aje, bila mau memberi.. Life is about GIVE & TAKE..

And that evening.. I received, a giveaway..! I thought that it was the best organizer I would ever had.. Unfortunately.. It's only an organizer's cover without the 'isi'.. Suddenly I realized.. To teach someone fishing.. give him a fishing rod.. to teach someone management.. give them organizer.. but the empty one.. you are the one to decide what to put inside.. paper? books? pens?

Continue..

Tgh menulis tetibe tak de idea.. pastu boleh plak pergi buat kerje mengarut2..

dah termotivated beberapa jam petang tu.. dengan gumbiranya aku pulang ke rumah bernekad mahu menyiapkan kerja di rumah.. tetapi betapa hampanya hatiku.. kerna tertinggal all the precious equipment in the office..! Dan aku menyambung motivasi yang sedikit untuk melakukan perkara-perkara yang agak kurang berfaedah.. seperti bercakap dengan pokok.. gila bosan..! tapi syok.. coz my plant is growing it's 3rd and 4th leaves.. How amazing..! and Gues what..? there's another plant growing in the large flower pot too.. (it should be, coz I put 3 seeds inside it). And
suddenly I felt lovable.. kehkehkeh.. getting love from the plant..

Ye lah.. mari berbakti kepada tanah..

Sleepy sudah.. keje pun tak buat lagi..
nak BW andrevisit other bloggers, asyik hang je Lappy ni.. Blog berat kot.. ke lappy aku yang sudah tua dimamah beban software yg berat..

Nite.. Hope to have a very motivated morning.. I want to be Tuesday, Wednesday and Thursday.. or Hari Raya.. whre all the joy is there..

Ciau.. !


Ahad, 27 Februari 2011

GA Salam Santun

Assalamualaikum..

Kalau jalan2 shopping beli baju time dulu-dulu..(5 tahun dulu), susah nak jumpa baju yang betul-berul menepati citarasa.. longgar (tapi tak besar), dan labuh menutupi pinggul.. kalau ada pun baju-baju ala punjabi banyak la.. tapi biasalah.. baju punjabi kan banyak yang lengan pendek..

Dan, kini alhamdulillah, tak susah nak jumpa baju2 muslimah labuh yang dijual di pasaran.. kalau waktu dulu-dulu zaman U, takat t-shirt2 labuh muslimah, sangatlah feymous, dengan design kartun dan gambar bunge2 kat depan.. Perkembangan fesyen muslimah terus meningkat dari tahun ke tahun.. kalau dulu hanyalah kain t-shirt, sekarang dah macam2 jenis kain ada.. lycra lah, kapas lah.. corak bungalah.. abstract, ropol2.. apepun ia mestilah menepati syarat2 dan etika2 yang bertepatan.. tapi,biasalah.. kalau nak jumpa yang berkenan di hati tu payah sikit.. nak pusing satu shopping complex atau satu bandar nak cari yg berkenan di hati, alamatnye tercabutlah kaki.. tapi tak dinafikan, ada yang dijual di sesetengah kedai amatlah menarik hati..

Salah satu cara lagi nakbelek design2 dan baju2 ni adalah memalui internet.. Hari ni sy tergerak lah nak google blouse dan t-shirt2 musliman.. pastu terjumpalah satu website ni.. http://www.salamsantun.com.. baju-baju yang dipamerkan sangat menarik dan pelbagai warna dan boleh dimasukkan dalam checklist baju-baju muslimah anda.. :) Saya sempat membelek-belek beberapa design baju, rata-rata harga yang dipamerkan adalah harga standard bagi baju musllimah, cuma saya agak kurang pasti bagaimana kualiti kainnya.Hmm..Ada yg dari kain kapas..ada T-shirt.. bila sebut kain kapas.. saya terbayang kedut.. Kain kapas yang sy biasa beli cepat berkedut.. pernah beberapa blouse yg saya pakai tak sampai setengah hari dah macam kene kepal kedutannya.. Kan bagus kalau dia letak juga cara penjagaan pakainnya.. hehehe.. (byk pulak komennya).. tapi, kelihatan kainnya agak tebal dan tidak jarang seperti sesetengah blouse yang dijual.. so, tambah lagi 2 poin.. HOOray...!

Hehe.. macam promote blog sendiri la pulak.. hmm.. Blouse dan kemeja labuh untuk ke pejabat pun ada..

Contoh baju yang ada kat Salam Santun:

Bila orang pakai blouse ni.. slalu mesti nak pakai dengan jeans kan? baru nampak smart.. nak pakai dengan Khakis pun cantik.. pakai dengan skirt labuh pun sweet.. Tak kisah lah nak pakai dengan apa pun, janji menutup aurat dan bukan hanya urat ye.. Pape pun.. saya nak survey lagi blouse2 yang menarik.. Kalau korang nak tengok blouse menarik Khadeeja.. gi lah website Salam santun.. Rambang mata dengan warna2 nya.. K, lah.. I'm continuing my hunting..


Khamis, 24 Februari 2011

Besar Nak Jadi Apa?

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni rajin pulak saya membelek-belek Facebook.. Tengok-tengok kot dapat tag kad kahwen. Cuti sekolah dah nak dekat, mesti akan beraturlah jemputan makan2 nasi minyak, al-sekaligus menaikkan tahap kolestrol dalam badan.. hehe.. waaahhh.. lamanye tak makan nasi minyak.. rindu kat ayam masak merah, kurma daging, jelatah.. dan yang best tu tengok design baju pengantin orang.. belek2 hantaran.. Ya.. dah besar anak makcik tu ye.. padahal saya dengan pengantin tu sama umur.. saje tak sedar diri yang diri tu dah tua ek..?

Si pengantin seorang bekerjaya, suami/isterinya pun seorang yang bekerjaya.. dulu-dulu waktu sekolah selalu ingat yang Science tream, mesti ramai yang jadi doktor, scientist, jururawat ke.. tapi bila dah besar jadi bankers, kerani.. eheh.. 'aku ni lurus bendul jugak ek.. skarang baru sedar' .. dan kesimpulannya, tak semua cita-cita waktu kecil akan dikecapi.. So, cita-cita tu samalah macam angan-angan yek? Semalam waktu mengelamun dalam LRT Putra waktu on the way balik kerja, telah banyak memori yang berjaya direcall..'aku ni dulu kira banyak berangan-anganlah ek..? Sebab semua yang aku cita-citakan tak menjadi..., Jadi, aku nak bercita-cita apa? Masa kecil sudah berlalu.. ? Saya tak dapat nak recall lah ayat yang mengatakan bahawa, angan-angan itu adalah suatu yang merugikan.. (or a kind of sentence). I'll let you know later k?

Akhirnya, aku membuat kesimpulan sendiri bahawa yang patut diletakkan adalah bukan cita-cita, tetapi matlamat hidup. Biar apa pun yang kita jadi setelah besar, matlamat hidup kita yang akan membawa kita.. Hmm.. masuk logik akal tak? So.. saya pun mula memikirkan matlamat baru setelah mengalami satu fasa peralihan yang perit. (apekah maknanya tu.. hehe..)..

Jadi dengan secara otomatiknya kini, bila jumpa je dengan makhluk yang bernama student, mesti saya aklan cakap..'Adik, besar nanti nak jadi apa?.... Belajar rajin-rajin ye dik..' mungkin sebab saya dah merasa sedikit sesalan dalam hidup.. tapi saya pun student jugak ye..

Papepun, semua kawan-kawan dah besar, dah kawen, dah ada anak, dan dah bekerjaya.. Teringat pulak masa darjah satu dulu.. ada classmate tulis, cita-citanya nak jadi 'surirumah'.. kerana ibunya seorang surirumah.. agak-agak berjaya tak dia menjadi surirumah..?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lepas solat baru datang idea.. cita-cita menjadi angan-angan sekiranya ia tidak disertakan usaha..

K.. nak sambung balik buat kerja.. Today was quite stressfull.. and this month is a stressful month.. (haha.. tetibe buat luahan perasaan). - takde apa yang boleh dibuatkan.. it's on your own will.. (betul ke?)

Rabu, 23 Februari 2011

Azab Melengah-lengahkan Solat

Assalamualaikum..

Peringatan buat diri itu penting.. Kadang-kadang kita ni terlalu leka dan asyik sampai terlupa yang terutama.. Malas lebih menguasai diri.. dan inilah yang sering berlaku pada kita semua. Jadi, ingin saya kongsikan azab melengah-lengahkan solat.. Lengah solat pun ada azab, inikan pula yang sengaja meninggalkan solat, ye tak?

Orang yang melengah-lengahkan solat akan diazab dengan beberapa azab yang pedih.

.
1. Azab di dunia:
• Hidup tidak dirahmati.
• Nur pada wajah akan pudar.
• Tidak menerima pahala walaupun bagi amalan yang baik.
• Doa tidak dimakbulkan.
• Tidak mendapat doa daripada orang yang soleh.
.
2. Azab ketika hendak mati:
• Mati dalam keadaan aib.
• Mati dalam kelaparan.
• Mati dalam keadaan terlampau dahaga. Jika selautan air pun diberi, masih tidak mampu menghilangkan rasa haus tersebut.
.
3 . Azab dalam kubur:
• Dihimpit oleh bumi sehingga tulang berceramuk.
• Dihidupkan api di dalam kubur sehingga berguling-guling kepanasan.
• Dilepaskan ke arahnya ular besar yang berkuku panjang dan tajam.
.
4 . Azab selepas kebangkitan:
• Hisab dan hukuman ke atasnya amat keras.
• Dicampak ke dalam api neraka dalam keadaan hina.
.
So, my dear beloved friend, starting from today, let us do some 'islah' in our life.. although it's hard, and sometimes laziness behold us.. always remember, that we live a short life..


Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man

Ahad, 13 Februari 2011

Berkebun lah kita..

Assalamualaikum,

Minggu lalu teringat untuk mengupdate post berkenaan berkebun ni.. hari ni baru berkesempatan selepas berjaya membluetooth gambar-gambar dari kebun..

Cuti Tahun Baru Cina saya gunakan sepenuhnya di rumah.. Teringat juga kat member-member di kampung, rasa macam nak lepak-lepak dan tanye update terbaru dari mereka. Seems like, the home needs me more.. Dan hari Sabtu lalu baru berkesempatan melawat ke kebun di Changkat Larah. I was very excited the day before coz I thought tengah and bongsu mau ikut.. Mak pula sudah buat perancangan membakar kuih bingka di kebun.. Tapi.. akhirnye.. just saya, mak n abah je pagi tu pergi kebun..

Sesampai je di kebun, our mood dah lifted up atas penemuan dua biji durian.. yea..!

Isinya sangat lebut dan manis.. Buah ni, kata mak adalah dari pokok durian yang sudah lama tidak berbuah.. Abah hampir nak menebang pokok ni, katanya tiada hasil.. Akhirnye.. dengan izin Allah, ia telah berbuah, 3 biji semuanya.. Sebiji lagi masih di atas pokok.. Duduk bawah pokok durian ni sambil membakar bengkang hingga ke tengah hari pun tak gugur-gugur lagi..
Pokok yang kanan sekali tu adalah pokok yang hampir di tebang.. Cuba cari,di manakah buahnya.. ?

Sambil bakar bengkang (org panggil bingka, tapi saya dah biasa sebut bengkang).. tolong2 mak sikit cangkul-cangkul tanah.. pastu berlari-lari anak menjaga api bengkang.. takut menyala apinya.. hangit pula bengkangnya... (memang menyala pun.. dua kali.. dan agak hangit jadinya nasib lah masih boleh dimakan.. huhu)..


Bila dah dekat tgh hari tu barulah pulang membawa hasil seperi durian, ulam raja (tumbuh dengan sangat meliar), pucuk kaduk dan serai..

Tidak lupa juga, dalam diam, tungau turut dibawa pulang.. sampai MC Isnin tu.. haha...

So, apa lagi kawan-kawan, Marilah berbakti kepada tanah.. Cara senang nak makan sedap tanpa perlu berbelanja lebih.. :) Yang perlu, hanya bersabar.. Syok tau makan hasil usaha kita sendiri..


Khamis, 10 Februari 2011

Untuk Aku, Bacelah

Assalamualaikum..

Dear Aku,
Kadang-kadang apa yang berlaku itu ada hikmahnya..
dan perkara yang terjadi itu atas kelamahan diri sendiri,
dan Allah telah memberikan waktu dan situasi buat Aku untuk memperbaiki kelemahan itu..
Faham tak?

Aku,
cuba awak tuding satu jari di depan,
berapa jari yang menghala ke diri sendiri?
Sekarang, ada faham?

K, lah.. we love you too.. :)
Don't be sedey2 ok..
You've got to be strong,
Semuanya atas rahmat Allah..

Ikhlas dari,
Korang.. hehe..

p/s: hehe.... faham ke?


Rabu, 9 Februari 2011

Untuk korang, bacelah.

Assalamualaikum... Dear korang, Korangtau tak? Kalau aku banyak tangan, aku takkan minta tolong kat korang, aku takkan susahkan korang, biar semua keje aku buat pun takpe.. aku tak kisah susah, Aku tak kisah bersenggang mata, nak tak nak aku kene juga kerja, cari wang buat sara diri..sara orang, Tapi kadang2 tu aku tau memang korang takkan buat pun, aku pernah cakap kat korang, pastu korang bagi idea, tapi tinggalkan.. still tak buat juga.. tapi, korang tau kan, tangan kita Allah bagi sama banyak, Dua je setiap sorang, tak de yang lebih, Kurang tu adalah.. mungkin sebab main mercun.. Korang, Maaflah aku ni kadang-kadang banyak tanye, Ye lah,aku punya IQ tak tinggi mana, bukan juga 1st class honor, 2nd class jauh jugak lah.. Dulu aku dapat markah tinggi pun sebab soklan senang.. 1+1, mesti lah sume dapat jawab kan.. dan daya ingatan aku taklah berapa bagus.. tu yang aku tgh asah, nak beli cereal mahal ngan vitamin mahupun ayam brands, tapi mesti aku pikir 2-3 kali.. buat keje lama, sebab aku nak fikir lama.. maaf la, kadang senang je kan kalau korang je yang buat.. tapi aku tau tu keje aku, Sian korang kene tunggu aku,, tu sebab lah kadang2 aku tanye,, kadang2 tak tanye.. Aku segan ngan korang,tapi aku kuatkan juga semangat dan tebalkan muka.. huhu... korang, aku tak de modal dah nak cakap, aku rase baik aku senyap je, kalau aku cakap macam salah, bila diam pun aku salah, malas dah aku.. aku nak pergi negeri sendiri boleh? Korang dengan Louis Vuitton, K lah.. syyy.... Aku nak belajar bersyukur, Kalau bersyukur Allah akan melapangkan hati kita.. Aku nak belajar sayangi diri dan Allah, tak pelah korang ngan pakwe korang, rase bahagia.. tak larat dah aku nak tanye korang bila nak kawen.. Sure korang kate aku bizi body.. Pi cari sorang, baru lah rasa camne korang rase.. tapi kan korang... Korang keluar dekat sehari ngan pakwe yang tak halal lagi boleh.. nape susah ngan kawan yang muhrim? Harap2 korang pandai jaga diri.. Korang, aku ni melalut ek? dah la..aku nak tidur.. Sok aku keje lagi, walaupun hati ku memberontak.. kita sume penat kan? tapi aku tak tau korang punye penat camne, korang tau ke penat aku camne? K,lah.. aku lelap dulu.. mOga aku mimpi yang best,yang tenang dan gembira.. Boleh aku bangun awal untuk kumpul kekuatan.. Sok aku kene gi 'perang' lagi.. Maafkan aku andai aku gugur di medan.. Aku berusaha untuk tetap tabah dan kuat.. dan berusaha untuk tidak menangis.. berusaha untuk senyum.. Tapi, akuharap korang janganlah berhenti senyum, supaya aku boleh tumpang kegembiraan korang, dan aku takkan nampakkan kesedihan aku depan korang.. OK? salam sayang dari, Aku.

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...