Sedang ambil part time cert kt UM, tetibe rasa nk simpan notes pasal hadis kt sini.. Banyak juga kene hafal, dgn brain fog ni, hebat sahabat2 Rasulullah dulu menghafal hadis.
- Ianya diriwayatkan melalui sanad atau salasilah periwayatan yang Muttasil (mempunyai kesinambungan yang sempurna tanpa putus daripada perawi berkenaan sehinggalah Rasulullah saw.). Riwayat hadis tidak bersifat Munqati' (riwayatnya terputus di mana2 peringkat), tidak Mu'adhdhal (terputus 2 salasilah periwayatan secara berturut2), tidak Mu'allaq (terputus salasilahperingkat awal periwayatannya),tidak Mudallas (belaku kekeliruan di dalam menyebut salasilah periwayatannya dan lain-lain yang disebut sebagai syarat2 yg menjadikan sesuatu riwayatnya Muttasil atau bersambung dengan sempurna kepada Rasulullah saw.
- Kesemua periwayatnya adalah adil. Iaitu mempunyai pegangan agama yang baik, akhlak yang baik dan tidak fasik atau kurang bermaruah.
- Para periwayatnya mempunyai kepakaran dan ingatan yang tingi; iaitu mempunyai kesedaran yang cukup untuk memahami apa yang didengar atau diterimanya. Dan dia perlu benar-benar hafal dan ingat hadis berkenaan sejak dari menerimanya sehinggalah waktu dia meriwayatkan hadis itu.
- Hadis yang diriwayatkan tidak janggal; iaitu menyalahi riwayat orang yang tsiqah atau lebih dipercayai daripadanya.
- Hadis yang diriwayatkan tidak mempunyai kecacatan besar. (nak tulis lebih detail tapi explaination dalam buku tak paham pulak..)
- hadis yang benar2 Hasan
- Hadis yang dianggap Hasan - hadis yang dalam salasilahnya ada perawi yang tidak diketahui keadaan sebenar. Bagaimanapun, nyata dia bukanlah terlalu bodoh sehingga melakukan banyak kesilapan di dalam riwayatnya dan bukan pula disyaki berbohong di dalam meriwayatkan hadis serta pula tidak fasik.





