Ahad, 23 Oktober 2011

Hati-hati menjaga Hati

Assalamulaikum wbt..

Sudah lama tak berblog,keistiqamahan untuk berblog tidak dapat dikekalkan.. tengah2 bulan banyak pulak kerja dan di ofis pula memang susah klu nak berblog.. dan bila dekat2 hujung bulan perasaan negatif berganda-ganda jadinya..


Bila datang perasaan "hati lemah", teringat sedikit pengisian dari Ustz Ari (kat AStro Oasis) berkaitan Hati Kuat Vs Hati Lemah Vs Hati Jelik.

Hati yg lemah seperti malas, lalai, cepat putus asa, tidak sabar.
Hati yg kuat seperti berdisiplin, bermotivasi, rajin berusaha, tidak mudah patah semangat.
Hati yang jelik (buruk) pula seperti khianat, dengki, pemboros.. dll.

Bila hati yg lemah bertemu hati yang jelik berkemungkinan amatlah bahaya pada pemilik hati-hati ini. tetapi bila hati yang lemah bertemu dangan hati yg kuat, insya-Allah, Hati yang kuat akan dapat membantu hati yang lemah.. begitu juga hati yg jelik dengan hati yang kuat.

Maka, saya ingin mencari pemilik hati yang kuat, supaya hati saya turut menjadi kuat.. bila hati sudah kuat, dapatlah saya menyebarkan kekuatan hati ini kepada hati-hati yang lain...

Jadi, silalah tampil wahai hati yang kuat!.

Sabtu, 24 September 2011

Doa Berlindung dari Rasa Sedih dan Belenggu Hutang

'Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang'

Ahad, 11 September 2011

blogging lepas raye

Nampak nye, semenjak sebulan dua ni, jari jemari ni malas nak menekan punat keyboard menaip kat belog. apatah lagi nak berblogwalking..

Entry last pun pasal jawatan kosong... Macam ada maksud tersirat aje.. hehe..

Sekarang dah tgh bulan Syawal.. pose 6 dah mula ke? walaupun sunat, tapi bila kte pose 6, pahalanya ibarat berpuasa setahun.. tapi godaan open house kan banyak time ni.. so banyak2 bersabar ye wahai perut.. klu dapat berpuasa 6 di kala org berebut membuat open house dan berebut2 mengisi perut yang banyak tak terisi sebulan.. alangkah nikmatnye puasa itu.. :)

So, korang, ada berapa hari lagi nak puasa 6? puasa ganti dah buat?

Khamis, 21 Julai 2011

Spread Happiness

Salam and Good Day my dear friends..,

Have you ever feel like today is the worst day ever? or all people around you seems soOoooOoo happy, laughing and joking but you? and still you feel like sharing happiness although you don't know how. Do you know, by spreading happiness to others, it might bring happiness to yourself?

Making an effort to spread happiness wherever you go won't just benefit those around you, but will benefit you as well. At the core of spreading happiness is serving others. Our society has become very "me-first," so it takes some effort to change that thought process. But the benefits you reap will make it worth the effort.

Difficulty:
Easy

Instructions

1. Volunteer your time. Monetary donations are always appreciated, but most charitable organizations are also in need of people who are willing to give up some of their free time to help their cause. You'll spread happiness to the people you are helping, and spending time outside of your normal surroundings will probably serve to make you better appreciate what you have.

2. Perform spontaneous acts of kindness for strangers. Something as simple as holding the door for the person coming in behind you, letting someone into traffic ahead of you or letting someone with just a few items in front of you in the grocery line serves to spread happiness.

3. Smile and be pleasant to those you encounter. You might be having a rotten day, but there's nothing to be gained by spreading it to everyone you meet. Be kind and considerate to the clerk at the store or to the waiter at the restaurant, and you might find that your own troubles seem a little easier to bear.

4. Repay random acts of kindness bestowed upon you by doing something nice for someone else. By doing this, you allow the happiness to spread throughout your community, making it an overall better place to live.

'Sebarkanlah kebaikan itu walaupun sebesar zarah.

Read more: How to Spread Happiness | eHow.com http://www.ehow.com/how_2078944_spread-happiness.html#ixzz1Sj9ayKoG

Rabu, 20 Julai 2011

tak semua betul dan tak semua salah

Asslamualaikum..

Pernah tak jumpa ada orang tu yang korang rasa cakap dia sahaja yang betul dan orang lain salah.

Macam satu judgement, 'Everyone is wrong except if they're able to prove they are right' same as the other way'

kadang2 bukan perlu melihat pada orang, bila satu jari tudingnya pada orang, cube lihat 4 jari lagi di mana? pada diri sendiri kan?

Manusia tak pernah lari dari kesilapan.. dan tiada siapa yang sempurna.. Maka, Allah telah meletakkan guideline supaya hamba-Nya mengikut guideline yang telah ditetapkan itu.. Contohnya, Allah telah mewajibkan melarang mengumpat. dan diumpamakan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri.. tetapi mengapa masih ada sesetengah orang yang masih suka mengumpat? Sebab nalurinya suka mengumpat? Maka, dia sepatutnya berusaha untuk tidak mengumpat dan mengikut guideline yang telah ditetapkan untuk menjauhi sikap mengumpat itu.. Dan perubahan sikap itu adalah suatu kejayaan.. :)

Manusia sentiasa rasa tidak sempurna dan tidak cukup.. Kadang-kadang ketenangan itu tidak ditemui.. Lalu mengarahkan kepada perkara-perkara yang lagho kerana menganggap akan mendapatkan ketenangan di situ.. Tetapi, ia hanya sementara, dan saat kita meluangkan masa bersama perkara-perkara yang melalaikan, sudah berapa banyak perkara yang bermakna dalam hidup kita yang telah dilepaskan? berapa banyak perkara yang disayangi dan yang akan disesali telah kita biarkan ia pergi..? Adakah semuanya di dalam jangkauan pemikiran kita saat itu? Maka, saat2 mulai mendekati yang lagho, usaha kita menjauhinya adalah satu kejayaan yang patut dihargai..

Berapa banyak kejayaan kita untuk menghadapi perasaan marah? perasaan benci dan dendam dalam diri? Sejauh mana kita berjaya menahan diri dari melakukan perkara2 yang dilarang? Perhitungan ini hanya mampu dinilai oleh diri sendiri.. Kerana kita mungkin mampu menipu semua manusia di muka bumi ini dengan luaran atau penampilan kita, tapi kita tak mampu untuk menipu Allah dan diri sendiri.. Keresahan itu hanya dirasai diri sendiri..

Jadi, bila kita menilai orang, janganlah menganggap apa yang dia buat adalah salah dan kita buat betul, dan begitulah sebaliknya.. Life is like a wheel, there's always up and down, and what you give you'll get..

Dear friends,
Sorry for what have I done, whether it's realized or not...

Mari kita persiapkan diri untuk berada di bulan Ramadhan.. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mampu membentuk kita untuk menjadi lebih baik..

Rabu, 18 Mei 2011

Update

Assalamualaikum..

Nampaknye dah lame tak update blog.. Since pencuri dah ambil my netbook skali package dengan celcom broadband, so, masa ku banyak dihabiskan dengan membaca, dan bahuku berat mengusung laptop ofis seberat 1kg.

So, hari ni update sikit je.. coz kat ofis.. harap penyepian ini akan berakhir..

tata titi titu..

Ahad, 1 Mei 2011

Tragedi 29 April

Assalamualaikum wbt.

Hari ini adalah hari Jumaat. Penghulu segala hari. dan hari ini jugalah merupakan hari terakhir aku bergelar staff kontrak di syarikat aku bekerja sekarang. Tetapi, pagi ini berat betul badanku untuk beranjak dari tilam.. Alamak..! baru aku teringat.. masih ada data yang belum aku siapkan dan perlu dihantar hari ini.. Untuk 2 tahun pulak tu.. adeih.. sempat ke? Nasib baik part aku dah siap, cume kene siapkan part colleague aku yang kini tengah outstation. Roomate aku plak balik kampung.. syoknye dia.. tak perlu menghadapi hari yang malas ini.. huhu..

Baru aku mula untuk membuka fail excel yang beratnya 4Mbp ini, housemateku yang prihatin mengetuk pintu bilik..

'Dayah, takde air la..'

Adoi.. camne aku nak gi keje ni.. terus aku menyambung buat keje.. 'Yes.. EL!' hahaha.. seronoknye.. memang tgh liat ni.. Jap.. No nO no.. hari ni ada meeting pagi, dan unit meeting tengah hari.. I have to make it to the office.. skarang baru pkul 7.00, so ada masa lagi, k? tapi klu takde air jugak EL lah.. call member blok lain tetibe hari ni sume rajin lak gi ofis awal.. Hsmate aku sume cam nak

pkul 9 am..

'Wei, air dah ade.. tapi pelan la.. '

Takpelah.. korang mandi dulu.. aku nak siapkan keje ni dulu.. karang gi ofis awal2 ada plak keje tambahan.. Nampaknye, aku ke ofis jugak.. tak boleh skip.. ada tanggungjawab penting. Message bos jap kata lambat masuk ofis.

tapi hari ni memang aku sangatlah tak sedap hati. berdebar2 semacam.. Kurang berjogging kah? haha.. betul3x.

Pulang dari keje, hati yg kurang sedap ini masih ada.. Aku cari mknn kat pasar malam lah.. Hari ni dapat bonus n Next week bermula hidup baru, sepatutnye aku happy.

Then, dapat plak message dr hsmate.

'Korang, rumah kita kene pecah'..

Jantung aku hampir gugur..

Aku adalah orang terakhir yang keluar rumah..
dan barang yang hilang agak banyak.. di saat Allah memberikan rezeki yang banyak, Dia menarik sesuatu yang bukan menjadi milik kita.

Tetapi aku bersyukur kerana kami semua selamat.. Nasib baik semua orang sudah keluar rumah.. dan ini adalah peringatan buat semua.. supaya lebih berhati2..

Jaga-jaga.. ada yang memerhati..!

Selasa, 26 April 2011

Migrain dan Sakit Kepala

Assalamualaikum..

Termasuk hari ni.. dah genap 3 hari kepala ni berdenyut-denyut..sebelah pulak tu dan petang tadi.. Jalan pun dah tak menentu...dan mual.. hmm.. balik rumah.. rasa nak pejam mata je memanjang.. Spek pun tak mampu nak pakai.. tapi terasa nak google la pulak.. haha.. sakit-sakit kepala mengadah juga laptop.. control sket brightness jadi yg paling rendah..

Sebeleum ni selalu menafikan kene migrain.. hoho.. tak mungkin.. tak mungkin.. then saya pun bergoogle...

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Bahagian migrain

# Migrain boleh menyerang di bahagian dahi, depan kepala, atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala sehingga menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan mengganggu kehidupan sosial mereka.

# Migrain di depan kepala
Ia berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam atau kurang darah.

# Sisi kiri atau kanan kepala
Migrain focul yang tidak spesifik

# Belakang kepala
Sakit kepala occipital, ada kaitan dengan darah tinggi, avmalformation dan aneursym (tidak boleh dirawat)

# Atas kepala
Sakit kepala vertex headacde. Mungkin ada kaitan dengan ketumbuhan yang sangat berbahaya dan perlu merujuk kepada doktor.

Tanda migrain
# Gangguan visual
# Nampak tompok atau kilauan cahaya
# Sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising
# Mual atau muntah
# Gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing dan kaki, tangan serta kaki sakit macam tercucuk jarum
# Lemah atau kebas pada anggota badan

Kaedah rawatan:
Semasa saya menggoolge.. ada lah disenaraikan beberapa jenis ubat untuk merawat/ menangani sakit migrain ini, antaranya:
Aspirin dan paracetamol
diclofenac dan ibuprofen
meloxicab dan etoricoxib
Ergotamine
Sumatriptan

Kesemua ubat ini ada fungsi-fungsi tertentu.. kalau nak lebih detail, boleh google kot.. Nak tulis byk.. sakit kepala plak.. hahaha..

Tapi, sebenarnya, sehingga kini,migrain tidak mempunyai ubat.Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer sahaja,untuk megurangkan sakit,bukannya menyembuhkan.

Abu Nu aim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi : Migrain/pening kepala pernah dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain .
Di dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya,Baginda berkata : aduh
kepalaku .Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.

Membalut bahagian kepala boleh mengatasi migraine dan sakit kepala lainnya.Rawatan terhadap penyakit ini b erbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Ada kalanya,migraine bolehdisembuhkan dengan muntah,makan,rehat atau mengikat kepala. Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkan atau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine. Malah ada yang mengatakan kita perlu bercakap dan melakukan aktiviti untuk menghilangkan sakit kepala. Jika seseorang sakit kepala kerana panas terik mentari,penyembuhannya dengan inai adalah sangat mujarab.Caranya ialah inai itu ditumbuk dengan halus dan dicampur dengan cuka untuk dibalurkan dan dibalut di kepala,sakit kepala akan terus berkurangan. Inai mengandungi tenaga yang boleh mengatasi pening.

Hurm.. kepala kita perlu berehat juga sebenarnya.. dan yang paling penting bila sakit kepala tu, cube mandi dan basahkan kepala.. Itu yang saya selalu buat.. at leat kurang la sikit.. dan kurangkan melihat cahaya-cahaya terang..

Tetapi, pernah seorang kaunselor memberitahu saya, bahawa sebenarnya sakit migrain ini berpunca dari diri kita sendiri.. Mungkin masih wujud atau tersimpan marah terhadap seseorang dan kita sukar memaafkannya.. Cuba kita renung sejenak, masih adakah lagi insan terdekat/kenalan/hanya sekadar teman hi hi bye bye yang masih belum kita maafkan kesilapannya... Maka bebanan itu tertumpu pada kita.. jadi, maafkanlah.. Sebab orang yang migrain ini, ada perkara yang masih belum dia maafkan..

Memang benar.. setelah mendengar kata kaunselor/ustaz tersebut..dan mula memaafkan, walaupun tak ingat siapa.. dan kita redho.. sakit migrain sudah jarang melanda.. cume itulah yang perlu diingat semula bila migrain itu muncul..

Jadi, maafkanlah semua orang.. :)

Orait.. it's time for sleep,sO, dear all my friends please accept my apologize..

Tata..

~End~

Isnin, 25 April 2011

Ubahlah Kerugianmu Menjadi Keuntungan

Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak artikel yang terkandung dalam 'Jangan Bersedih, jadilah Wanita yang Paling Bahagia', Saya tertarik dan sering membacanya berulang-ulang kali..

**********************************************************

Ada sebuah nasihat yang menganjurkan agar jangan berputus asa jika kakimu terantuk lalu engkau terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Kelak engkau akan keluar darinya dengan kekuatan dan daya tahan yang lebih kukuh. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Jangan bersedih sekiranya orang yang selama ini dekat denganmu menghunus anak panah ke tubuhmu, Kerana nanti engkauakan mendapatkan orang yang akan mencabut anak panah tersebut,mengubati lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyumanmu... :)

Jangan sering bernaung di atas gedung keruntuhan, terutama bila sekelompok kelawar telah menghuninya dan kegelapan telah menghampirinya. Carilah kicauan burung yang menembus cakerawala bersama sinar pagi yang cerah.

Jangan melihat kepada kertas-kertas yang telah berubah warnanya, huruf-hurufnya yang membingungkan dan tulisannya yang sudah suram. Engkau akan menyedari bahawa tulisan itu bukanlah tulisan terbaik yang pernah engkau tulis. Juga kertas itu bukan kertas terakhir yang engkau tuliskan. Engkau harus membezakan antara orang yang meletakkan tulisanmu di matanya dengan orang yang menyerahkannya kepada angin . Tulisan itu tidak hanya ucapan indah yang berlalu begitu sahaja, akan tetapi dia adalah perasaan hati yang hidup pada setiap hurufnya, menggoncangkan denyut jantung orang yang membawanya dengan penuh kesabaran dan membakar kepiluannya dengan api. Jangan anda jadi raja yang murung, nama julukan burung ajaib yang mengeluarkan kicauan merdunya bila berdarah kerana terluka sehingga ia dijuluki dengan nama tersebut.

Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang seimbang dengan nilai darah anda walau setitis pun.


waah.. habes sudah falsafah saya..
Kelemahan kita adalah kekuatan kita.. hmm.. ?
fikir-fikirkan...

~EnD~

Rabu, 20 April 2011

Rabu:Berblog tanpa idea

Assalamualaikum..

Lama giler tak berblog.. Entry ni saya tulis time lunch hour hari Rabu.. tulis sepatah, saya sambung pulak hari Isnin berikutnya.. Ya.. ini adalah kerana saya tiada idea untuk dituliskan.. walaupun kepala ini sudah tepu dek banyak sangat perkara yang difikirkan.. (kunun2 je.. apelah sangat nak difikirkan.. )

Ya.. sambung balik..

That Wednesday morning, fikiran ini datang menerjah.. 'Lama giler aku tak blogging.. Nak blogwalking pun dah tak de passion..' Buka blog sendiri pun kosong aje.. ' 'Nape aku berblog..?'
So.. resultnye.. dekat sebulan tak de entry.. kerana kurang termotivasi untuk memotivasikan rakan-rakan yang lain..

Dan hampir sebulan melakukan pencarian... idea..

Dan.. inilah yang terlintas...


Aku ni tak de life ke.. hahahhaa... jadi Zombie..


tak nak tak nak.........!


tak nak makan otak.. tak sedap...


Kita semua normal.. manusia..


yang tak sama adalah cara berfikir..


tapi kita sama... dari tanah... kemahuan dan keinginan hampir serupa..


yang membezakan.. peratus kemahuan kita.. huh...


Aku berfalsafah pulak..


Maka, di pertengahan minggu ini iaitu Rabu.. teruslah membulat tekad, meneruskan hari sehingga tiba hujung minggu untuk meneruskan kehidupan... tapi....


Kita bukan hamba dunia........


~End~

Ahad, 10 April 2011

Telur Palsu: Gulp.. berapa banyak dah makan..

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni kecoh pasal telur palsu.. first time masa dengar kat radio, macam tak caya.. bila baca kat newspaper pun macam tak percaya jugak.. Dah sampai kat Malaysia telur ayam palsu ni.. Yelah.. tiap-tiap hari menu mesti ada telur, telur goreng mata, telur dadar.. mee goreng mamak.. dan kadang-kadang makan telur kicap ngan nasi panas je pun dah menyengat.. fuhh.. tetiba muncul pula isu-isu sensitif pasal makanan mengenai telur.. jadi, apakah yang aku makan sebelum ini?

Berdasarkan laporan daripada CAP, telur ayam palsu ini lebih besar berbanding daripada telur ayam sebenar.. dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Komponen-komponen bahan kimia ini boleh menganggu metabolisma, otak, sel saraf malah menjejaskan fungsi hati. Selain itu, ia boleh melemahkan ingatan seseorang..

Bila sebut palsu-palsu, ni asalnya ia bermula di China.. China memang terkenal dalam menghasilkan barang-barang tiruan, malah buah-buahan pun ada yang tiruan di China.. Itulah kesan daripada dasyatnya penerokaan Sains dan Teknologi.. Kalau sebelum ini kita ada belajar di sekolah mengenai teknologi pengklonan, maka telur palsu ini juga ibaratnya seperti pengklonan.. Selalu dapat forwarded email mengenai makanan-makanan tiruan.. telur, kuay teow.. dan bila ia terjadi di negara sendiri.. buat2 terkejut plak.. hehhee..

Agak-agaknya.. apalah manusia akan makan pada zaman akan datang? Kalau semuanya tiruan.. Agaknya manusia akan mengalami perubahan genetik.. Makanan-makanan organik sekarang sudah banyak yang terdedah kepada bahan kimia yang berlebihan.. Ayam daging, sayur mayur.. makanan-makan segera.. malah susu pun ada yang bercampur bahan kimia.. Sebab itu sekarang ni, macam-macam penyakit yang muncul.. dan tidak diketahui puncanya..

Bila difikir-fikir balik, lebih baik kita menanam sendiri sayur-mayur, dan menternak ayam untuk makanan yang lebih menyakinkan.. Alhamdulillah, masyarakat sudah mula sensitif terhadap isu-isu pemakanan serta kehalalan makanan.. We are what we eat, ye.. guys.. :)

So, be careful on what you eat,k.. nak beli makanan tu, belek2lah dulu kandungan kat packaging nye tu.. pastu pastikan logo halalnya.. dan lebih baik kita makan masakan di rumah aje.. lebih berkat, bersih dan yakin.. :)

just nak share video on telur ayam tiruan..



http://www.youtube.com/watch?v=v1NPK89dL98

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...