Masa atau tahun bukan penentuan sedalam mana kita mengenali seseorang. Kadang-kadang, dengan keluarga sendiri pun kita belum habis mengenali dan memahami mereka. Tapi ada yang kita baru kenal, boleh jadi sangat rapat. Boleh jadi kerana berkongsi situasi yang sama atau pun we just found someone who has the same wavelength!
Sepanjang kehidupan ni, macam2 dah circle of friends yg ada. Ada yg kawan ajak buat baik, kawan ajak langgar peraturan, kawan inspire buat business, kawan inspire pergi travel, dan kawan belajar dan lain2. Macam2 dah jumpa. Dan sebab dunia ni kecil, bila bertembung dengan mutual friend, malu sendiri.
One of the circles of friends that most influenced and supportive in my 2nd year was the Brissy family. Actually, itu adalah nama group WA, yang dicipta setelah seorang demi seorang back for good lepas habis scholarship. Semua member ni adalah student phd (kecuali saya), In terms of scope of study, memang sangat berlainan kerana bidang & jadual tak sama. Tapi, sebab nk settelekan study dan perlu environment belajar, inilah geng yg tidur di uni atau library, berkongsi bekalan makanan dan pot luck. Yang tak boleh lupa, tgk cerita Munafik 2 dan The Boy bawah meja study fac. office sbb nk create effect panggung wayang. Oh btw, semua perempuan.
Actually ada yg masih belum habiskan pengajian, cuma semua dah BFG, sbb living cost kat sana tinggi di musim pandemik. Throwback adalah benda biasa, dan one of the craziest thing suggested by one of them is to compile our stories into book. Adakah ini kerana demam menulis? banyak sangat menulis journal, jadi gian menulislah tu. Rasanya kenangan belajar adalah harta yg paling berharga, dan mungkin sebab tu ada orang yg smpai buat buku rekod perjalanan belajar mereka. Yang kami ni, banyak throwback kenangan photoshoot bergambar bawah pokok jacaranda, bagaimana pula ceritanya.
Oklah.. good luck to my friend.. haha.. kalau rajin iols hantar sekeping cerita.. agak2 ada ke orang nk baca?
Yang menulis utk suka-suka dan rindu jalan bawah pokok Jacaranda,
8.15am| Perak | PKPD day 5.
P/S; harini result Covid adik negative.. yeay!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan