Rabu, 18 Mei 2011
Update
Nampaknye dah lame tak update blog.. Since pencuri dah ambil my netbook skali package dengan celcom broadband, so, masa ku banyak dihabiskan dengan membaca, dan bahuku berat mengusung laptop ofis seberat 1kg.
So, hari ni update sikit je.. coz kat ofis.. harap penyepian ini akan berakhir..
tata titi titu..
Ahad, 1 Mei 2011
Tragedi 29 April
Hari ini adalah hari Jumaat. Penghulu segala hari. dan hari ini jugalah merupakan hari terakhir aku bergelar staff kontrak di syarikat aku bekerja sekarang. Tetapi, pagi ini berat betul badanku untuk beranjak dari tilam.. Alamak..! baru aku teringat.. masih ada data yang belum aku siapkan dan perlu dihantar hari ini.. Untuk 2 tahun pulak tu.. adeih.. sempat ke? Nasib baik part aku dah siap, cume kene siapkan part colleague aku yang kini tengah outstation. Roomate aku plak balik kampung.. syoknye dia.. tak perlu menghadapi hari yang malas ini.. huhu..
Baru aku mula untuk membuka fail excel yang beratnya 4Mbp ini, housemateku yang prihatin mengetuk pintu bilik..
'Dayah, takde air la..'
Adoi.. camne aku nak gi keje ni.. terus aku menyambung buat keje.. 'Yes.. EL!' hahaha.. seronoknye.. memang tgh liat ni.. Jap.. No nO no.. hari ni ada meeting pagi, dan unit meeting tengah hari.. I have to make it to the office.. skarang baru pkul 7.00, so ada masa lagi, k? tapi klu takde air jugak EL lah.. call member blok lain tetibe hari ni sume rajin lak gi ofis awal.. Hsmate aku sume cam nak
pkul 9 am..
'Wei, air dah ade.. tapi pelan la.. '
Takpelah.. korang mandi dulu.. aku nak siapkan keje ni dulu.. karang gi ofis awal2 ada plak keje tambahan.. Nampaknye, aku ke ofis jugak.. tak boleh skip.. ada tanggungjawab penting. Message bos jap kata lambat masuk ofis.
tapi hari ni memang aku sangatlah tak sedap hati. berdebar2 semacam.. Kurang berjogging kah? haha.. betul3x.
Pulang dari keje, hati yg kurang sedap ini masih ada.. Aku cari mknn kat pasar malam lah.. Hari ni dapat bonus n Next week bermula hidup baru, sepatutnye aku happy.
Then, dapat plak message dr hsmate.
'Korang, rumah kita kene pecah'..
Jantung aku hampir gugur..
Aku adalah orang terakhir yang keluar rumah..
dan barang yang hilang agak banyak.. di saat Allah memberikan rezeki yang banyak, Dia menarik sesuatu yang bukan menjadi milik kita.
Tetapi aku bersyukur kerana kami semua selamat.. Nasib baik semua orang sudah keluar rumah.. dan ini adalah peringatan buat semua.. supaya lebih berhati2..
Jaga-jaga.. ada yang memerhati..!
Selasa, 26 April 2011
Migrain dan Sakit Kepala
Assalamualaikum.. Termasuk hari ni.. dah genap 3 hari kepala ni berdenyut-denyut..sebelah pulak tu dan petang tadi.. Jalan pun dah tak menentu...dan mual.. hmm.. balik rumah.. rasa nak pejam mata je memanjang.. Spek pun tak mampu nak pakai.. tapi terasa nak google la pulak.. haha.. sakit-sakit kepala mengadah juga laptop.. control sket brightness jadi yg paling rendah..
Sebeleum ni selalu menafikan kene migrain.. hoho.. tak mungkin.. tak mungkin.. then saya pun bergoogle...
Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.
Bahagian migrain
# Migrain boleh menyerang di bahagian dahi, depan kepala, atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala sehingga menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan mengganggu kehidupan sosial mereka.
# Migrain di depan kepala
Ia berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam atau kurang darah.
# Sisi kiri atau kanan kepala
Migrain focul yang tidak spesifik
# Belakang kepala
Sakit kepala occipital, ada kaitan dengan darah tinggi, avmalformation dan aneursym (tidak boleh dirawat)
# Atas kepala
Sakit kepala vertex headacde. Mungkin ada kaitan dengan ketumbuhan yang sangat berbahaya dan perlu merujuk kepada doktor.
Tanda migrain
# Gangguan visual
# Nampak tompok atau kilauan cahaya
# Sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising
# Mual atau muntah
# Gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing dan kaki, tangan serta kaki sakit macam tercucuk jarum
# Lemah atau kebas pada anggota badan
Semasa saya menggoolge.. ada lah disenaraikan beberapa jenis ubat untuk merawat/ menangani sakit migrain ini, antaranya:
Aspirin dan paracetamol
diclofenac dan ibuprofen
meloxicab dan etoricoxib
Ergotamine
Sumatriptan
Kesemua ubat ini ada fungsi-fungsi tertentu.. kalau nak lebih detail, boleh google kot.. Nak tulis byk.. sakit kepala plak.. hahaha..
Tapi, sebenarnya, sehingga kini,migrain tidak mempunyai ubat.Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer sahaja,untuk megurangkan sakit,bukannya menyembuhkan.
Abu Nu aim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi : Migrain/pening kepala pernah dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain .
Di dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya,Baginda berkata : aduh
kepalaku .Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.
Membalut bahagian kepala boleh mengatasi migraine dan sakit kepala lainnya.Rawatan terhadap penyakit ini b erbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Ada kalanya,migraine bolehdisembuhkan dengan muntah,makan,rehat atau mengikat kepala. Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkan atau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine. Malah ada yang mengatakan kita perlu bercakap dan melakukan aktiviti untuk menghilangkan sakit kepala. Jika seseorang sakit kepala kerana panas terik mentari,penyembuhannya dengan inai adalah sangat mujarab.Caranya ialah inai itu ditumbuk dengan halus dan dicampur dengan cuka untuk dibalurkan dan dibalut di kepala,sakit kepala akan terus berkurangan. Inai mengandungi tenaga yang boleh mengatasi pening.
Hurm.. kepala kita perlu berehat juga sebenarnya.. dan yang paling penting bila sakit kepala tu, cube mandi dan basahkan kepala.. Itu yang saya selalu buat.. at leat kurang la sikit.. dan kurangkan melihat cahaya-cahaya terang..
Tetapi, pernah seorang kaunselor memberitahu saya, bahawa sebenarnya sakit migrain ini berpunca dari diri kita sendiri.. Mungkin masih wujud atau tersimpan marah terhadap seseorang dan kita sukar memaafkannya.. Cuba kita renung sejenak, masih adakah lagi insan terdekat/kenalan/hanya sekadar teman hi hi bye bye yang masih belum kita maafkan kesilapannya... Maka bebanan itu tertumpu pada kita.. jadi, maafkanlah.. Sebab orang yang migrain ini, ada perkara yang masih belum dia maafkan..
Memang benar.. setelah mendengar kata kaunselor/ustaz tersebut..dan mula memaafkan, walaupun tak ingat siapa.. dan kita redho.. sakit migrain sudah jarang melanda.. cume itulah yang perlu diingat semula bila migrain itu muncul..
Jadi, maafkanlah semua orang.. :)
Orait.. it's time for sleep,sO, dear all my friends please accept my apologize..
Tata..
~End~
Isnin, 25 April 2011
Ubahlah Kerugianmu Menjadi Keuntungan
Assalamualaikum..Dalam banyak-banyak artikel yang terkandung dalam 'Jangan Bersedih, jadilah Wanita yang Paling Bahagia', Saya tertarik dan sering membacanya berulang-ulang kali..
**********************************************************
Ada sebuah nasihat yang menganjurkan agar jangan berputus asa jika kakimu terantuk lalu engkau terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Kelak engkau akan keluar darinya dengan kekuatan dan daya tahan yang lebih kukuh. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
Jangan bersedih sekiranya orang yang selama ini dekat denganmu menghunus anak panah ke tubuhmu, Kerana nanti engkauakan mendapatkan orang yang akan mencabut anak panah tersebut,mengubati lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyumanmu... :)
Jangan sering bernaung di atas gedung keruntuhan, terutama bila sekelompok kelawar telah menghuninya dan kegelapan telah menghampirinya. Carilah kicauan burung yang menembus cakerawala bersama sinar pagi yang cerah.
Jangan melihat kepada kertas-kertas yang telah berubah warnanya, huruf-hurufnya yang membingungkan dan tulisannya yang sudah suram. Engkau akan menyedari bahawa tulisan itu bukanlah tulisan terbaik yang pernah engkau tulis. Juga kertas itu bukan kertas terakhir yang engkau tuliskan. Engkau harus membezakan antara orang yang meletakkan tulisanmu di matanya dengan orang yang menyerahkannya kepada angin . Tulisan itu tidak hanya ucapan indah yang berlalu begitu sahaja, akan tetapi dia adalah perasaan hati yang hidup pada setiap hurufnya, menggoncangkan denyut jantung orang yang membawanya dengan penuh kesabaran dan membakar kepiluannya dengan api. Jangan anda jadi raja yang murung, nama julukan burung ajaib yang mengeluarkan kicauan merdunya bila berdarah kerana terluka sehingga ia dijuluki dengan nama tersebut.
Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang seimbang dengan nilai darah anda walau setitis pun.
waah.. habes sudah falsafah saya..
Kelemahan kita adalah kekuatan kita.. hmm.. ?
fikir-fikirkan...
~EnD~
Rabu, 20 April 2011
Rabu:Berblog tanpa idea
Assalamualaikum..Ya.. sambung balik..
That Wednesday morning, fikiran ini datang menerjah.. 'Lama giler aku tak blogging.. Nak blogwalking pun dah tak de passion..' Buka blog sendiri pun kosong aje.. ' 'Nape aku berblog..?'
So.. resultnye.. dekat sebulan tak de entry.. kerana kurang termotivasi untuk memotivasikan rakan-rakan yang lain..
Dan hampir sebulan melakukan pencarian... idea..
Dan.. inilah yang terlintas...
Aku ni tak de life ke.. hahahhaa... jadi Zombie..
tak nak tak nak.........!
tak nak makan otak.. tak sedap...
Kita semua normal.. manusia..
yang tak sama adalah cara berfikir..
tapi kita sama... dari tanah... kemahuan dan keinginan hampir serupa..
yang membezakan.. peratus kemahuan kita.. huh...
Aku berfalsafah pulak..
Maka, di pertengahan minggu ini iaitu Rabu.. teruslah membulat tekad, meneruskan hari sehingga tiba hujung minggu untuk meneruskan kehidupan... tapi....
Kita bukan hamba dunia........
~End~
Ahad, 10 April 2011
Telur Palsu: Gulp.. berapa banyak dah makan..
Beberapa hari ni kecoh pasal telur palsu.. first time masa dengar kat radio, macam tak caya.. bila baca kat newspaper pun macam tak percaya jugak.. Dah sampai kat Malaysia telur ayam palsu ni.. Yelah.. tiap-tiap hari menu mesti ada telur, telur goreng mata, telur dadar.. mee goreng mamak.. dan kadang-kadang makan telur kicap ngan nasi panas je pun dah menyengat.. fuhh.. tetiba muncul pula isu-isu sensitif pasal makanan mengenai telur.. jadi, apakah yang aku makan sebelum ini?
Berdasarkan laporan daripada CAP, telur ayam palsu ini lebih besar berbanding daripada telur ayam sebenar.. dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
Bila sebut palsu-palsu, ni asalnya ia bermula di China.. China memang terkenal dalam menghasilkan barang-barang tiruan, malah buah-buahan pun ada yang tiruan di China.. Itulah kesan daripada dasyatnya penerokaan Sains dan Teknologi.. Kalau sebelum ini kita ada belajar di sekolah mengenai teknologi pengklonan, maka telur palsu ini juga ibaratnya seperti pengklonan.. Selalu dapat forwarded email mengenai makanan-makanan tiruan.. telur, kuay teow.. dan bila ia terjadi di negara sendiri.. buat2 terkejut plak.. hehhee..
Agak-agaknya.. apalah manusia akan makan pada zaman akan datang? Kalau semuanya tiruan.. Agaknya manusia akan mengalami perubahan genetik.. Makanan-makanan organik sekarang sudah banyak yang terdedah kepada bahan kimia yang berlebihan.. Ayam daging, sayur mayur.. makanan-makan segera.. malah susu pun ada yang bercampur bahan kimia.. Sebab itu sekarang ni, macam-macam penyakit yang muncul.. dan tidak diketahui puncanya..
Bila difikir-fikir balik, lebih baik kita menanam sendiri sayur-mayur, dan menternak ayam untuk makanan yang lebih menyakinkan.. Alhamdulillah, masyarakat sudah mula sensitif terhadap isu-isu pemakanan serta kehalalan makanan.. We are what we eat, ye.. guys.. :)
So, be careful on what you eat,k.. nak beli makanan tu, belek2lah dulu kandungan kat packaging nye tu.. pastu pastikan logo halalnya.. dan lebih baik kita makan masakan di rumah aje.. lebih berkat, bersih dan yakin.. :)
just nak share video on telur ayam tiruan..
http://www.youtube.com/watch?v=v1NPK89dL98
Selasa, 29 Mac 2011
Lepaskan saja gelas itu.. !
I found this article in the FB. A friend sent it to me, and I'm gladly sharing this with you all. :)..
It does touch my heart.., and i hope yours too.. kadang-kadang kita menilai suatu masalah itu dari suatu sudut sahaja, dan beban itu dipegang lama seorang diri.. Hinggakan yang kecil itu menjadi besar.. Kongsilah ia.. tetapi dengan siapa.. kita ada Yang Maha Mendengar.. dan Dia tak pernah menghampakan kita.. Trust it!
selamat membaca..:)
***************************************************************************************************************************
Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?” “10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!” Murid-murid menjawab. Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit? “Tiada apa-apa!” Murid menjawab Kalau saya memegang selama setengah jam? “Tangan lenguh!” Murid menjawab, Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya? “Tidak!” murid menjawab. Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari? “Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas. Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?” Murid-murid mula pening, gilo ker apo? Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital? “Lepaskan sahaja gelas itu!” Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama. Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat. Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa Ingat…“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Ahad, 27 Mac 2011
Nilam: Ya Allah.. Akalku Terhad, Ilmuku Dangkal
Nilam ni sebenarnya satu post mengenai buku.. Kiranya, ia seperti segment bedah buku atau macam projek Mari membaca tu.. Kat sekolah rendah kan kita dah terbiasa dengan kempen membaca, jadi saya ingin lah meneruskan kempen membaca ini di dalam blog ini.. So, currently I'm reading this book, almost 2 month, and I am only able to finish it half.
Sinopsis:
Secara overallnya, buku ini menghimpunkan koleksi-koleksi penulisan penulis yang tersiar di majalah MIDI. Penulisan ini adalah mengenai pengembaraan hati dan perasaan yang sering silih berganti dalam menghadapi setiap peristiwa yang kadang-kadang kita lihat ia seperti perkara yang remeh temeh.
Menariknya, setiap peristiwa itu dikaitkan dengan 99 sifat-sifat Allah, membuatkan setiap peristiwa yang dialami itu terasa hikmahnya.. dan setelah membaca, kita akan tersenyum kerana ia mula membuka mata kita terhadap dunia yang kadang-kadang kita rasakan ianya sempit.
So, saya suggestkan buku ni utk dibaca bulan ini.. Penulisannya santai dan bahasanya juga mudah.. Bacalah ye.. Moga Ilmu kita bertambah, dan pemikiran kita lebih matang.. hehe...
Sabtu, 26 Mac 2011
Ulangkaji Istilah Hadis
- Ianya diriwayatkan melalui sanad atau salasilah periwayatan yang Muttasil (mempunyai kesinambungan yang sempurna tanpa putus daripada perawi berkenaan sehinggalah Rasulullah saw.). Riwayat hadis tidak bersifat Munqati' (riwayatnya terputus di mana2 peringkat), tidak Mu'adhdhal (terputus 2 salasilah periwayatan secara berturut2), tidak Mu'allaq (terputus salasilahperingkat awal periwayatannya),tidak Mudallas (belaku kekeliruan di dalam menyebut salasilah periwayatannya dan lain-lain yang disebut sebagai syarat2 yg menjadikan sesuatu riwayatnya Muttasil atau bersambung dengan sempurna kepada Rasulullah saw.
- Kesemua periwayatnya adalah adil. Iaitu mempunyai pegangan agama yang baik, akhlak yang baik dan tidak fasik atau kurang bermaruah.
- Para periwayatnya mempunyai kepakaran dan ingatan yang tingi; iaitu mempunyai kesedaran yang cukup untuk memahami apa yang didengar atau diterimanya. Dan dia perlu benar-benar hafal dan ingat hadis berkenaan sejak dari menerimanya sehinggalah waktu dia meriwayatkan hadis itu.
- Hadis yang diriwayatkan tidak janggal; iaitu menyalahi riwayat orang yang tsiqah atau lebih dipercayai daripadanya.
- Hadis yang diriwayatkan tidak mempunyai kecacatan besar. (nak tulis lebih detail tapi explaination dalam buku tak paham pulak..)
- hadis yang benar2 Hasan
- Hadis yang dianggap Hasan - hadis yang dalam salasilahnya ada perawi yang tidak diketahui keadaan sebenar. Bagaimanapun, nyata dia bukanlah terlalu bodoh sehingga melakukan banyak kesilapan di dalam riwayatnya dan bukan pula disyaki berbohong di dalam meriwayatkan hadis serta pula tidak fasik.
Rabu, 2 Mac 2011
Sehari yang motivated sekejap..
It's INSANE to expect DIFFERENT result by doing the SAME thing everyday..
Petang tu aku termotivated sket.. Yelah, setelah beberapa minggu aku rasakan..diri ini tersangatlah negatif.. Aura-aura positif sudah hilang.. Mana ntah dia pergi.. Petang itu.. aku dah set mind.. to be a positive person.. Ceh.. for sure banyak cabaran.. so.. aku tekad mau jadi kuat.. yeah..! kadang2x penting juga sebenarnya kita berada di kalangan orang yang sering memberi nasihat.. asyik menerima aje, bila mau memberi.. Life is about GIVE & TAKE..
And that evening.. I received, a giveaway..! I thought that it was the best organizer I would ever had.. Unfortunately.. It's only an organizer's cover without the 'isi'.. Suddenly I realized.. To teach someone fishing.. give him a fishing rod.. to teach someone management.. give them organizer.. but the empty one.. you are the one to decide what to put inside.. paper? books? pens?
Continue..
Tgh menulis tetibe tak de idea.. pastu boleh plak pergi buat kerje mengarut2..
dah termotivated beberapa jam petang tu.. dengan gumbiranya aku pulang ke rumah bernekad mahu menyiapkan kerja di rumah.. tetapi betapa hampanya hatiku.. kerna tertinggal all the precious equipment in the office..! Dan aku menyambung motivasi yang sedikit untuk melakukan perkara-perkara yang agak kurang berfaedah.. seperti bercakap dengan pokok.. gila bosan..! tapi syok.. coz my plant is growing it's 3rd and 4th leaves.. How amazing..! and Gues what..? there's another plant growing in the large flower pot too.. (it should be, coz I put 3 seeds inside it). And
suddenly I felt lovable.. kehkehkeh.. getting love from the plant..
Ye lah.. mari berbakti kepada tanah..
Sleepy sudah.. keje pun tak buat lagi..
nak BW andrevisit other bloggers, asyik hang je Lappy ni.. Blog berat kot.. ke lappy aku yang sudah tua dimamah beban software yg berat..
Nite.. Hope to have a very motivated morning.. I want to be Tuesday, Wednesday and Thursday.. or Hari Raya.. whre all the joy is there..
Ciau.. !
Ahad, 27 Februari 2011
GA Salam Santun
Kalau jalan2 shopping beli baju time dulu-dulu..(5 tahun dulu), susah nak jumpa baju yang betul-berul menepati citarasa.. longgar (tapi tak besar), dan labuh menutupi pinggul.. kalau ada pun baju-baju ala punjabi banyak la.. tapi biasalah.. baju punjabi kan banyak yang lengan pendek..
Dan, kini alhamdulillah, tak susah nak jumpa baju2 muslimah labuh yang dijual di pasaran.. kalau waktu dulu-dulu zaman U, takat t-shirt2 labuh muslimah, sangatlah feymous, dengan design kartun dan gambar bunge2 kat depan.. Perkembangan fesyen muslimah terus meningkat dari tahun ke tahun.. kalau dulu hanyalah kain t-shirt, sekarang dah macam2 jenis kain ada.. lycra lah, kapas lah.. corak bungalah.. abstract, ropol2.. apepun ia mestilah menepati syarat2 dan etika2 yang bertepatan.. tapi,biasalah.. kalau nak jumpa yang berkenan di hati tu payah sikit.. nak pusing satu shopping complex atau satu bandar nak cari yg berkenan di hati, alamatnye tercabutlah kaki.. tapi tak dinafikan, ada yang dijual di sesetengah kedai amatlah menarik hati..
Salah satu cara lagi nakbelek design2 dan baju2 ni adalah memalui internet.. Hari ni sy tergerak lah nak google blouse dan t-shirt2 musliman.. pastu terjumpalah satu website ni.. http://www.salamsantun.com.. baju-baju yang dipamerkan sangat menarik dan pelbagai warna dan boleh dimasukkan dalam checklist baju-baju muslimah anda.. :) Saya sempat membelek-belek beberapa design baju, rata-rata harga yang dipamerkan adalah harga standard bagi baju musllimah, cuma saya agak kurang pasti bagaimana kualiti kainnya.Hmm..Ada yg dari kain kapas..ada T-shirt.. bila sebut kain kapas.. saya terbayang kedut.. Kain kapas yang sy biasa beli cepat berkedut.. pernah beberapa blouse yg saya pakai tak sampai setengah hari dah macam kene kepal kedutannya.. Kan bagus kalau dia letak juga cara penjagaan pakainnya.. hehehe.. (byk pulak komennya).. tapi, kelihatan kainnya agak tebal dan tidak jarang seperti sesetengah blouse yang dijual.. so, tambah lagi 2 poin.. HOOray...!
Hehe.. macam promote blog sendiri la pulak.. hmm.. Blouse dan kemeja labuh untuk ke pejabat pun ada..
Contoh baju yang ada kat Salam Santun:
Bila orang pakai blouse ni.. slalu mesti nak pakai dengan jeans kan? baru nampak smart.. nak pakai dengan Khakis pun cantik.. pakai dengan skirt labuh pun sweet.. Tak kisah lah nak pakai dengan apa pun, janji menutup aurat dan bukan hanya urat ye.. Pape pun.. saya nak survey lagi blouse2 yang menarik.. Kalau korang nak tengok blouse menarik Khadeeja.. gi lah website Salam santun.. Rambang mata dengan warna2 nya.. K, lah.. I'm continuing my hunting..The imperfect Lemon Soursop Butter Cake
Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...
-
Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...
-
Assalamualaikum wbt.. I haven't write for quite some time.. well did few attempts to write, but it ends halfway. Jadi nak diceritaka...
