Isnin, 2 Januari 2012

Mencari Turning Point 2012

Assalamualaikum,

Dear pembaca setia blog saya.. (in a humble way I know there're not much reader here, but I'm really appreciate to those who are consistently read my blog), Terima kasih. Mungkin kadang2 korang dapat sesuatu yg bermakna dr blog ini atau mungkin kadang2 tiada..


Tahun 2011 telah berakhir, dan kita sudah dua hari dalam tahun 2012.. bertukarnya tahun bermakna bertambahnya umur.. di penhujung hari pada 31hb Disember 2011, dan awal 1 January 2012, saya telah menghabiskan banyak masa dengan membaca blog.. dan ketika itu saya menyedari banyak perncangan dan aktiviti yang diadakan di luar, dan acara meriah yang menjadi rutin meninggalkan kesan sejarah pada keesokan harinya..

Mungkin kerana saya telah kematian kutu untuk aktiviti di hujung minggu, kerana banyak aktiviti ilmu yang boleh dihadiri telah terlepas, akhirnya saya 'terpaksa' duduk di rumah.. Sambutan tahun baru Gregoria 2012, disambut dengan meriah di seluruk pelosok dunia.. Di Malaysia? Saya hanya mengagak sahaja.. mungkin di KLCC, di Dataran Merdeka.. Di kelab2.. di padang2.. di hotel2... (berdasarkan surat khabar dan liputan berita keesokan harinya, di mana banyak remaja yang telah dicekup kerana menyambut tahun baru Gregoria..)

Di suatu sudut lain, pihak NGO bersama-sama insan yang punya kesedaran bermati-matian mengadakan suatu program alternatif bagi menarik sebahagian dari para penggemar pemyambut tahun baru..(yes.. these are what i've missed)..

1. Program Anda Bijak Jauhi Zina (diadakan setiap hujung tahun)
2. Program di dataran kemerdekaan Shah Alam
3. Program bersama IKIM di Masjid Wilayah
ni la yg saya tahu..

dan korang berhak memilih bagaimana korang nak mengakhiri tahun dan memulai tahun korang.. yang mana saya tahu tarikh 1 Januari 2012 bersamaan dengan 7 Safar 1433H. 1 bulan Hijrah telah merlalu, selepas tahun baru hijrah.. dan saya lebih sesal terhadap masa yang berlalu memikirkan di mana dan apa turning point yang sepatutnya dilakukan..
Tahun baru hijrah menandakan buku baru dalam hidup kita, malaikat pencatat menutup buku lama dan ambil buku baru untuk mencatat amalan kita.. Kalau tahun 2012, kita sendiri tukar diary.. siap dah dijual kat kedai buku..

Menganjak ke tahun 2012 Gregoria ini merunsingkan dengan banyak teori-teori yang belum pasti dan diasak ke dalam minda orang2 yang peduli..

1. Pilihan Raya 2012
2.Kejatuhan dolar Amerika sekaligus pencetus huru hara dalam Wall Street
3.Perang nuklear?
4.Penyebaran wabak dan penyakit yang lebih dahsyat
5. Kiamat 2012? hhaha... ni adalah sogokan dari filem Barat.. tetapi mungkin juga, sebab Hari Kiamat adalah perkara yang ghaib..
6. Ramai orang bujang berkahwin? hehe.. ni sudah semestinya aktiviti wajib setiap tahun.. terutama bagi orang baya saya.. sedangakan ada yang sudah bangga meletakkan di wall FB nya.. 'I'm proud ending 2011 single', so maybe tahun 2012 no more single..
7. Meneruskan azam lama yang tak sempat disempurnakan atau membuat azam baru.

Anda peduli?

Ada pula seronok sakan menyambut tahun baru..seolah2 telah berjaya melepaskan sesuatu yg berat,tetapi keesokannya, akan lambat bangun kerana penat... (bukankah bangun awal itu membuka pintu rezeki? aduss..), dan meneruskan kehidupan seperti biasa..meneruskan matlamat utk tahun itu..(kalau ada matlamat)..

Pernah dengar statement seorang artis muda pasal matlamat hidupnya? Oleh kerana atas kenyataannya yang ketika itu dia tak tahu dengan masa depannya, dia telah mendapat komen yang negatif dari ramai orang termasuk gurunya.. Tapi saya rasa mungkin selepas dari hari itu, dia mula berfikir tentang masa depannya dengan lebih kritikal..Itulah turning point untuknya..

Bagi saya, seorang yang masih berumur 17 tahun masih tercari2 matlamat diri itu bukan pertama yang saya jumpa..Bezanya, dia dikenali seluruh Malaysia, dan yang lain hanya dikenali di kalangan rakan..

Mungkin dia tak patut megeluarkan kenyataan itu di public jika nak dibandingkan dengan status figuranya.. Sebab orang yang pernah ada cita2 pun boleh hilang matlamatnya walaupun di pertengahnnya hayatnya..

Maka, di sini sebenarnya peranan guru, ibu bapa, orang sekeliling.. dan diri kita sendiri untuk meletakkan matlamat hidup.. Waktu sekolah atau time U dulu, selalu ada program motivasi yang membantu kita mengenal potensi dan matlamat diri.. dah tua2 ni.. semua program berbayar.. saya tercari-cari di mana turning point atau initiator atau momentum (semua berbeza ni maksudnya..) coz I really need it.. (desperately), Matlamat dah ada.. cuma GPS nya..
at last, I ended up my 2011, thinking, and I start my 2012, with thinking..

At the same time I manage to Google on one of the top motivational program talked nowadays brought by a Dr. dan salah satu reason kenapa saya boleh google ialah sebab pengaruh iklan media cetak dan elektronik pasal Transformasi Diri.. Kalau nak diikutkan program dia start masa tahun 2008, time tu saya pernah tengok iklan dia kat surat khabar pasal mengenali diri/ potensi diri melalui tarikh lahir.. tapi yang sekarang ni, saya tak tahu macam mana.. and I'm eager to know, what is he doing in his program? Or what is he teaching? how's the crowd? In his website he didn't write much, there only some testimonials, and said that he'll share on how to be rich and attract money.. and I get so attracted until I manage to fill up my details in the registration form, until I stop for awhile and search, what does other comments to this.. I found this and I start thinking again..

http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/905-analisa-tarikh-lahir-tahu-masadepan.html

And then I choose to close the tab and started to think again.. I wonder whether I should attend a motivational program.. people may think and choose themselves.. even ESQ365 have their own methods to motivate others.. we? the choice is in our hands.. Banyak juga program2 motivasi lain, cuma mungkin kurang pendedahan..

Rahmat & rezeki Allah luas.. but what is the first step?

Dear reader,
do you have anything on your mind? Please share.

tq
*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*


Marilah menunaikan solat,
Marilah menuju Kejayaan..

Sabtu, 31 Disember 2011

3 hari selepas Selasa

Assalamualaikum..

Tajuk di atas sebenarnya menpunyai kaitan dengan entry sebelum ini.. Baru beberapa minit saya melayari laman facebook seorang rakan di mana dia meletakkan status:


Banyak benarnya kata-kata tu.. kita tak dapat menjangkakan apa yang Allah sudah letakkan buat kita.. Dalam suatu perjalanan yang panjang di mana kadang-kadang kita menganggap ia satu pilihan yang salah buat kita, tetapi Allah telah menemukan kita dengan suatu yang kita anggap sebagai kebetulan.. Kadang-kadang, dalam kepahitan ada manisnya.. tapi kita sering teringatkan kepahitan itu..

Hari Selasa yang menekan itu telah dibawa ke hari Khamis.. Kebetulan yang telah dirancang oleh Allah.. Dia membiarkan kita menghadapinya utk kita berfikir... Muka depan Solusi edisi 39 sangat menyentuh hati saya.. sekilas pandang akan majalah itu, terus saya grab dan hulurkan RM10 pada adik penjual buku.. Walhal, saat itu loceng penggera keselamatan sedang berbunyi, dan semua orang sedng berpusu-pusu keluar bangunan..

Fuuhh..........alhamdulillah.. adakah itu suatu kebetulan?

Malam itu dalam bulatan gembira, satu key word yang amat melekat di hati.. 'Allah meningkatkan darjat orang yang berilmu.. ' maka dengan ilmu, ia dapat mengubah nasib manusia.. tetapi kadang2 kita selalu merasakan cukup dengan sijil yang ada dengan anggapan 'bukti aku ni orang berilmu'.. walhal.. bila ditanya kembali , kita lupa.. rupanya sijil sukses exam sahaja..

Saya mencari kaitan 'kebetulan' dan Selasa.. yang ditemukan adalah manis selepas Selasa yang menekan.. walaupun ia ada, tetapi kemanisan selepas Selasa itu telah sedikit mengaburinya..

Suatu kebetulan dengan majalah Solusi membawa saya kepada artikel ' Mesra Takdir Penawar Stress'.

Kehidupan ini ibarat lukisan, tetapi kita memilih untuk berkrisis dengan lukisan takdir terhadap kanvas kehidupan.. Warna-warni kehidupan bukankah indah dan mendamaikan? (ya.. berulang-ulang kali saya mengingatkan).. Maka, dalam perjalanan kehidupan yang berwarna-warni ini, saat yang menekan ini sebenarnya kita berada di dalam sebuah hutan yang cantik, tetapi banyak duri dan binatang berbisa.. tetapi ada sahaja burung yang berkicau indah dan bunga yang cantik dipandang.. (huhu...)

Pernah dengar bagaimana berlian terbentuk? Berlian yang cantik terhasil daripada tekanan yang sangat banyak di dalam bumi.. disebabkan tekanan itulah ia menjadi sangat berharga dan digemari ramai.. Bagaimana pula arang? Arang dan berlian unsurnya sama : Karbon. tetapi yang membezakannya, arang kurang tekanan yang akhirnya, ia dijadikan sebagai bahan api..

Jadi, anggaplah kejadian ini bukan suatu kebetulan, sebaliknya suatu yang Allah telah letakkan utk kita sebagai suatu cabaran untuk diselesaikan.. Bila saat kita menghadapi kesukaran dalam hidup.. sentiasalah berfikir, bahawa Allah sedang mendidik kita menjadi sebutir berlian yang bernilai.. :)

"Life’s curveballs are thrown for a reason – to shift your path in a direction that is meant for you. You may not see or understand everything the moment it happens, and it may be tough. But reflect back on those negative curveballs thrown at you in the past. You’ll often see that eventually they led you to a better place, person, state of mind, or situation.

So smile! Let everyone know that today you are a lot stronger than you were yesterday, and you will be."

~ Marc&Angel

Rabu, 28 Disember 2011

Selasa yang menekan

Assalamualaikum.. Yeah.. sudah lama tidak menghasilkan karya yang kalau hantar kat cikgu mesti dapat A. Memang saya akui, hasil tulisan saya lebih kepada fakta dan kurang kepada penceritaan.. Maka, tidaklah layak untuk saya menjadi seorang penulis novel mahupun sajak. Arakian pun saya menulis sebuah sajak mahupun puisi, ia akan menjadi sebuah tanda tanya.. Lantaran itu.. lebih baik saya menulis sebuah karangan tidak berisi.. Minggu ini, kepala ini telah menunjukkan tanda kekerutan yang meningkat. Teguran dari rakan ofis sangat menyentap perasaan, jiwa dan raga ku.. 'I don't believe u're youger than me'.. begitulah kiranya alih bahasa rakan terbabit.. 'I also don't believe I look this way old..' yang seyakinnya aku tahu.. penampakkan wajahku yang lebih matang dari usia adalah disebabkan oleh penangan si anu bernama ---> STRESS...! Iya.. sangat ku akui.. Sang wanita seperti aku sangat mementingkan fizikal looks.. (in a moderate way, ok).. Jadi aku teringat akan kata2 sang kaunselor pujangga yang mengatakan bahawa ' You cannot change others, you can only change the way you think'.. and yes.. on my way to think positively, it making me a bit stress.. Should this have something to do with your trait? Maka, terpancarlah lagi ucapan dan kata2 sang kaunselor metropolitan.. ' People in stress should know their enemy, learn their enemy' --> (ni kata2 sy..waahh.. boleh jadi kaunselor sudah ni..) Actually..ehem2x.. untuk menangani stress.. kite perlu mengenal stress kita.. 1. How 2. When 3.Why 4.Who 5.Where do the 'event of stress' was happened. tada..! grammar tunggang langgang... Well, itu lah yang telah aku kenalpasti.. dan stress itu disebabkan oleh 'who' itu, Maka.. di sini, saya ingin mewujudkan satu hari tanpa tekanan.. dan ini boleh dijadikan sebagai azam tahun baru.. 'Menangani stress dengan baik, supaya generasi lebih bahagia..' Cewah.. boleh jadi pakar psikologi pulak ni.. Papepun.. yang terbaik buat kita adalah solat.. mulakan setiap pekerjaan dengan Bismillahirrahmanirrahin, dan doa, dan zikrullah.. So, di sni, saya nak share doa yg diajarkan oleh mak saya.. moga dipermudahkan segala urusan.. :) 'Robbiyassir wala tu'assir, rabbitammim bilkhair' ok.. time to sleep.. marilah kita perjuangkan hak kita..hak manusia teraniaya.. dan tunaikanlah hak sesama Muslim, manusia, dan yg penting hak Allah.. take care olls..

Jumaat, 2 Disember 2011

Mengapa Menangis?

As-Salam, Lama tak tulis entry.. banyak idea yg telah terkubur bersama masa2 yang telah lebur.. heheh.. boleh buat rhyme pulak ayat ni.. I just want to share a simple phrase that contains adeep feeling inside.. Mengapa menangis? Adakah kerana lemah? it's because we've been strong for too long.. we hold our feeling for too long.. & crying is the best medicine.. Share with Allah.. we put effort in the process and he will navigate you along the path..

Ahad, 23 Oktober 2011

HIjrah-UNIC

Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang

Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasih-Mu ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
HIjrah satu kemenangan
Musafir perjuangan




Asma'ul Husna

Assalamualaikum wbt..

Dalam buku ' Ya Allah, Ilmuku Cetek, akalku Dangkal', cerpen-cerpennya ditulis dengan mengaitkan Asmaul Husna (Nama-nama Allah) dalam setiap penceritaan. Dan setiap kisah, memberi kita pengajaran yang mungkin tidak kita sedari, tetapi secara tidak langsung dari Allah.

Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.


No. Nama Arab Maksud
1 al-Rahman الرحمن Maha Pengasih
2 al-Rahim الرحيم Maha Penyayang
3 al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah
4 al-Quddus القدوس Maha Suci
5 al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan
6 al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan
7 al-Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara
8 al-Aziz العزيز Maha Gagah
9 al-Jabbar الجبار Maha Perkasa
10 al-Mutakabbir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11 al-Khaliq الخالق Maha Pencipta
12 al-Barik البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13 al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14 al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun
15 al-Qahhar القهار Yang Memaksa
16 al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia
17 al-Razzaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
18 al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
19 al-Alim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20 al-Qabid القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)
21 al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)
22 al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)
23 al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)
24 al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)
25 al-Muzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya)
26 al-Samik السميع Maha Mendengar
27 al-Basir البصير Maha Melihat
28 al-Hakam الحكم Maha Menetapkan
29 al-Adl العدل Maha Adil
30 al-Latif اللطيف Maha Lembut
31 al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahasia
32 al-Halim الحليم Maha Penyantun
33 al-Azim العظيم Maha Agung
34 al-Ghafur الغفور Maha Pengampun
35 al-Syakur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36 al-Ali العلى Maha Tinggi
37 al-Kabir الكبير Maha Besar
38 al-Hafiz الحفيظ Maha Menjaga
39 al-Muqit المقيت Maha Pemberi Kecukupan
40 al-Hasib الحسيب Maha Membuat Perhitungan
41 al-Jalil الجليل Maha Mulia
42 al-Karim الكريم Maha Pemurah
43 al-Raqib الرقيب Maha Mengawasi
44 al-Mujib المجيب Maha Mengabulkan
45 al-Wasik الواسع Maha Luas
46 al-Hakim الحكيم Maka Bijaksana
47 al-Wadud الودود Maha Pencinta
48 al-Majid المجيد Maha Mulia
49 al-Bais الباعث Maha Membangkitkan
50 al-Syahid الشهيد Maha Menyaksikan
51 al-Haq الحق Maha Benar
52 al-Wakil الوكيل Maha Memelihara
53 al-Qawi القوى Maha Kuat
54 al-Matin المتين Maha Teguh
55 al-Wali الولى Maha Melindungi
56 al-Hamid الحميد Maha Terpuji
57 al Muhsi المحصى Maha Menghitung
58 al-Mubdik المبدئ Maha Memulai
59 al-Muid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan
60 al-Muhyi المحيى Maha Menghidupkan
61 al-Mumit المميت Maha Mematikan
62 al-Hai الحي Maha Hidup
63 al-Qayyum القيوم Maha Mandiri
64 al-Wajid الواجد Maha Penemu
65 al-Majid الماجد Maha Mulia
66 al-Wahid الواحد Maha Esa
67 al-Ahad الاحد Maha Esa
68 al-Samad الصمد Tempat Meminta
69 al-Qadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70 al-Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa
71 al-Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan
72 al-Muakhir المؤخر Maha Mengakhirkan
73 al-Awwal الأول Maha Awal
74 al-Akhir الأخر Maha Akhir
75 al-Zahir الظاهر Maha Nyata
76 al-Batin الباطن Maha Ghaib
77 al-Wali الوالي Maha Memerintah
78 al-Mutaali المتعالي Maha Tinggi
79 al-Bar البر Maha Penderma
80 al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat
81 al-Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa
82 al-Afu العفو Maha Pemaaf
83 al-Rauf الرؤوف Maha Pengasih
84 Malik al-Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta)
85 Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86 al-Muqsit المقسط Maha Adil
87 al-Jamik الجامع Maha Mengumpulkan
88 al-Ghani الغنى Maha Berkecukupan
89 al-Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan
90 al-Manik المانع Maha Mencegah
91 al-Dar الضار Maha Memberi Derita
92 al-Nafik النافع Maha Memberi Manfaat
93 al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94 al-Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk
95 al-Badik البديع Maha Pencipta
96 al-Baqi الباقي Maha Kekal
97 al-Waris الوارث Maha Pewaris
98 al-Rasyid الرشيد Maha Pandai
99 al-Sabur الصبور Maha Sabar



Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum wbt, Pernah dengar tentang 10 Muwasafat tarbiyah? Kalau belum, di bawah ada 10 cirinya: 
1. Aqidah yang sejahtera 
2. Ibadah yang shahih 
3. Akhlak yang mantap 
4. Luas pengetahuan 
5.Sihat tubuh badan 
6. Mampu berdikari 
7. Melawan nafsu 
8. Sangat menjaga masa 
9. Tersusun urusannya 
10.Bermanfaat pada orang lain 

Bila baca pada blog-blog orang lain atau mendengar dari pengisian-pengisian di surau.. biasanya akan dikaitkan dengan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang dai'e. Actually, setiap manusia adalah dai'e, maka, ciri-ciri tersebut seharusnya ada pada setiap individu muslim. Seorang muslim yang sebenar-benarnya seharusnya memiliki kriteria-kriteria di atas.. Suatu hari, bila kita terhenti sejenak memikirkan kelemahan diri, cuba buka list dia atas, dan buatlah checklist, sama ada kita menepati ciri-ciri dia atas.. dan berusahalah untuk menampal segala lopong.. Mungkin, inilah tarbiyah yang mampu kita berikan buat diri kita sendiri.. "Sesungguhnya, jihad itu untuk diri sendiri' QS al-Ankabut (29): 6.

Ayuh, bekerja!

Assalamualaikum.. Apakah kerjaya anda sekarang?
Cikgu? Pensyarah? Engineer? Doktor?
Begitulah soalan bila dah habis zaman universiti.. Masing-masing bertebaran mencipta kerjaya.. mengumpul kekayaan dunia dan akhirat setelah hampir 22 tahun bergelumang dengan buku2.. bila dah mendapat kerjaya hasil dari jerih perih interview dan mungkin ada yang bernasib baik, datang bergolek.. muncul pula persoalan.. Berapa lama untuk berbakti dalam sesebuah syarikat? setahun? 2 tahun? 5 tahun? atau 'bila saya dah jadi GM baru saya berhenti', atau.. ' saya akan berbakti di sini hingga akhir hayat.. ? Bagi yang masih mencari kerja.. kenapa masih tercari-cari? Terima sahaja tawaran kerja walaupun mungkin ia bukan dari bidang anda.. carilah pengalaman dahulu.. seorang kenalan ' ini adalah kerja yang ke-4 saya, dan baru kali ini saya mendapat kerja yang berkaitan bidang saya'.. dan bersyukurlah, kerana masih punya sumber utk mendapatkan wang, walaupun hakikatnya, gaji yang kita hanya boleh menampung diri sendiri.. Oleh itu, belajarlah berjimat cermat.. :) dengan mengukur baju di badan sendiri.. Jika hanya mampu membeli kancil, tidak perlulah memerah duit untuk membeli BMW. Maka, cari kerja, cari kerja lagi.. bila kehendak melebihi keperluan.. apa yang ada depan mata pun tak cukup.. erm.. saya pun nak cari kerja lagi.. passion di tempat kerja sudah tiada.. banyak reasonnya.. tapi kene fikirkan rasionaliti.. walaupun bukan seorang genius, punya anugerah dekan atau berkelas-kelas.. di harap agar hati & akal ini masih di jalan yang lurus.. Senaraikan reason kenapa perlu bekerja, maka kita akan tegar utk bekerja: 1. Kerana mak ayah dah lama kerja, sekarang biar saya pula yang kerja 2. hutang belajar tu sape nak bayar? 3.Makan pakai takkan nak minta parents lagi.. 4. Dah cukup umur klu bina keluarga sendiri.. 5. ...... dan lain-lain.. sebelum tidur bermuhasabah kenapa saya perlu bekerja.. dan bila lebih dari satu itu, reason anda sebenarnya sudah cukup kuat utk pergi bekerja.. "Tunjukilah kami jalan yang lurus" QS Al-Fatihah: ayat 6.

Hati-hati menjaga Hati

Assalamulaikum wbt..

Sudah lama tak berblog,keistiqamahan untuk berblog tidak dapat dikekalkan.. tengah2 bulan banyak pulak kerja dan di ofis pula memang susah klu nak berblog.. dan bila dekat2 hujung bulan perasaan negatif berganda-ganda jadinya..


Bila datang perasaan "hati lemah", teringat sedikit pengisian dari Ustz Ari (kat AStro Oasis) berkaitan Hati Kuat Vs Hati Lemah Vs Hati Jelik.

Hati yg lemah seperti malas, lalai, cepat putus asa, tidak sabar.
Hati yg kuat seperti berdisiplin, bermotivasi, rajin berusaha, tidak mudah patah semangat.
Hati yang jelik (buruk) pula seperti khianat, dengki, pemboros.. dll.

Bila hati yg lemah bertemu hati yang jelik berkemungkinan amatlah bahaya pada pemilik hati-hati ini. tetapi bila hati yang lemah bertemu dangan hati yg kuat, insya-Allah, Hati yang kuat akan dapat membantu hati yang lemah.. begitu juga hati yg jelik dengan hati yang kuat.

Maka, saya ingin mencari pemilik hati yang kuat, supaya hati saya turut menjadi kuat.. bila hati sudah kuat, dapatlah saya menyebarkan kekuatan hati ini kepada hati-hati yang lain...

Jadi, silalah tampil wahai hati yang kuat!.

Sabtu, 24 September 2011

Doa Berlindung dari Rasa Sedih dan Belenggu Hutang

'Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang'

Ahad, 11 September 2011

blogging lepas raye

Nampak nye, semenjak sebulan dua ni, jari jemari ni malas nak menekan punat keyboard menaip kat belog. apatah lagi nak berblogwalking..

Entry last pun pasal jawatan kosong... Macam ada maksud tersirat aje.. hehe..

Sekarang dah tgh bulan Syawal.. pose 6 dah mula ke? walaupun sunat, tapi bila kte pose 6, pahalanya ibarat berpuasa setahun.. tapi godaan open house kan banyak time ni.. so banyak2 bersabar ye wahai perut.. klu dapat berpuasa 6 di kala org berebut membuat open house dan berebut2 mengisi perut yang banyak tak terisi sebulan.. alangkah nikmatnye puasa itu.. :)

So, korang, ada berapa hari lagi nak puasa 6? puasa ganti dah buat?

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...