Selasa, 16 Oktober 2012

How happy are you with your current work?

Setiap hari kini ibarat 'Monday Blues'. Even hari Selasa pun dh mcm blues..  Kalau minat buku Ujang tu cerpen Aku Hidup dalam Blues tu kre kawan karib lah.. Entah knape lah dikaitkab dengan blues n hidup. Happy n Sad tu kt mana yg boleh digambarkan pun xtau..
Then, one peaceful morning, 2 colleagues asked me .. What happiness rating would you give to your work as PO? PO tu gelaran bgi product marketer sbb sy bekerja di product house.. well.. my rating to the work itself is 8.. I bet, everyone should be happy n grateful with their work as it is 'given'.. it's my rizki.. if i'm not happy i won't ever come to work. And yet i'm realize happiness with will help u to improve urself and your productiviry.. walaupun pada hakikatnya kerjaya inj amat mengstresska krn perlu tolerate dgn berbagai-bagai ragam manusia dr pelbagai bidang. Yet.. the blame, comments all pksitive n negative will fall under u..
And if you asked again what happiness rating would you give to your current career/work again.. i would give 6. hahaha.. am I fair?
Because of Allah I'm able to get work n able to support my life.. the work is given by Allah.. even there ate less happiness inside, I should make myself comfortable with the work n make it happy as I have to survive with it.. k.
Alright. so here I am.. writing this blog in a panel clinic.
n what am i doing here? to get my result ony med checkup.. on how i survived at work clinically.
tenkiu.

Khamis, 17 Mei 2012

Speechless, Soundless and emotionless

Assalamualaikum..

Every day, every hours i would always remind myself that everything will be better. It's Ok if you feel that.. and it's fine if you're feeling like that..

every minutes and every second, please remind yourself to get hold with God..

I'm counting days and nights.. as going through a speechless, thoughtless day.. The days passed without saying goodbye and comes without greetings..

I'm wondering if I love enough, forgive enough, or useful enough? In the world full of selfishness, I'm wondering whether there's a friend could depend on? Cruel enough heh?

As the thoughtless day passed.. it had brought me to the emotionless period.. neither sad or happy, it's hard to recognize.. isn't you the one who chose this path?


Suddenly.. i miss the rain.. the cloud cries and wash your tears away..

Rabu, 9 Mei 2012

Setiap kejadian itu ada kelebihannya


SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK.

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
 
 

Isnin, 23 April 2012

I'm NOT single.. ?!

Assalamualaikum..

"SINGLE bukan bererti tidak ada yang menginginkanmu..''
Tetapi ia sebagai tanda Allah sedang sibuk menulis cerita CINTA yang terindah untukmu..
subhanAllah...

Kata-kata indah ini bagi saya sudah cukup untuk melegakan hati-hati insan yang masih single di luar sana.. Saban hari dan saban tahun, bertambahnya umur menyebabkan salah satu faktor penyebab stress ialah being 'Single'.. Is it true?

Ketika masih belajar, kawan2 sibuk mncari teman lelaki/wanita kerana nanti bila dah bekerja kebanyakannya sudah pun berkahwin.. Kerisauan pada sesuatu yang telah pun Allah tetapkan dan janjikan... Maka, berlaku lah bercinta dengan si A, bertunang dengan si B, dan akhirnya berkahwin dengan si C. Aduh.. sejauh manakah hati kita benar2 setia?

Saya teringat dengan kata-kata ini.. Cintailah Allah, kerana cintaNya tidak pernah mati.. dengan menyintainya, maka Dia akan membwa kita kpd org yg turut mencintai kita kerana Allah..
Maka, cinta ini disatukan dengan kasih sayang Allah, dan bukan kerana nafsu semata..

Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.
  

 I'm not single, coz I know there's someone for me.. He/She has yet to arrive.. ye.. gitulah jawabnye.. 



Sabtu, 21 April 2012

Fakta Kelahiran

10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu...

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Rabu, 18 April 2012

Belacan's Face in the Making?!

Assalamualaikum w.b.t..

Today's Wednesday. Isn't today supposed to be a wordless Wednesday? hehehe.. Well, saya tak sign up pun untuk group tu.. sO, papan putih ini tetap melakarkan huruf-huruf yang membentuk cerita..

Pernah makan belacan? Either sambal belacan atau asam pedas.. I like belacan especially sambal belacan ye..makan dengan ikan goreng n nasi yang panas2.. fuuuh.. nyaman.. keke.. :P Tapi bukan belacan yang 'raw' itu ye.. Kalau belacan yang raw itu, agak2nya adakah orang yg mampu makan begitu sahaja? Agak2x apakah rasanya, kelat? masam? kepam?

Waah.. all in one! Sume ade ye kengkawan..

One day, saya telah mendengar radio yang HOT.. owh nampaknye sy masih suke mendengar radio yang mendayu2x dan banyak lagu yang laghO.. adeih.. But that time tengah segmen ucapan yang telah menangkap jiwa dan merentap hati.. walaupun lagu2 dimainkan tanpa henti.. mata ini tetap tertumpu pada skrin komputer dengan telinga, mata, hidung dan otak tertumpu pada tugasan.. Maknanya, tak dengar sangatlah lagu2 tu..tapi kenapa sebaris ayat berjaya menembusi kotak minda..?

Itulah namanya teguran indirect ye kawan2x.. sebab time tu kita tengah berada dalam keadaan yang dimaksudkan.. maka kita telah 'terasa'.. baguslah.. masih punya perasaan ye kita kawan2x.. kalau dah takde perasaan tu dah bukan manusia la.. entah robot ke, pokok atau meja..

'Kepada warga pejabat yang sedang membuat kerja, fokus mengadap laptop sampai tak sedar orang lain.. tahukah anda bahawa muka anda ibarat belacan?' (ayat yang telah dialih bahasa atau dikarang semula dalam versi yang tersendiri)

What? Muka belacan?

Adeih.. jauhkan saya dari laptop ini sebentar, tarik muka sehingga melahirkan garis senyuman yang manis.. Oh tidak.. kembalilah pada realiti.. Kita kadang2x terlalu hanyut dengan kerja sampai kita terlupa bahawa kita adalah manusia.. dan di sekeliling kita turut ada manusia yang perlu ditunaikan haknya..

So, kesedaran yang datang bukan secara kebetulan.. (as what we reminded in our weekly circle, there's nothing such as coincidence).. telah menghidupkan kembali hati ni..

Jadi.. korang nak pilih mana satu? Belacan or Robot?

Hah?!!! Pe plak kaitan dengan si robot ni nih? Well.. Robot.. kepingan besi/aluminium tang telah diprogramkan untuk melakukan perkara yang sama berulang kali setiap hari..? atau anda adalah robot Bent dalam Futurama?

Sungguh sadis ayat2 di atas..  membanding2kan kita dengan makanan n besi bergerak..

Saya teringat berkenaan tafsir surah An-Nas, belum habis dibedah, tapi penerangan mengenai manusia bahawa manusia terdiri daripada 3 komponen Jasad, Hati dan Akal.
 Ketiga-tiga komponen ini perlulah seimbang agar kita menjadi insan yang seimbang. Andai kata akal sahaja yang besar, maka boleh diibaratkan hanya kepala kita yg besar---> Besar kepala kah? kehkehkeh.. Begitu juga dengan 2 komponen lagi.. maka manusia ni perlu seimbang, barulah cantik..

Walaubagaimanapun, hati merupakan organ terpenting di mana segalanya bermula dari hati.. Cewah.. jiwang lah eh..

Asal hati je jiwang, asal hati je jiwang.. tapi tahukah anda bahawasanya hati itu adalah senjata manusia dalam menewaskan syaitan? Andai hati kita lemah, agak2x mampukah kita menahan segala ancaman dari jin dan manusia? Hati yang kuat adalah hati yang sentiasa mengingati dan berzikir..

Al-imanu yazid wa yankuz.. iman itu ada masa naik dan turunnya dan hati manusia itu sentiasa berbolak balik.. maka  berdoalah minta ketetapan hati kita..


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 
Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

Jadi..jadi.. n jadi.. janganlah jadi belacan atau pun robot.. tetaplah menjadi manusia ye..

tq
11.49pm
Wednesday




Ahad, 15 April 2012

Sigma - Istikharah Cinta

Ada suatu hari, lagu ini terngiang-ngiang di fikiran.. lalu rasa mcm nk share lirik lagu ni kt sini. 
Selain doa istikharah yg best, lagu ni pun best. it depends mcm mna korang nk relate lagu ni dgn diri korang. but to me istikharah ni sgt penting dlm hidup, krn saya sgtlah todak pandai membuat keputusan. smpai org kene sergah2 haha.. adui. 

Kalau keputusan biasa pun kene doa, apatah lagi keputusan cinta kan.. hehe. tu yg susah nk kahwin tu.. 
Okayh, sila lah layann~


ISTKHARAH CINTA

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Rabu, 21 Mac 2012

Tabungan Akhirat

Assalamualaikum.. Apa khabar blog saya? Design baru lagi n tak habis-habis. Sungguh jelas ketidak istiqamahannya.! Nampaknya, azam tahun baru 1433H ni masih tidak tercapai hasilnya. Manakan tidak, target kononnya nak menulis dan mengimprove penulisan masih di tahap basic/atau lebih rendah dari amatur. Saya respek kepada penulis2 di luar yang mampu menghasilkan penulisan yang sungguh berkesan di jiwa sampai teringat2 selama seminggu.. (maknanya terkesan di hati). Tetapi sekiranya terlalu memikirkan kelebihan orang lain, bagaimana kita nak memperbaiki diri? Jadi, mari kita sibukkan diri untuk memperbaiki diri dan membuat tabungan akhirat.. yeah.. Baru beberapa hari lepas saya terpanggil untuk menemani sahabat saya berjumpa dengan adik-adik barunya.. isk.. tapi rasanya bukan sekali sahaja yang kami akan berjumpa, maybe weekly.. hehe.. Memang diakui agak sibuk pada hari itu.. dengan urusan dunia yang tidak berkesudahan.. dan sebaiknya tiba, hanya tinggal 10 minit sebelum Isya'.. Pertemuan yang merapatkan hati kami seusai solat Jemaah itu telah membuka beberapa kisah yang secara tidak langsung mendapat persetujuan ramai.. Andai kita sentiasa disibukkan dengan urusan dunia.. jadi berapakah tabungan akhirat yang bakal kita bawa? Ingat lagi ketika kecil, sebelum pergi ke sekolah, mak pasti bekalkan air masak dan duit Rm0.50. time tu masih banyak makann yang boleh dibeli dengan harga RM0.50. Cukup utuk membeli secawan air anggur yang berharga RM0.10 dan sepinggan nasi lemak/mee goreng yang berharga RM0.30. Murah kan? Lebihan RM0.10 tu terbiar aje dalam dompet..tetapi lam-lama dompet berat dengan duit RM0.10..maka, terhasil lah tabung bedak utuk simpan duit syiling yang berat itu, hasil kesedaran kalau bawa duit banyak2x sure tercicir.. Time tu nak dapat duit kertas punyalah payah.. dan saya sangat kagum dengan orang yang bawa duit kertas.. mesti tabungan mereka banyak.. Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. tabung bedak (pakai tabung bedak Dunhill milik abah, sebab abah suka pakai ni dulu..) hapir penuh, dan kebetulan minggu tu ada jualan air kotak coklat.. Masa dulu mana ada air susu kota Dutch Lady, Milo.. Tapi, sekotak tu pun dah mahal.. Rm1.20 kot masa tu.. Bagi saya, anything yang berharga lebih RM1.00 adalah mahal.. Nak minta kat mak abah segan. Nasib baik ada tabungan.. dan dengan duit tabungan tu dapatlah beli beberapa air kotak dan kongsi bersama adik-adik.. Rezeki yang ada bkan untuk seorang, tapi untuk dikongsi bersama, dan itulah kepuasan pertama merasa hasil tabungan sendiri.. Anda pernah merasai pengalamn sebegini? Perasaan ini masih tersemat dalam hati.. dan sukar dicari, lebih-lebih lagi di zaman pekerjaan sekarang. Tapi mungkin nilainya lebih besar, sebab kehendaknya besar.. Hakikatnya.. kepuasan yang kita dapat hasil usaha tersebut hanya dinikmati sementara, kerana barang yang dimiliki tidak kekal. Air kotak coklat, selepas 10 minit, airnya habis ditelan, dan kotak dibuang.. keesokkan harinya, kita membuang hasil tinjaan dan semestinya termasuklah air susu tersebut.. Jadi yang kekal hanya memori.. Begitu juga dengan kehidupan kini.. Kita mengejar kerjaya, dan bertungkus lumus bekerja.. hasilnya setiap hujung bulan, dan kita berbelanja mengikut keperluan. Bulan berikutnya, kita tertanya ke mana telah dihabiskan wang gaji bulan lalu yang akhirnya kita terpaksa mengikat perut menanti gajian berikutnya. Rutin bulanan diteruskan.. dan kadang-kadang kita tersedar yang kita lalui ibarat diari hidup sebuah robot. Perjalanan hidupnya sama setiap hari. Tiada warna, dan gelak ketawa ibarat noktah yang tiada kaitan dengan perenggan berikutnya.. Cerita manusia berkisar pada plot yang sama. Kerja, Kahwin, Anak, harta.. Walhal, antara 3 perkara yang bakal dibawa oleh si mati ke kubur hanyalah 
1. Doa anak yang soleh 
2. Sedekah Jariah 
3. Ilmu yang bermanfaat. 

Sudah cukupkah tabungan kita untuk berjual beli dengan Allah kemudian? Saat ini, masa 24 jam dirasakan sudah cukup sempit, kerana kita lebih banyak menyibukkan diri dengan perkara yang melalaikan.. dan mengasingkan pasir dari beras bukannya mudah, tapi tidak mustahil. Andai saat ini kita tidak melakukan kebaikan, pastinya kita sedang melakukan kejahilan, kerana hidup ini hanya ada 2 pilihan. Jadi, dear me.. which one you'll choose? 10.15pm

Khamis, 1 Mac 2012

It's been awhile

Assalamualaikum..
It's been awhile that this blog being updated by me... dan telah banyak kisah berlalu yg belum sempat dicatatkan pengajarannya..

Kerja-kerja yang bertimbun di ofis serta suasana di ofis menyebabkan tersedar bahawa hati ni sedikt telah menjadi keras.. mungkin keras dgn orang atau duniawi.. tapi sangat2 taku klu hati ini menjadi keras daripada takutkan Allah dan rindukan akhirat..

Mungkin dari kerana itu, lamunanku terhenti (cewah.. macam tajuk lagu).. bahawa setiap ujian yang Allah beri itu sebenarnya melenturkan hati-hati kita yang makin hari semakin mengeras.. kerana maksiat dan dosa-dosa yang kita lakukan..

'Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.. '

Isnin, 16 Januari 2012

Apa yang best

Assalamualaikum..

Suatu hari dalam perjalan pulang ke rumah pada awal tahun 2012, saya berasa sangat bersyukur dan best walaupun hari tersebut sangatlah penat dan tak best.. mungkin salah satu sebabnya dalah hari tersebut adalah hari Isnin.. Tapi.. saya rasa sangat best pada petang tu kerana..

dah pukul 5.30pm dan boleh balik kerja..
bestnya balik kerja dan pulang ke rumah, walaupun tak de orang pun tunggu kita kat rumah sebab kita duk rumah sewa.. huhu..
lagi satu, sebab dapat meninggalkan beban kerja dan kepala yg berat kat ofis tuh.. haha.. gudbye ofis, saya nak balik tido..

dan lepas tu on da way balik.. boleh terfikir pulak.. apa lagi perkara yang membuatkan kita rasa best walaupun tanpa orang sekeliling tahu yang kita ni tengah rasa best dengan diri sendiri?

balik kampung a.k.a rumah sendiri
bestnya sebab nak jumpa mak ngan abah..release tension..macam kita tak pernah duk sorang2 kat KL.. lagi satu, diorang mesti tunggu kita balik.. huhu..

cuti sekolah..
kegembiraan yang tak tergambar.. penat tu blajar.. time ni lah tak yah nak ikut peraturan skolah n tak yanh pakai baju skolah.. pastu boleh jalan2x..

Gelak ikhlas
especially time kita stress.. gelak yg dari hati.. laughter is the medicine..

Tersenyum ketika stress
bila tengah stress dan berkerut dahi.. tiba2 kita tersenyum sebab ada orang tak dikenali senyum kat kita.. waah.. bestnye..

Jogging pusing taman seluas 2km lebih dari 3 round
Ibarat semua lemak selama seminggu dah hilang.. lagi best bila pusing lebih dari 3 tu bila kawan ajak balik, kita rasa tak cukup masa atau menyesal tak lari laju2x.. haha.. ringan beb badan ni.. macam jogging tu tak jejak tanah..

buat side parking ikut apa yg diajar masa driving class
macam hebat je eh.. tak berpeluh2x.. ada kemajuan..

Solat tahajud..
utk EQ ni.. suatu hari dilalui dengan baik, walaupun ujiannye mencabar.. lagi best bila Qiam tu boleh buat solat sunat pakej tanpa rasa mengantuk.. baca Quran then Subuh..

hurm.. apa lagi yang best ye...?

Berjaya jawab soalan yang bagai nak pecah kepala
lepas tu tido sbb otak dah penat..

korang lak.. apa yang best?

Isnin, 2 Januari 2012

Integriti

Assalamualaikum..

Saya sebenarnya tercari-cari apakah yang dimaksudkan dengan integriti.. secara jujurnya, bila orang selalu cakap pasal integriti kat TV, motivasi.. saya angguk dalam tak faham.. Well, I know is a part of important trait that a person should have.. tetapi apakah sebenarnya integriti itu?

INTEGRITI: sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

sumber: Wikipedia.


Jadi, kat sini dah dapat sedikit maksud sebenar integriti. Sifat jati diri ini sebenarnya penting dalam kehidupan, kerana jatuh bangunnya sesebuah negara, masyarakat, dan keluarga itu bergantung kepada keintegritian seseorang dalam masyarakat..

Maknanya, perkara besar seperti rasuah, jenayah ragut, curi rompak, masalah sosial.. adalah disebabkan kurangnya integriti dalam masyarakat..

Tetapi dalam, sedar dan tidak sedar, kita bersama kawan2 pun perlu ada intergriti dan sikap memahami.. :)

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...