Isnin, 16 Januari 2012
Apa yang best
Suatu hari dalam perjalan pulang ke rumah pada awal tahun 2012, saya berasa sangat bersyukur dan best walaupun hari tersebut sangatlah penat dan tak best.. mungkin salah satu sebabnya dalah hari tersebut adalah hari Isnin.. Tapi.. saya rasa sangat best pada petang tu kerana..
dah pukul 5.30pm dan boleh balik kerja..
bestnya balik kerja dan pulang ke rumah, walaupun tak de orang pun tunggu kita kat rumah sebab kita duk rumah sewa.. huhu..
lagi satu, sebab dapat meninggalkan beban kerja dan kepala yg berat kat ofis tuh.. haha.. gudbye ofis, saya nak balik tido..
dan lepas tu on da way balik.. boleh terfikir pulak.. apa lagi perkara yang membuatkan kita rasa best walaupun tanpa orang sekeliling tahu yang kita ni tengah rasa best dengan diri sendiri?
balik kampung a.k.a rumah sendiri
bestnya sebab nak jumpa mak ngan abah..release tension..macam kita tak pernah duk sorang2 kat KL.. lagi satu, diorang mesti tunggu kita balik.. huhu..
cuti sekolah..
kegembiraan yang tak tergambar.. penat tu blajar.. time ni lah tak yah nak ikut peraturan skolah n tak yanh pakai baju skolah.. pastu boleh jalan2x..
Gelak ikhlas
especially time kita stress.. gelak yg dari hati.. laughter is the medicine..
Tersenyum ketika stress
bila tengah stress dan berkerut dahi.. tiba2 kita tersenyum sebab ada orang tak dikenali senyum kat kita.. waah.. bestnye..
Jogging pusing taman seluas 2km lebih dari 3 round
Ibarat semua lemak selama seminggu dah hilang.. lagi best bila pusing lebih dari 3 tu bila kawan ajak balik, kita rasa tak cukup masa atau menyesal tak lari laju2x.. haha.. ringan beb badan ni.. macam jogging tu tak jejak tanah..
buat side parking ikut apa yg diajar masa driving class
macam hebat je eh.. tak berpeluh2x.. ada kemajuan..
Solat tahajud..
utk EQ ni.. suatu hari dilalui dengan baik, walaupun ujiannye mencabar.. lagi best bila Qiam tu boleh buat solat sunat pakej tanpa rasa mengantuk.. baca Quran then Subuh..
hurm.. apa lagi yang best ye...?
Berjaya jawab soalan yang bagai nak pecah kepala
lepas tu tido sbb otak dah penat..
korang lak.. apa yang best?
Isnin, 2 Januari 2012
Integriti
Saya sebenarnya tercari-cari apakah yang dimaksudkan dengan integriti.. secara jujurnya, bila orang selalu cakap pasal integriti kat TV, motivasi.. saya angguk dalam tak faham.. Well, I know is a part of important trait that a person should have.. tetapi apakah sebenarnya integriti itu?
INTEGRITI: sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.
sumber: Wikipedia.

Jadi, kat sini dah dapat sedikit maksud sebenar integriti. Sifat jati diri ini sebenarnya penting dalam kehidupan, kerana jatuh bangunnya sesebuah negara, masyarakat, dan keluarga itu bergantung kepada keintegritian seseorang dalam masyarakat..
Maknanya, perkara besar seperti rasuah, jenayah ragut, curi rompak, masalah sosial.. adalah disebabkan kurangnya integriti dalam masyarakat..
Tetapi dalam, sedar dan tidak sedar, kita bersama kawan2 pun perlu ada intergriti dan sikap memahami.. :)
Mencari Turning Point 2012
Dear pembaca setia blog saya.. (in a humble way I know there're not much reader here, but I'm really appreciate to those who are consistently read my blog), Terima kasih. Mungkin kadang2 korang dapat sesuatu yg bermakna dr blog ini atau mungkin kadang2 tiada..

Tahun 2011 telah berakhir, dan kita sudah dua hari dalam tahun 2012.. bertukarnya tahun bermakna bertambahnya umur.. di penhujung hari pada 31hb Disember 2011, dan awal 1 January 2012, saya telah menghabiskan banyak masa dengan membaca blog.. dan ketika itu saya menyedari banyak perncangan dan aktiviti yang diadakan di luar, dan acara meriah yang menjadi rutin meninggalkan kesan sejarah pada keesokan harinya..
Mungkin kerana saya telah kematian kutu untuk aktiviti di hujung minggu, kerana banyak aktiviti ilmu yang boleh dihadiri telah terlepas, akhirnya saya 'terpaksa' duduk di rumah.. Sambutan tahun baru Gregoria 2012, disambut dengan meriah di seluruk pelosok dunia.. Di Malaysia? Saya hanya mengagak sahaja.. mungkin di KLCC, di Dataran Merdeka.. Di kelab2.. di padang2.. di hotel2... (berdasarkan surat khabar dan liputan berita keesokan harinya, di mana banyak remaja yang telah dicekup kerana menyambut tahun baru Gregoria..)
Di suatu sudut lain, pihak NGO bersama-sama insan yang punya kesedaran bermati-matian mengadakan suatu program alternatif bagi menarik sebahagian dari para penggemar pemyambut tahun baru..(yes.. these are what i've missed)..
1. Program Anda Bijak Jauhi Zina (diadakan setiap hujung tahun)
2. Program di dataran kemerdekaan Shah Alam
3. Program bersama IKIM di Masjid Wilayah
ni la yg saya tahu..
dan korang berhak memilih bagaimana korang nak mengakhiri tahun dan memulai tahun korang.. yang mana saya tahu tarikh 1 Januari 2012 bersamaan dengan 7 Safar 1433H. 1 bulan Hijrah telah merlalu, selepas tahun baru hijrah.. dan saya lebih sesal terhadap masa yang berlalu memikirkan di mana dan apa turning point yang sepatutnya dilakukan..
Tahun baru hijrah menandakan buku baru dalam hidup kita, malaikat pencatat menutup buku lama dan ambil buku baru untuk mencatat amalan kita.. Kalau tahun 2012, kita sendiri tukar diary.. siap dah dijual kat kedai buku..
Menganjak ke tahun 2012 Gregoria ini merunsingkan dengan banyak teori-teori yang belum pasti dan diasak ke dalam minda orang2 yang peduli..
1. Pilihan Raya 2012
2.Kejatuhan dolar Amerika sekaligus pencetus huru hara dalam Wall Street
3.Perang nuklear?
4.Penyebaran wabak dan penyakit yang lebih dahsyat
5. Kiamat 2012? hhaha... ni adalah sogokan dari filem Barat.. tetapi mungkin juga, sebab Hari Kiamat adalah perkara yang ghaib..
6. Ramai orang bujang berkahwin? hehe.. ni sudah semestinya aktiviti wajib setiap tahun.. terutama bagi orang baya saya.. sedangakan ada yang sudah bangga meletakkan di wall FB nya.. 'I'm proud ending 2011 single', so maybe tahun 2012 no more single..
7. Meneruskan azam lama yang tak sempat disempurnakan atau membuat azam baru.
Anda peduli?
Ada pula seronok sakan menyambut tahun baru..seolah2 telah berjaya melepaskan sesuatu yg berat,tetapi keesokannya, akan lambat bangun kerana penat... (bukankah bangun awal itu membuka pintu rezeki? aduss..), dan meneruskan kehidupan seperti biasa..meneruskan matlamat utk tahun itu..(kalau ada matlamat)..
Pernah dengar statement seorang artis muda pasal matlamat hidupnya? Oleh kerana atas kenyataannya yang ketika itu dia tak tahu dengan masa depannya, dia telah mendapat komen yang negatif dari ramai orang termasuk gurunya.. Tapi saya rasa mungkin selepas dari hari itu, dia mula berfikir tentang masa depannya dengan lebih kritikal..Itulah turning point untuknya..
Bagi saya, seorang yang masih berumur 17 tahun masih tercari2 matlamat diri itu bukan pertama yang saya jumpa..Bezanya, dia dikenali seluruh Malaysia, dan yang lain hanya dikenali di kalangan rakan..
Mungkin dia tak patut megeluarkan kenyataan itu di public jika nak dibandingkan dengan status figuranya.. Sebab orang yang pernah ada cita2 pun boleh hilang matlamatnya walaupun di pertengahnnya hayatnya..
Maka, di sini sebenarnya peranan guru, ibu bapa, orang sekeliling.. dan diri kita sendiri untuk meletakkan matlamat hidup.. Waktu sekolah atau time U dulu, selalu ada program motivasi yang membantu kita mengenal potensi dan matlamat diri.. dah tua2 ni.. semua program berbayar.. saya tercari-cari di mana turning point atau initiator atau momentum (semua berbeza ni maksudnya..) coz I really need it.. (desperately), Matlamat dah ada.. cuma GPS nya..
at last, I ended up my 2011, thinking, and I start my 2012, with thinking..
At the same time I manage to Google on one of the top motivational program talked nowadays brought by a Dr. dan salah satu reason kenapa saya boleh google ialah sebab pengaruh iklan media cetak dan elektronik pasal Transformasi Diri.. Kalau nak diikutkan program dia start masa tahun 2008, time tu saya pernah tengok iklan dia kat surat khabar pasal mengenali diri/ potensi diri melalui tarikh lahir.. tapi yang sekarang ni, saya tak tahu macam mana.. and I'm eager to know, what is he doing in his program? Or what is he teaching? how's the crowd? In his website he didn't write much, there only some testimonials, and said that he'll share on how to be rich and attract money.. and I get so attracted until I manage to fill up my details in the registration form, until I stop for awhile and search, what does other comments to this.. I found this and I start thinking again..
http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/905-analisa-tarikh-lahir-tahu-masadepan.html
And then I choose to close the tab and started to think again.. I wonder whether I should attend a motivational program.. people may think and choose themselves.. even ESQ365 have their own methods to motivate others.. we? the choice is in our hands.. Banyak juga program2 motivasi lain, cuma mungkin kurang pendedahan..
Rahmat & rezeki Allah luas.. but what is the first step?
Dear reader,
do you have anything on your mind? Please share.
tq
*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*think*Marilah menunaikan solat,
Marilah menuju Kejayaan..
Sabtu, 31 Disember 2011
3 hari selepas Selasa
Tajuk di atas sebenarnya menpunyai kaitan dengan entry sebelum ini.. Baru beberapa minit saya melayari laman facebook seorang rakan di mana dia meletakkan status:

Banyak benarnya kata-kata tu.. kita tak dapat menjangkakan apa yang Allah sudah letakkan buat kita.. Dalam suatu perjalanan yang panjang di mana kadang-kadang kita menganggap ia satu pilihan yang salah buat kita, tetapi Allah telah menemukan kita dengan suatu yang kita anggap sebagai kebetulan.. Kadang-kadang, dalam kepahitan ada manisnya.. tapi kita sering teringatkan kepahitan itu..
Hari Selasa yang menekan itu telah dibawa ke hari Khamis.. Kebetulan yang telah dirancang oleh Allah.. Dia membiarkan kita menghadapinya utk kita berfikir... Muka depan Solusi edisi 39 sangat menyentuh hati saya.. sekilas pandang akan majalah itu, terus saya grab dan hulurkan RM10 pada adik penjual buku.. Walhal, saat itu loceng penggera keselamatan sedang berbunyi, dan semua orang sedng berpusu-pusu keluar bangunan..
Fuuhh..........alhamdulillah.. adakah itu suatu kebetulan?
Malam itu dalam bulatan gembira, satu key word yang amat melekat di hati.. 'Allah meningkatkan darjat orang yang berilmu.. ' maka dengan ilmu, ia dapat mengubah nasib manusia.. tetapi kadang2 kita selalu merasakan cukup dengan sijil yang ada dengan anggapan 'bukti aku ni orang berilmu'.. walhal.. bila ditanya kembali , kita lupa.. rupanya sijil sukses exam sahaja..
Saya mencari kaitan 'kebetulan' dan Selasa.. yang ditemukan adalah manis selepas Selasa yang menekan.. walaupun ia ada, tetapi kemanisan selepas Selasa itu telah sedikit mengaburinya..
Suatu kebetulan dengan majalah Solusi membawa saya kepada artikel ' Mesra Takdir Penawar Stress'.
Kehidupan ini ibarat lukisan, tetapi kita memilih untuk berkrisis dengan lukisan takdir terhadap kanvas kehidupan.. Warna-warni kehidupan bukankah indah dan mendamaikan? (ya.. berulang-ulang kali saya mengingatkan).. Maka, dalam perjalanan kehidupan yang berwarna-warni ini, saat yang menekan ini sebenarnya kita berada di dalam sebuah hutan yang cantik, tetapi banyak duri dan binatang berbisa.. tetapi ada sahaja burung yang berkicau indah dan bunga yang cantik dipandang.. (huhu...)
Pernah dengar bagaimana berlian terbentuk? Berlian yang cantik terhasil daripada tekanan yang sangat banyak di dalam bumi.. disebabkan tekanan itulah ia menjadi sangat berharga dan digemari ramai.. Bagaimana pula arang? Arang dan berlian unsurnya sama : Karbon. tetapi yang membezakannya, arang kurang tekanan yang akhirnya, ia dijadikan sebagai bahan api..
Jadi, anggaplah kejadian ini bukan suatu kebetulan, sebaliknya suatu yang Allah telah letakkan utk kita sebagai suatu cabaran untuk diselesaikan.. Bila saat kita menghadapi kesukaran dalam hidup.. sentiasalah berfikir, bahawa Allah sedang mendidik kita menjadi sebutir berlian yang bernilai.. :)
"Life’s curveballs are thrown for a reason – to shift your path in a direction that is meant for you. You may not see or understand everything the moment it happens, and it may be tough. But reflect back on those negative curveballs thrown at you in the past. You’ll often see that eventually they led you to a better place, person, state of mind, or situation.
So smile! Let everyone know that today you are a lot stronger than you were yesterday, and you will be."
~ Marc&Angel
Rabu, 28 Disember 2011
Selasa yang menekan
Iya.. sangat ku akui.. Sang wanita seperti aku sangat mementingkan fizikal looks.. (in a moderate way, ok)..
Jadi aku teringat akan kata2 sang kaunselor pujangga yang mengatakan bahawa ' You cannot change others, you can only change the way you think'.. and yes.. on my way to think positively, it making me a bit stress.. Should this have something to do with your trait?
Maka, terpancarlah lagi ucapan dan kata2 sang kaunselor metropolitan..
' People in stress should know their enemy, learn their enemy' --> (ni kata2 sy..waahh.. boleh jadi kaunselor sudah ni..)
Actually..ehem2x.. untuk menangani stress.. kite perlu mengenal stress kita..
1. How
2. When
3.Why
4.Who
5.Where
do the 'event of stress' was happened.
tada..! grammar tunggang langgang...
Well, itu lah yang telah aku kenalpasti.. dan stress itu disebabkan oleh 'who' itu,
Maka.. di sini, saya ingin mewujudkan satu hari tanpa tekanan.. dan ini boleh dijadikan sebagai azam tahun baru.. 'Menangani stress dengan baik, supaya generasi lebih bahagia..' Cewah.. boleh jadi pakar psikologi pulak ni..
Papepun.. yang terbaik buat kita adalah solat.. mulakan setiap pekerjaan dengan Bismillahirrahmanirrahin, dan doa, dan zikrullah..
So, di sni, saya nak share doa yg diajarkan oleh mak saya.. moga dipermudahkan segala urusan.. :)
'Robbiyassir wala tu'assir, rabbitammim bilkhair'
ok.. time to sleep..
marilah kita perjuangkan hak kita..hak manusia teraniaya.. dan tunaikanlah hak sesama Muslim, manusia, dan yg penting hak Allah..
take care olls..
Jumaat, 2 Disember 2011
Mengapa Menangis?
Share with Allah.. we put effort in the process and he will navigate you along the path..
Ahad, 23 Oktober 2011
HIjrah-UNIC
Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang
Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa
Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasih-Mu ya Allah
Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati
Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
HIjrah satu kemenangan
Musafir perjuangan
Asma'ul Husna
Dalam buku ' Ya Allah, Ilmuku Cetek, akalku Dangkal', cerpen-cerpennya ditulis dengan mengaitkan Asmaul Husna (Nama-nama Allah) dalam setiap penceritaan. Dan setiap kisah, memberi kita pengajaran yang mungkin tidak kita sedari, tetapi secara tidak langsung dari Allah.
Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
| No. | Nama | Arab | Maksud |
|---|---|---|---|
| 1 | al-Rahman | الرحمن | Maha Pengasih |
| 2 | al-Rahim | الرحيم | Maha Penyayang |
| 3 | al-Malik | الملك | Maha Merajai/Memerintah |
| 4 | al-Quddus | القدوس | Maha Suci |
| 5 | al-Salam | السلام | Maha Memberi Kesejahteraan |
| 6 | al-Mukmin | المؤمن | Yang Memberi Keamanan |
| 7 | al-Muhaimin | المهيمن | Maha Pemelihara |
| 8 | al-Aziz | العزيز | Maha Gagah |
| 9 | al-Jabbar | الجبار | Maha Perkasa |
| 10 | al-Mutakabbir | المتكبر | Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran |
| 11 | al-Khaliq | الخالق | Maha Pencipta |
| 12 | al-Barik | البارئ | Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan) |
| 13 | al-Musawwir | المصور | Yang Membentuk Rupa (makhluknya) |
| 14 | al-Ghaffar | الغفار | Maha Pengampun |
| 15 | al-Qahhar | القهار | Yang Memaksa |
| 16 | al-Wahhab | الوهاب | Maha Pemberi Kurnia |
| 17 | al-Razzaq | الرزاق | Maha Pemberi Rejeki |
| 18 | al-Fattah | الفتاح | Maha Pembuka Rahmat |
| 19 | al-Alim | العليم | Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu) |
| 20 | al-Qabid | القابض | Yang Menyempitkan (makhluknya) |
| 21 | al-Basit | الباسط | Yang Melapangkan (makhluknya) |
| 22 | al-Khafid | الخافض | Yang Merendahkan (makhluknya) |
| 23 | al-Rafik | الرافع | Yang Meninggikan (makhluknya) |
| 24 | al-Muiz | المعز | Yang Memuliakan (makhluknya) |
| 25 | al-Muzil | المذل | Yang Menghinakan (makhluknya) |
| 26 | al-Samik | السميع | Maha Mendengar |
| 27 | al-Basir | البصير | Maha Melihat |
| 28 | al-Hakam | الحكم | Maha Menetapkan |
| 29 | al-Adl | العدل | Maha Adil |
| 30 | al-Latif | اللطيف | Maha Lembut |
| 31 | al-Khabir | الخبير | Maha Mengetahui Rahasia |
| 32 | al-Halim | الحليم | Maha Penyantun |
| 33 | al-Azim | العظيم | Maha Agung |
| 34 | al-Ghafur | الغفور | Maha Pengampun |
| 35 | al-Syakur | الشكور | Maha Pembalas Budi (Menghargai) |
| 36 | al-Ali | العلى | Maha Tinggi |
| 37 | al-Kabir | الكبير | Maha Besar |
| 38 | al-Hafiz | الحفيظ | Maha Menjaga |
| 39 | al-Muqit | المقيت | Maha Pemberi Kecukupan |
| 40 | al-Hasib | الحسيب | Maha Membuat Perhitungan |
| 41 | al-Jalil | الجليل | Maha Mulia |
| 42 | al-Karim | الكريم | Maha Pemurah |
| 43 | al-Raqib | الرقيب | Maha Mengawasi |
| 44 | al-Mujib | المجيب | Maha Mengabulkan |
| 45 | al-Wasik | الواسع | Maha Luas |
| 46 | al-Hakim | الحكيم | Maka Bijaksana |
| 47 | al-Wadud | الودود | Maha Pencinta |
| 48 | al-Majid | المجيد | Maha Mulia |
| 49 | al-Bais | الباعث | Maha Membangkitkan |
| 50 | al-Syahid | الشهيد | Maha Menyaksikan |
| 51 | al-Haq | الحق | Maha Benar |
| 52 | al-Wakil | الوكيل | Maha Memelihara |
| 53 | al-Qawi | القوى | Maha Kuat |
| 54 | al-Matin | المتين | Maha Teguh |
| 55 | al-Wali | الولى | Maha Melindungi |
| 56 | al-Hamid | الحميد | Maha Terpuji |
| 57 | al Muhsi | المحصى | Maha Menghitung |
| 58 | al-Mubdik | المبدئ | Maha Memulai |
| 59 | al-Muid | المعيد | Maha Mengembalikan Kehidupan |
| 60 | al-Muhyi | المحيى | Maha Menghidupkan |
| 61 | al-Mumit | المميت | Maha Mematikan |
| 62 | al-Hai | الحي | Maha Hidup |
| 63 | al-Qayyum | القيوم | Maha Mandiri |
| 64 | al-Wajid | الواجد | Maha Penemu |
| 65 | al-Majid | الماجد | Maha Mulia |
| 66 | al-Wahid | الواحد | Maha Esa |
| 67 | al-Ahad | الاحد | Maha Esa |
| 68 | al-Samad | الصمد | Tempat Meminta |
| 69 | al-Qadir | القادر | Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan |
| 70 | al-Muqtadir | المقتدر | Maha Berkuasa |
| 71 | al-Muqaddim | المقدم | Maha Mendahulukan |
| 72 | al-Muakhir | المؤخر | Maha Mengakhirkan |
| 73 | al-Awwal | الأول | Maha Awal |
| 74 | al-Akhir | الأخر | Maha Akhir |
| 75 | al-Zahir | الظاهر | Maha Nyata |
| 76 | al-Batin | الباطن | Maha Ghaib |
| 77 | al-Wali | الوالي | Maha Memerintah |
| 78 | al-Mutaali | المتعالي | Maha Tinggi |
| 79 | al-Bar | البر | Maha Penderma |
| 80 | al-Tawwab | التواب | Maha Penerima Taubat |
| 81 | al-Muntaqim | المنتقم | Maha Penyiksa |
| 82 | al-Afu | العفو | Maha Pemaaf |
| 83 | al-Rauf | الرؤوف | Maha Pengasih |
| 84 | Malik al-Mulk | مالك الملك | Penguasa Kerajaan (Semesta) |
| 85 | Zu al-Jalal wa al-Ikram | ذو الجلال و الإكرام | Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan |
| 86 | al-Muqsit | المقسط | Maha Adil |
| 87 | al-Jamik | الجامع | Maha Mengumpulkan |
| 88 | al-Ghani | الغنى | Maha Berkecukupan |
| 89 | al-Mughni | المغنى | Maha Memberi Kekayaan |
| 90 | al-Manik | المانع | Maha Mencegah |
| 91 | al-Dar | الضار | Maha Memberi Derita |
| 92 | al-Nafik | النافع | Maha Memberi Manfaat |
| 93 | al-Nur | النور | Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya) |
| 94 | al-Hadi | الهادئ | Maha Pemberi Petunjuk |
| 95 | al-Badik | البديع | Maha Pencipta |
| 96 | al-Baqi | الباقي | Maha Kekal |
| 97 | al-Waris | الوارث | Maha Pewaris |
| 98 | al-Rasyid | الرشيد | Maha Pandai |
| 99 | al-Sabur | الصبور | Maha Sabar |
Muwasafat Tarbiyah
Assalamualaikum wbt,
Pernah dengar tentang 10 Muwasafat tarbiyah? Kalau belum, di bawah ada 10 cirinya: Ayuh, bekerja!
Assalamualaikum..
Apakah kerjaya anda sekarang?
Hati-hati menjaga Hati
Sudah lama tak berblog,keistiqamahan untuk berblog tidak dapat dikekalkan.. tengah2 bulan banyak pulak kerja dan di ofis pula memang susah klu nak berblog.. dan bila dekat2 hujung bulan perasaan negatif berganda-ganda jadinya..

Bila datang perasaan "hati lemah", teringat sedikit pengisian dari Ustz Ari (kat AStro Oasis) berkaitan Hati Kuat Vs Hati Lemah Vs Hati Jelik.
Hati yg lemah seperti malas, lalai, cepat putus asa, tidak sabar.
Hati yg kuat seperti berdisiplin, bermotivasi, rajin berusaha, tidak mudah patah semangat.
Hati yang jelik (buruk) pula seperti khianat, dengki, pemboros.. dll.
Bila hati yg lemah bertemu hati yang jelik berkemungkinan amatlah bahaya pada pemilik hati-hati ini. tetapi bila hati yang lemah bertemu dangan hati yg kuat, insya-Allah, Hati yang kuat akan dapat membantu hati yang lemah.. begitu juga hati yg jelik dengan hati yang kuat.
Maka, saya ingin mencari pemilik hati yang kuat, supaya hati saya turut menjadi kuat.. bila hati sudah kuat, dapatlah saya menyebarkan kekuatan hati ini kepada hati-hati yang lain...
Jadi, silalah tampil wahai hati yang kuat!.
The imperfect Lemon Soursop Butter Cake
Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...
-
Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...
-
Assalamualaikum wbt.. I haven't write for quite some time.. well did few attempts to write, but it ends halfway. Jadi nak diceritaka...