Jumaat, 28 Mei 2021

Hujan Petang

Rewrite...

Sebelum tgh hari lagi, dalam kesibukan membaca journal dan siapakan assigment, sempat juga nk meneliti Facebook Page, bazaar PPMQ (Persatuan Penduduk Malaysia Queensland). Setiap ptg bulan Ramadhan ada jualan kuih-muih. dan ptg ni terasa seperti nak makan yg manis2. Seperti biasa, memang plan nk berbuka di Multi-Faith Center (MFC). Ada lagi kelas sebelum berbuka dan waktu maghrib di sini semakin awal; 4.30 ke 5pm dah masuk maghrib. Selalu sangat org belanja makan, kali ni, kte beli lah sesuatu utk dikongsi bersama. Ada je Malaysian yg berbuka di MFC, kebanyakannya student phd (mostly international students), pasangan kpd student phd, dan few undergrads yg mmg kaki lepak uni (boleh cam je familiar faces ni). Nasib baik harini bukan turn saya utk volunteer prep iftar. So, sempatlah berlari sekejap nak pickup kuih.

Tepat jam 3.30pm (waktu bazaar dibuka), tutup buku dan bergegas utk pickup di Guyatt Park. Jarak dri uni ke sana dalam 1.5km. Sambil mengemas, ligat otak ni berkira2 alternatif tercepat utk sampai ke sana. 
  1. Naik bas, tapi kene jalan ke Great Court dulu, tunggu dalam 3-10 mins. belum masuk jalan ke sana dan queue. 
  2. Jalan kaki, straight je terus ke Guyatt, boleh je jalan cepat, around 10-15 mins smpai. 
Shortcut?.. aarghh.. jalan je lah, "I cannot wait, every second is precious". Campak buku dalam locker library, pickup payung dan terus gerak. Ya, kene ready bawa payung, sekarang dah masuk 2 minggu transition Autum ke Winter. Time2 macam ni, weather unpredictable, hujan saje tiba2. lepas tu disusuli angin kencang pula. Payung kene banyak, sbb cepat rosak. My housemates pernah cerita, diorang sempat experience banjir besar yg melanda St Lucia tahun 2014. Kebetulan masa tu tgh Summer Holiday. Teruk juga. 


Inilah kedai Ah Chai, yang hampir separuh dinaiki air. Rumah sewa satu block je dari kedai ni.  

Okay, kene berjalan dengan pantas ni. Dengan ankle boot ni susah sikit nk berlari, Sampai sana, gerai baru nk setup, kene tunggu sekejap dan by the time kuih dah ada, hujan mula turun. Takpe sempat kot ni.. just kene berlari balik Uni secepat mungkin (masih tiada option naik bas). Ambil je kuih dan bayar terus bergegas. Dan jalan nk kembali ke uni ni teraas sangatlah lama. Hujan semakin lebat, dan air semakin becak. 

Seriously, baru half-way jalan, macam disimbah air, hujan lebat tanpa henti. Kelajuan air hujan turun ni ibarat lebatnya dia bila seorang tu naik moto dalam hujan dan buka wiser. Air sejuk, dan entah, tetibe pi ambil jalan lalu rowing club. Kt sini sunyi sikit, tapi boleh laluan biasa utk cyclist. Jauh route ni.. dan dah lost kenapa pi jalan lama2 dalam hujan ni. Boot lencun, jacket basah. Nasiblah..   

Sampai MFC pun dah almost berbuka, dan bau butter chicken rice, menyengat bila buka pintu MFC tu.. Yeah, butter chicken lagi.. Every week, macam dah wajib sekurang2nya 3x butter chicken. Alhamdulillah.. walaupun sedikit frust dalam hati.. haha.. apelah..terima jelah kan.. Nak masak tak sempat.  Jadi, endingnya, kte berbuka puasa dgn kuih dan nasi curry butter chicken, terawikh, dan pulang (tak melepak sgt sbb dah sejuk kene hujan). Luckily, jacket, boots & socks je basah. Syukuur utk hari itu.Siap ada mix feeling dan time nilah tetibe nak homesick. 

Elok lepas tu, hujan panas hujan panas beberapa hri kemudian demam pula 3 hari.. :P. Doc just prescribed antibiotic je dan paracetamol, utk dibeli sendiri di pharmacy. Kos perubatan sini sangat tinggi, consulatation saje dah AUD 50. Jadi, mmg terasa sgt kene jaga kesihatan. Ubat pun mahal, dan bila nak claim hanya boleh dibuat jika ubat yg dibeli tu lebih dari AUD 50. Beruntung sangat rakyat Malaysia dapat facilities perubatan yg murah, ada hospital gov bayar RM1 / RM3 dah boleh dapat consultation sekali ubat. Kt sini kalau nk pergi gov hospital pun kene fikir 2-3x, sbb kalau simple diagnose better pergi clinic. Dan kalau pergi clinic sbb batuk lama, they only prescribed warm honey lemon 😂 tak pun resepi air gargle.. 😆. Berbalik ke ubat yg dibeli, sy rasa pcm dan amox di sini lain sikit. Biasanya kalau makan pcm akan mengantuk, tapi ubat sini tak (time ni takde lgi PCM yg tak mengantukkan di Msia). Dan satu lagi.. sy dapat side effect amox pula. Maka akan longlai setiap hari lepas ambil amox mcm kene drugs, heartbeat laju n penat sgt. Alhamdulillah, that's the first and last demam kt Oz. I guess my antibody dah build up utk adopt cold weather. Plus dengan udara yg bersih turut membantu. Bila dah bfg, dah takut nk makan amox sbb nightmare lama masih ada. Luckily, bila balik Malaysia, it was the time yg tgh musim awareness pasal antibiotic presription. Yeay, bangga sikit time tu sbb senior sendiri yg bgi talk pasal antibiotic since it was her research paper. Dan happy sangat sbb memang tak suka makan ubat... hahaha.. 

Kesimpulannya, janganlah main hujan, nnti sakit, sendiri yg susah. Dan sihat itu nikmat yang mahal. 

Ok, the end. 

Sila jaga diri, jaga SOP. . 
p/s: just to save another memory before it lost. :)

OK. nite.
11.11pm | The peace city.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The imperfect Lemon Soursop Butter Cake

 Assalamulaikum :) Gara-gara tengok Kdrama Recipe for Farewell, terus tanam niat nk share resepi yg dibuat. Dulu tak pernah rasa nk share re...